
Kadang-kadang kita terlalu fikir quality time keluarga perlu diisi dengan percutian, makan di restoran atau aktiviti yang memerlukan belanja besar. Hakikatnya, masa berkualiti bersama anak boleh tercipta melalui perkara yang cukup sederhana, termasuk memasak bersama di dapur.
Malah, aktiviti seperti memasak boleh menjadi ruang untuk ibu bapa dan anak berbual, bekerjasama dan melakukan sesuatu secara bersama tanpa perlu keluar rumah.
Tak Perlu Tunggu Cuti Sekolah
Dalam kesibukan rutin harian, masa bersama anak mungkin tidak sebanyak yang diinginkan. Sebab itu, quality time keluarga tidak semestinya memerlukan satu hari penuh.
Aktiviti ringkas seperti menyediakan sarapan, membuat kuih atau memasak hidangan makan malam bersama boleh menjadi peluang untuk ibu bapa benar-benar meluangkan masa bersama anak.
Yang penting bukan berapa lama aktiviti itu berlangsung, tetapi bagaimana masa tersebut digunakan untuk berinteraksi dan memberi perhatian kepada anak.
Dapur Pun Boleh Jadi Ruang Bonding
Memasak bersama memberikan peluang kepada anak untuk mengambil bahagian dalam sesuatu yang biasanya dilakukan oleh orang dewasa.
Mereka boleh belajar mengenali bahan makanan, mencuba tugasan mudah serta bekerjasama dengan ibu atau ayah. Dalam masa sama, ibu bapa juga boleh berbual dengan anak secara lebih santai.
Inilah yang menjadikan memasak satu bentuk kualiti masa bersama keluarga yang mudah dilakukan.
Anak bukan sahaja melihat ibu atau ayah menyediakan makanan, tetapi turut menjadi sebahagian daripada proses tersebut.
Pencarian Chef Cilik Subi Bawa Konsep Ini Ke Dapur

Konsep tersebut turut diketengahkan menerusi Pencarian Chef Cilik Subi, pertandingan memasak ibu bapa dan anak yang dianjurkan Subi dengan kerjasama MYDIN dan Malaysian Indian Chefs Association (MICA).


Sebanyak 42 pasangan ibu bapa dan anak mengambil bahagian dalam edisi sulung program itu yang berlangsung di MYDIN USJ.
Berbeza daripada pertandingan memasak yang hanya menumpukan kepada hidangan akhir, program ini memberi penekanan kepada kreativiti, komunikasi dan kerjasama antara ibu bapa dengan anak.
Peserta menggunakan produk Subi untuk menyediakan hidangan sambil belajar dan mencipta pengalaman bersama di dapur.
Anak Belajar, Ibu Bapa Pun Dapat Masa Bersama
Aktiviti memasak juga boleh menjadi peluang untuk anak belajar kemahiran baharu dalam suasana yang lebih santai.
Bagi ibu bapa, ia pula boleh menjadi ruang untuk mengenali minat anak, melihat cara mereka menyelesaikan masalah dan memberi galakan apabila mereka mencuba sesuatu yang baharu.
Sebab itu, quality time keluarga tidak semestinya perlu dirancang secara kompleks.
Anda mungkin berminat dengan
Kadang-kadang, aktiviti paling sederhana yang dilakukan secara bersama boleh menjadi memori yang paling diingati anak.
Boleh Cuba Di Rumah
Tak semestinya perlu menyertai pertandingan untuk mendapatkan pengalaman tersebut.
Ibu bapa boleh memilih satu hari dalam seminggu untuk mengajak anak masuk ke dapur dan menyediakan hidangan mudah bersama-sama.
Beri anak tugasan yang sesuai, biarkan mereka memilih bahan atau menu dan jadikan waktu tersebut sebagai peluang untuk berbual tanpa gangguan.
Seperti konsep quality time keluarga yang diketengahkan menerusi Pencarian Chef Cilik Subi, matlamat akhirnya bukan sekadar menghasilkan makanan yang sedap.
Sebaliknya, ia tentang siapa yang berada di sebelah kita ketika makanan itu disediakan.
Kerana apabila anak semakin membesar, mungkin bukan resipi yang mereka ingat. Tetapi mereka mungkin akan mengingati saat ibu atau ayah pernah berdiri di sebelah mereka di dapur, ketawa, belajar dan mencuba sesuatu bersama.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

