Ads

Suami Amyza Aznan Kritikal, Ditidurkan Sebab Sesak Nafas

Suami Amyza Aznan
Suami Amyza Aznan

Berat sungguh ujian pelakon wanita ini, terkini suami Amyza Aznan iaitu Khairil Izhar Mohd Nazir sedang menerima rawatan dan berada dalam keadaan yang memerlukan perhatian selepas ditidurkan.

Suami Amyza Aznan Kritikal

Suami Amyza Aznan Kritikal, Ditidurkan Sebab Sesak Nafas

Perkara itu dikongsikan Amyza menerusi media sosialnya, tulisnya:

“Assalamualaikum. Suami saya Khairil Izhar Mohd Nazir berada dalam keadaan kritikal dan telah ditidurkan di Hospital Kuala Lumpur,” titipnya yang turut memuat naik foto suaminya sedang menerima rawatan.

Sementara itu, pengurus Amyza memaklumkan akan berkongsi keadaan semasa selepas merujuk doktor yang merawat.

“Kepada media dan wartawan yang menunggu keadaan suami Amyza, kami akan mengemas kini sebarang info terbaharu dalam masa terdekat setelah merujuk kepada pihak doktor, terima kasih,” titipnya.

Ads

Ditidurkan Sebab Sesak Nafas

Suami Amyza Aznan Kritikal, Ditidurkan Sebab Sesak Nafas

Sebelum dibawa ke hospital, Khairil dilaporkan mengalami sesak nafas yang teruk pada malam Sabtu. Menurut pengurus Amyza, Farid Khaled, keadaan itu menyebabkan Khairil terpaksa berdiri selama kira-kira dua jam kerana posisi tersebut membuatkan dia lebih mudah bernafas.

Khairil kemudiannya dibawa ke hospital dengan ambulans sekitar jam 1 petang untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Menurut Farid, keadaan Khairil ketika ini masih belum stabil. Doktor turut memantau tekanan darahnya yang berubah selepas diberikan ubat bagi mengawal bacaan tersebut.

Ads

Farid berkata, masalah kesihatan Khairil sejak kebelakangan ini memang tidak menentu dan dia kerap mengalami masalah sesak nafas.

Anak kedua Amyza, Adrian Adam turut memohon doa orang ramai untuk kesejahteraan bapa.

Suami Amyza Aznan Kritikal, Ditidurkan Sebab Sesak Nafas

Ads

“Get well soon daddy. Doakan ayah saya semua guys, terima kasih,” titip Adrian di IG story.

Anda mungkin berminat dengan

Semoga Khairil Izhar diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan. Doa juga untuk Amyza serta seluruh keluarga terus diberi kekuatan menghadapi ujian ini.

Sekadar info, Khairil Izhar pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di sebuah pusat perubatan swasta pada Disember 2017 akibat serangan jantung.

Pada Mac 2024, bapa kepada tiga cahaya mata itu juga dilaporkan mengalami masalah buah pinggang kronik tahap lima dan memerlukan rawatan dialisis tiga kali seminggu.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Dipatuk Ular

Pernah Koma Dipatuk Ular, Kali Ketiga Jadi Asbab Muhamad Muazam Meninggal...

Hari ini tular kisan sseorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dipatuk ular tedung selar ketika melakukan latihan demonstrasi pengendalian reptilia di Dewan Taman Temerloh Jaya. Sedih dengan apa yang berlaku, namun sudah tertulis ajalnya begitu.