Ads

Isteri Kena Strok, Suami Terpaksa Berhenti Kerja Fokus Jaga Orang Rumah

Kena Strok
Kena Strok

Ujian yang berat buat pasangan berkahwin, tiba-tiba isteri kena strok dan terlantar di katil sahaja. Tidak semua mampu berdepan dengan situasi ini, namun Norizan Harun, 54, reda dan terpaksa berhenti kerja demi menguruskan orang rumahnya.

Isteri Kena Strok

Isteri Kena Strok, Suami Terpaksa Berhenti Kerja Fokus Jaga Orang Rumah

Bapa kepada lima orang anak itu tidak boleh meninggalkan rumah terlalu lama berikutan isterinya, Junalita Napiah, 53, memerlukan perhatian dan so­ko­ngan dalam hampir setiap urusan harian seperti makan, minum dan menguruskan diri.

Suami Terpaksa Berhenti Kerja Fokus Jaga Orang Rumah

Isteri Kena Strok, Suami Terpaksa Berhenti Kerja Fokus Jaga Orang Rumah

Norizan berkata, dia sebelum ini melakukan pelbagai pekerjaan kampung bagi menyara keluarga namun keadaan Juna­lita yang memerlukan perhatian berterusan menyebabkan dia terpaksa mengubah rutin ber­kenaan.

Ads

“Saya kerja tidak menentu, kerja-kerja kampung. Apabila jadi seperti ini, fokus sepenuhnya memang kepada isteri,” katanya.

Norizan berkata, pada peringkat permulaan, Junalita kerap mengalami sakit kepala sebelum beberapa kali pengsan sehingga terpaksa dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Katanya, hasil imbasan tomografi berkomputer (CT scan) mendapati terdapat pendarahan dalam kepala menyebabkan isterinya tidak lagi mampu membuka mata dan bercakap sehingga perlu menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyyah, Alor Setar, Kedah tiga bulan lalu.

Ads

“Lepas pembedahan di kepala pada masa itu, isteri sihat semula sebelum terkena serangan sawan dan akhirnya strok menyebabkan sebelah badan tidak boleh bergerak. Sejak itu, saya mengambil alih hampir keseluruhan tugas dan urusan penja­gaan isteri termasuk menyediakan susu bersama ubat-ubatan yang perlu dimasukkan melalui tiub.

“Saya juga perlu menyediakan sekitar 20 beg lampin pakai buang dalam masa sebulan berikutan isteri tidak lagi mampu menguruskan diri dan hanya terlantar di atas katil,” katanya.

Ads

Katanya, anggaran perbelanjaan untuk menguruskan isteri­nya adalah sekitar RM1,000 se­bulan dan mereka juga mene­rima bantuan daripada ramai pihak.

Anda mungkin berminat dengan

“Selagi ada hayat, saya akan terus menjaga isteri dengan sepenuh hati dan berharap isteri dapat kembali sembuh,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh berbuat de­mikian dengan menyumbang ke akaun Maybank: 159012929734 atas nama Norizan Harun atau menghubungi­nya di nombor 012‑6537562.

Sumber: Utusan Malaysia

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

Dr Kamsiah Haider

Usia 63 Tahun Bukan Penghalang, Dr Kamsiah Haider Buka Klinik Baharu...

Dr Kamsiah Haider membuka klinik pergigian baharu pada usia 63 tahun selepas hampir 40 tahun berpengalaman, membuktikan usia bukan penghalang.