Ads

Lima Tahun Menanti Zuriat, Isteri Hamil 6 Bulan Dijangkiti Kencing Bernanah Akibat Suami Curang

kencing bernanah

Lima tahun menanti zuriat, isteri hamil 6 bulan dijangkiti kencing bernanah akibat suami curang.

Lima tahun menanti zuriat, dua kali melalui kekecewaan apabila rawatan persenyawaan in vitro (IVF) tidak berhasil, akhirnya seorang wanita dikurniakan rezeki untuk bergelar ibu.

Namun, ketika kandungan mencecah usia enam bulan, kebahagiaan yang sekian lama dinantikan bertukar menjadi ujian paling menyakitkan apabila kecurangan suami menyebabkan dirinya dijangkiti kencing nanah atau gonorea.

Ketika seorang isteri sedang menghitung hari menyambut kelahiran anak pertama, suami  yang sepatutnya menjadi pelindung membawa pulang penyakit kelamin akibat melanggan pelacur.

kencing bernanah

Kisah menyayat hati ini dikongsikan oleh Dr Md Azhari Md Zhahir di media sosialnya.

Suami Curang, Rayu Doktor Rahsiakan Penyakit

Menurut Dr Md Azhari, seorang lelaki berusia awal 30-an datang mendapatkan rawatan selepas mengalami kesakitan ketika membuang air kecil serta keluar cecair kekuningan seperti nanah daripada kemaluannya.

“Dah tiga hari bila saya kencing rasa pedih. Macam kena kaca. Lepas tu, ada keluar benda kuning, macam nanah. Pagi-pagi seluar dalam saya kotor,”kongsinya.

Ads

Lelaki itu akhirnya mengaku melakukan hubungan intim tanpa memakai alat perlindungan dengan pelacur ketika bertugas di luar kawasan. Lebih membimbangkan, dia turut mengaku telah bersama isterinya sebanyak dua kali selepas pulang dari out station sebelum gejala penyakit ini muncul.

Takut kehilangan isteri yang sedang mengandungkan anak pertama mereka, suami berkenaan menangis sambil merayu kepada doktor kerana bimbang akan rumahtangganya di masa depan tambahan pula anak sulungnya bakal lahir.

“Doktor… jangan… tolong jangan beritahu isteri saya.”

Bagaimanapun, Dr Md Azhari menjelaskan bahawa jangkitan kencing bernanah atau gonorea yang tidak dirawat boleh membahayakan ibu hamil termasuk meningkatkan risiko kelahiran pramatang serta jangkitan serius pada mata bayi ketika dilahirkan.

kencing bernanah
Kencing bernanah pada ibu hamil boleh membahayakan anak dalam kandungan

Beliau turut mengingatkan bahawa wanita yang dijangkiti gonorea mungkin tidak mengalami sebarang gejala, sekali gus menasihatkan lelaki tersebut supaya berterus terang dan memastikan isterinya mendapatkan pemeriksaan.

Ads
Hati Isteri Hancur Dikhianati, Tetap Utamakan Anak Dalam Kandungan

Seminggu kemudian, lelaki itu kembali ke klinik bersama isterinya yang kelihatan sembap, dengan mata bengkak akibat menangis.

Di sebalik kekecewaan mengetahui pengkhianatan suami, wanita tersebut tidak datang untuk menuntut penjelasan atau mencari siapa yang bersalah. Sebaliknya, keselamatan anak yang lima tahun dinantikan menjadi keutamaannya.

“Saya bukan datang sini nak bincang pasal dia. Saya datang untuk anak saya. Tolong periksa saya.”

Kata-kata itu cukup menggambarkan kekuatan seorang ibu yang terpaksa mengetepikan luka sendiri demi nyawa kecil dalam kandungan.

Malah, wanita berkenaan mengakui masih belum mengetahui sama ada mampu memaafkan suaminya.

Ads

Doktor kemudian menjalankan pemeriksaan yang diperlukan dan merujuknya kepada pakar obstetrik dan ginekologi (O&G) bagi pemantauan lanjut.

Anda mungkin berminat dengan

Isteri Positif Gonorea Walaupun Tiada Gejala

Dua minggu kemudian, keputusan ujian mengesahkan wanita tersebut positif jangkitan kencing bernanah atau gonorea meskipun tidak menunjukkan sebarang gejala.

Wanita itu telah mendapatkan rawatan, manakala keputusan ujian HIV dan sifilis bagi kedua-dua pasangan adalah negatif.

Dr Md Azhari mengakui tidak mengetahui kesudahan rumah tangga pasangan berkenaan. Namun, kes kencing bernanah ini menjadi peringatan bahawa kecurangan bukan sekadar menghancurkan kepercayaan malah boleh mengancam kesihatan isteri dan anak yang tidak berdosa.

Bagi wanita ini, luka pengkhianatan mungkin mengambil masa untuk sembuh. Namun, ketika hatinya hancur naluri seorang ibu tetap memilih untuk melindungi anak yang sekian lama dinantikan.

 

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

kadar kesuburan Malaysia

Kadar Kesuburan Malaysia Turun Kepada 1.5 Anak, Kelahiran Bayi Merosot Pada...

Kadar kesuburan Malaysia turun kepada 1.5 anak pada 2025. DOSM merekodkan 396,175 kelahiran hidup, merosot 4.5 peratus berbanding 2024.