Bekas isteri kepada penyanyi, Nubhan iaitu Dr. Fie atau nama penuhnya Afifah Hidayah Ahmad Tawfek memaklumkan dia tidak mengetahui perinsian prosiding komital yang difailkan penyanyi itu terhadapnya.
Dr Fie Tidak Tahu Kenapa Nubhan Bertindak Begitu
Kelihatan tampil menggayakan jubah berwarna merah jambu, Dr Fie meminta agar mendoakan yang baik buat dirinya dalam menghadapi prosiding membabitkan pelanggaran perintah mahkamah yang didakwa Nubhan terhadapnya.
“Saya berharap agar prosiding ini berjalan dengan baik. Doa yang baik untuk saya,” katanya.
Ads
Terdahulu, Nubhan selaku plaintif menfailkan komital terhadap Dr Fie atas dakwaan pelanggaran perintah mahkamah.
Mohon Doakan Anakanda Saya Kuat Dengan Ujian Ini
Ads
Sementara itu, ibu Dr. Die tetap memberikan sokongan dari belakang dan berharap kes rumah tangga anaknya ini berjalan dengan lancar dan dijauhkan daripada perkara yang tidak diingini.
Ya Allah lindungilah anakandaku daripada segala niat jahat,
daripada pandangan yang dengki,
dan daripada segala kejahatan yang tersembunyi mahupun yang nyata. Aaminn Robbi Yassir.
Ads
Untuk rekod, Nubhan dan Dr. Afifah sah bercerai selepas Mahkamah Rendah Syariah Sepang mengesahkan lafaz talak kedua yang dibuat pada 26 Ogos lalu.
Dalam dunia hari ini, ramai tertanya-tanya… masih wujudkah cinta sejati? Kisah seorang lelaki bernama Azreein Rumi Aziz ini mungkin menjadi jawapannya.
Selepas lebih 780 hari kehilangan isteri tercinta, dia masih setia melakukan ziarah kubur isteri hampir setiap minggu.
Bukan kerana belum move on, tetapi kerana cinta yang pernah dibina selama puluhan tahun itu terlalu dalam untuk dilupakan begitu sahaja.
Bagi Azreein, rutin ziarah kubur isteri bukan sekadar datang membaca doa. Tetapi seperti satu “temu janji” yang sukar ditinggalkan.
Sepanjang 500 hari pertama selepas pemergian arwah isterinya, Nor Hazamiah, dia tidak pernah gagal hadir ke pusara.
Setiap kali datang, pasti ada bunga segar dibawa bersama. Seolah-olah kasih sayang itu masih hidup walaupun insan tersayang sudah tiada.
Menerusi perkongsian di Instagram, Azreein meluahkan rasa rindunya yang masih utuh walaupun masa terus berjalan.
“Tinggal air mata rindu dan kenangan. Ziarah 15 Zulkaedah 1447 bersamaan 782 hari pemergianmu. Aku selalu merindui Mu,” tulisnya.
Luahan itu membuat ramai tersentuh. Ramai mengakui jarang melihat lelaki yang begitu setia melakukan ziarah kubur isteri dalam tempoh yang sangat lama.
Kisah cinta mereka sebenarnya bermula sejak tahun 1994. Dari perkenalan biasa, hubungan itu berkembang menjadi sebuah rumah tangga yang bertahan lebih tiga dekad.
Bagi Azreein, arwah bukan sekadar isteri. Tetapi sahabat hidup, tempat berkongsi cerita, dan pelengkap kepada setiap fasa kehidupan.
Sebab itu, rutin ziarah kubur isteri menjadi cara paling dekat untuk terus “bertemu” dengan cinta hatinya.
Namun segalanya berubah pada Ramadan kedua tahun 2024. Nor Hazamiah menghembuskan nafas terakhir selepas 50 hari berada dalam keadaan koma.
Lebih memilukan, arwah rebah dan tidak sedarkan diri dalam pelukan suaminya sendiri. Detik itu menjadi kenangan terakhir yang sukar dipadamkan.
Mungkin sebab itu juga, Azreein tidak pernah berhenti melakukan ziarah kubur isteri sehingga hari ini.
Kehilangan insan tersayang benar-benar memberi kesan besar kepada dirinya. Menurut perkongsian, Azreein mengalami penurunan berat badan sehingga 25 kilogram selepas pemergian arwah isterinya.
Perubahan itu menggambarkan betapa beratnya rasa kehilangan yang ditanggung. Kadang-kadang, luka paling dalam bukan yang nampak di mata.
Tetapi yang disimpan diam-diam dalam hati.
Selepas pemergian arwah, hidup Azreein berubah sepenuhnya. Rumah yang dahulu penuh gelak tawa kini menjadi sunyi.
Yang paling dirindui bukan sekadar masakan atau layanan seorang isteri. Tetapi suara, gurauan kecil, dan kehadiran seseorang yang selalu ada di sisi.
Sebab itu, ziarah kubur isteri menjadi satu cara untuk melepaskan rindu yang tidak pernah habis.
Di media sosial, ramai netizen mengakui sebak membaca kisah tersebut. Ada yang mendoakan agar Azreein terus kuat. Ada juga yang berkata kisah ini membuat mereka lebih menghargai pasangan masing-masing.
Dalam dunia yang sering memperlihatkan hubungan rapuh, kisah ziarah kubur isteri ini menjadi bukti bahawa cinta sejati memang masih wujud.
Kisah ini mengingatkan ramai bahawa cinta sebenar tidak semestinya berakhir apabila seseorang pergi meninggalkan dunia.
Kadang-kadang, cinta itu tetap hidup dalam doa, dalam kenangan. dan dalam langkah kaki yang setia menuju pusara setiap minggu.
Apa yang dilakukan Azreein melalui rutin ziarah kubur isteri bukan sekadar tentang kesedihan.
Tetapi tentang kesetiaan.
Dalam dunia yang semakin sibuk mengejar segalanya, kisah ini mengingatkan kita bahawa cinta paling mahal… ialah cinta yang tetap setia walaupun kehilangan.
Bayi 5 bulan lecur teruk insiden periuk nasi terbalik, ibu menangis tengok keadaan anak.
Seorang ibu tidak menyangka bunyi benda terjatuh di ruang tamu membawa kepada tragedi.
Sebaik menyedari bunyi benda terjatuh, Dayang Norlizawati Awang Umar, 35 yang ketika itu berada di dapur terus menerpa ke ruang tamu. Menyedihkan, tubuh anak bongsunya, Mohammad Firas Aisy berusia lima bulan dipenuhi nasi dan air panas dan anaknya menangis kesakitan.
Dalam insiden 8 Mei lalu, tubuh Mohammad Firas melecur hampir keseluruhan badan apabila tertarik wayar periuk nasi yang kemudian menimpa tubuhnya.
Menurut bapa bayi ini, Mohammad Friziny Jainal, 39 dirinya mengakui sedih dengan kejadian yang menimpa anak bongsunya itu yang melecur hampir keseluruhan badan.
Memetik laporan Harian Metro, Mohammad Friziny berkata, ketika kejadian kira-kira jam 7 pagi, dia berada di belakang rumahnya di Sungai Plan, Bintulu, Sarawak bagi menyediakan barangan untuk jualan.
“Semasa kejadian, isteri ada di dapur. Sebelum kejadian, isteri ada masak nasi. Semasa melakukan kerja di dapur, isteri tidak perasan bayi kami berada di dapur dan menarik wayar periuk nasi yang terjuntai.
“Isteri yang mendengar bunyi benda jatuh, terkejut apabila melihat anak dipenuhi nasi dan air panas. Saya yang berlari masuk ke dapur melihat badan serta muka anak merah dan dia menangis dengan kuat,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Mohammad Friziny berkata, dia dan isterinya kemudian bergegas ke Hospital Nyabau sebelum Aisy dimasukkan ke zon merah sebaik tiba di jabatan kecemasan hospital berkenaan.
“Kami dimaklumkan anak mengalami luka melecur hampir di seluruh badan terutama di bahagian depan membabitkan dada, tangan, kedua-dua paha dan kaki kiri selain muka.
“Aisy menjalani pembedahan bagi menampal kulit yang melecur, semalam. Pembedahan yang bermula jam 11.30 pagi hingga 5 petang itu mengambil masa lebih lima jam.
“Bayi kami dibalut hampir keseluruhan badan dan kini ditempatkan di wad kebakaran selepas beberapa jam dimasukkan di unit rawatan rapi (ICU) kanak-kanak sejurus pembedahan selesai, semalam,” katanya.
Menurutnya, dia sama sekali tidak menyangka kejadian itu menimpa bayi mereka yang juga anak bongsu daripada lima beradik.
“Saya dan isteri lama tunggu kelahiran Aisy memandangkan kami mahu menambah cahaya mata lelaki. Daripada lima anak berusia antara 20 tahun hingga lima bulan, anak sulung dan bongsu adalah lelaki.
“Dari anak lahir lagi, kami menjaganya dengan rapi. Malah, saya dan isteri akan bergilir-gilir menjaganya. Namun disebabkan lalai sekejap, kejadian ini berlaku.
“Sejujurnya, saya pasti amat sedih dengan apa yang berlaku. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Justeru, saya minta doa daripada orang ramai supaya Aisy cepat sembuh,” katanya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Berita pemergian seorang ibu dijemput Ilahi dalam pantang, Haridatul Bahiyah Amsuri benar-benar meruntun jiwa ramai netizen yang mengikuti kisah ibu muda ini.
Hari yang sepatutnya bergembira menyambut kelahiran insan baharu, namun takdir Allah menentukan arwah dijemput pulang ke negara abadi selepas 25 hari bertarung nyawa di hospital.
Arwah dilaporkan mengalami komplikasi selepas bersalin sebelum keadaan kesihatannya semakin merosot apabila berlaku pendarahan di kepala. Ujian yang lebih berat hadir apabila beliau disahkan menghidap kanser choriocarcinoma tahap empat.
Sepanjang menerima rawatan, arwah menunjukkan semangat juang luar biasa. Dalam keadaan tubuh semakin lemah, beliau tetap kuat melawan kesakitan demi suami, anak-anak dan keluarga tercinta. Setiap hari menjadi perjuangan yang penuh harapan agar dapat kembali memeluk zuriat yang baru dilahirkan.
Namun, selepas 25 hari berjuang, Allah lebih menyayanginya. Arwah menghembuskan nafas terakhir selepas beberapa hari melahirkan cahaya mata, meninggalkan suami serta empat orang anak yang masih memerlukan kasih sayang seorang ibu.
Sungguh, pemergian Haridatul Bahiyah menjadi bukti besarnya pengorbanan seorang ibu. Pertaruhan nyawa membawa kehidupan baharu ke dunia, namun akhirnya pergi meninggalkan insan tersayang buat selama-lamanya.
Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Bekas isteri penyanyi Nubhan, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau Dr. Fie, 36, berharap kes komital yang difailkan pelantun lagu Andai Derita dapat diselesaikan segera untuk membolehkannya menjalani kehidupan dengan tenang.