Ads

Ibu Anak Dua Pilih Jadi Kapten Bas, Minat Kenderaan Berat Dorong Pecahkan Stereotaip

Kapten Bas
Kapten Bas

Jarang nak tengok wanita pilih jadi kapten bas kerana kenderaan itu agak besar dan kerjanya mencabar, memerlukan ketahanan fizikal dan fokus tinggi untuk kendalikan kenderaan besar.

Ibu Anak Dua Pilih Jadi Kapten Bas

Ibu Anak Dua Pilih Jadi Kapten Bas, Minat Kenderaan Berat Dorong Pecahkan Stereotaip

Namun sekarang semakin ramai wanita berani memecahkan stereotaip dengan menceburi bidang yang selama ini didominasi golongan lelaki.

Begitulah yang dipilih oleh kapten bas Rapid KL, Norfatiha Toilah, 38, dia memang sudah menyimpan hasrat untuk menjadi pemandu kenderaan berat sejak sekian lama.

Minat Kenderaan Berat Dorong Pecahkan Stereotaip

Ibu Anak Dua Pilih Jadi Kapten Bas, Minat Kenderaan Berat Dorong Pecahkan Stereotaip

Katanya, dia pernah mencuba membawa lori kerana suaminya, Irwan Nganro, 45, adalah pemandu lori barang sejak lebih 20 tahun lalu.

Ads

“Tetapi selepas memandu lori, saya berasakan ia tidak sesuai untuk wanita kerana tuntutan fizikal, selain ada tugas yang perlu mengendalikan muatan yang pelbagai serta berat.

“Namun, impian saya tidak berkubur di situ sahaja. Kira-kira empat tahun lalu, ketika sedang bekerja sebagai jurutol, saya terkejut melihat pemandu bas Rapid KL wanita.

“Saya terus bertanyakan kepadanya bagaimana menjadi kapten bas dan tanpa membuang masa terus memohon dan kini sudah lebih tiga tahun menjadi kapten bas,” katanya.

Ads

Ibu kepada dua anak berusia lima dan satu tahun itu berkata, selepas mendapat latihan dan kursus seperti pemanduan, kecemasan dan komunikasi, dia kini yakin memandu bas tanpa sebarang masalah.

Ibu Anak Dua Pilih Jadi Kapten Bas, Minat Kenderaan Berat Dorong Pecahkan Stereotaip

“Tetapi selepas memandu lori, saya berasakan ia tidak sesuai untuk wanita kerana tuntutan fizikal, selain ada tugas yang perlu mengendalikan muatan yang pelbagai serta berat.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

“Namun, impian saya tidak berkubur di situ sahaja. Kira-kira empat tahun lalu, ketika sedang bekerja sebagai jurutol, saya terkejut melihat pemandu bas Rapid KL wanita.

“Saya terus bertanyakan kepadanya bagaimana menjadi kapten bas dan tanpa membuang masa terus memohon dan kini sudah lebih tiga tahun menjadi kapten bas,” katanya lagi.

Ibu kepada dua anak berusia lima dan satu tahun itu berkata, selepas mendapat latihan dan kursus seperti pemanduan, kecemasan dan komunikasi, dia kini yakin memandu bas tanpa sebarang masalah.

Beliau menegaskan, aspek keselamatan turut diberi perhatian apabila semua bas dilengkapi CCTV yang dipantau secara berterusan dari pusat kawalan.

Menurut beliau, Prasarana turut menyediakan laluan kerjaya yang mudah kepada individu yang berminat, termasuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), ibu tunggal serta mereka yang ingin beralih kepada kerjaya tetap.
Bukan biasa-biasa ya, yang berani sahaja boleh buat. Jadi, anda yang minat dan mahir, boleh lah cuba mohon pekerjaan ini. Ada usaha, ada lah rezeki untuk orang yang rajin dan berusaha!

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Pengantin Perempuan Mengundi

Pengantin Perempuan Mengundi, Sempat Luangkan Masa Tunaikan Tanggungjawab

Teruja melihat pengantin perempuan mengundi hari ini, tetap meluangkan masa untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.