
Isteri Fakhrul Munir Mohd Isa yang dilaporkan hilang susulan banjir besar di Nepal, Hani Othman, selamat tiba di Kathmandu lewat malam semalam bagi mendapatkan perkembangan terkini usaha mencari suaminya yang bertugas sebagai pegawai Pasukan Khas Udara Bomba (Paskub) .
Isteri Fakhrul Munir Buat Pengecaman

Hani yang mengambil keputusan untuk terbang sendirian ke Nepal sebelum ini berkata, dia tidak mampu hanya berdiam diri di rumah tanpa mengetahui perkembangan terkini operasi pencarian suaminya atau lebih mesra disapa Loe.
Terbaharu, Hani menerusi hantaran di InstaStorynya petang tadi memaklumkan dia telah pergi ke sebuah hospital di lokasi bencana Nepal bagi membantu mengenal pasti mayat yang ditemukan susulan kejadian banjir besar di negara itu.
Katanya, dia turut berdepan detik mengerikan apabila terpaksa melihat keadaan mayat-mayat mangsa yang tidak sempurna ketika sesi pengecaman.
Berdepan Detik Ngeri Terpaksa Tengok Mayat Tak Sempurna

Menurut Hani, setakat ini, proses pengecaman mayat dijalankan tidak menemukan sebarang tanda bahawa mayat-mayat berkenaan merupakan suaminya atau individu lain yang sedang dicari.
“Setakat ini pengecaman mayat, tak jumpa tanda-tanda mereka. Tapi ngeri juga tengok. Ada terputus badan, tinggal tangan…sedih tengok mayat bayi.
“Tapi setiap hari mungkin akan ada kemas kini mayat baharu yang dijumpai. Jadi terpaksalah biasakan diri tengok mayat-mayat ini. Kalau tak, macam mana nak cari mereka?” katanya.
Dalam hantaran sama, Hani turut memohon agar Allah melindungi semua mangsa yang masih hilang.
“Ya Allah, peliharalah mereka semua,” katanya.
Anda mungkin berminat dengan

Mohd Fakhrul Munir, 44, antara puluhan rakyat Malaysia yang masih gagal dihubungi selepas banjir besar melanda kawasan sempadan Nepal-China, Rabu lalu.
Untuk info, Mohd Fakhrul Munir atau dikenali sebagai “Loe” dalam kalangan penggiat sukan lasak mempunyai pengalaman luas dalam aktiviti pendakian dan sukan ekstrem. Sebelum kejadian, beliau juga pernah mengingatkan pendaki supaya tidak mengambil mudah keadaan cuaca serta sentiasa mengutamakan keselamatan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

