Ads

9 Rahsia Kulit Glowing Macam Wanita Zaman 80an

rahsia kulit glowing

Rupa-rupanya, ada rahsia kulit glowing ikut cara mak-mak kita dulu. Kalau tengok gambar wanita zaman 80an dulu, ramai sebenarnya perasan satu benda.

Kulit mereka mungkin tak glass skin macam trend sekarang, tapi tetap nampak bersih, segar dan natural glowing.

Menariknya, kebanyakan petua kulit tak kusam yang diamalkan wanita zaman dahulu menggunakan bahan semula jadi yang ada di dapur dan halaman rumah sahaja.

Malah ramai percaya, gaya hidup mereka yang lebih tenang dan kurang terdedah kepada tekanan digital juga menjadi antara sebab kulit mereka nampak lebih sihat.

Perkongsian daripada pengguna Lemon8, Izzatie Jahira baru-baru ini kembali mengingatkan ramai tentang rahsia kulit glowing tradisional yang semakin jarang diamalkan generasi sekarang.

1. Air Beras Sebagai Pencuci Muka

Wanita zaman dahulu biasanya akan menyimpan air basuhan beras sebelum memasak untuk dijadikan pencuci muka semula jadi.

Kenapa ia berkesan? Air beras mengandungi ferulic acid dan niacinamide semula jadi yang membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan masalah kulit kusam.

Tak hairanlah sekarang ramai content creator skincare mula kembali menggunakan petua lama ini.

2. Aloe Vera Dari Pokok, Bukan Dari Botol

9 Rahsia Kulit Glowing  Macam Wanita Zaman 80an

Aloe vera atau lidah buaya adalah salah satu cara hilangkan kulit kusam dengan cepat.

Bila muka naik merah, panas atau kusam, wanita dulu hanya perlu patahkan batang aloe vera dan sapu gelnya terus ke muka.

Rahsia kulit glowing ini dipercayai membantu menenangkan kulit, mengurangkan kemerahan dan mengekalkan kelembapan semula jadi wajah.

Ads

Biasanya, ia disapu nipis sebelum tidur supaya kulit rasa lebih segar keesokan paginya.

3. Skrub Muka Guna Gula & Madu

Sebelum wujud pelbagai jenis exfoliator moden, wanita zaman 80an menggunakan campuran gula dan madu sebagai skrub muka.

Caranya mudah sahaja:

  • Campurkan sedikit gula bersama madu
  • Gosok perlahan pada kulit seminggu sekali atau dua kali.

Gula membantu membuang sel kulit mati manakala madu pula terkenal dengan sifat antibakteria dan melembapkan kulit.

Wajah nampak cantik macam wanita zaman 80an.

4. Mask Muka Yogurt Dan Madu

Ramai mungkin tak tahu, mask yogurt dan madu sebenarnya antara tips kulit glowing macam wanita zaman 80an.

Yogurt mengandungi lactic acid semula jadi yang membantu mencerahkan kulit dan meratakan tekstur wajah.

Bila dicampur dengan madu, kulit akan terasa lebih lembap dan lembut selepas penggunaan. Walaupun nampak simple, ramai wanita dulu konsisten mengamalkannya.

Ads

5. Bedak Sejuk

9 Rahsia Kulit Glowing  Macam Wanita Zaman 80an

Kalau sebut tentang skincare tradisional, memang tak lengkap tanpa bedak sejuk.

Bedak sejuk yang dibuat daripada beras tumbuk ini biasanya dipakai nipis pada waktu malam atau petang.

Selain memberi rasa sejuk pada kulit, ia juga membantu menyerap minyak berlebihan dan mengurangkan kemerahan.

Kanji beras dalam bedak sejuk dipercayai membantu kulit nampak lebih cerah dan bersih secara semula jadi.

Sampai hari ini pun masih ramai yang setia menggunakan petua kulit glowing ini.

6. Wanita Dulu Kurang Minum Manis

Satu perkara yang ramai tak sedar, wanita zaman dahulu kurang minum minuman manis dan lebih banyak mengambil air suam terutama pada waktu pagi.

Ads

Bila badan cukup hidrasi, kulit akan nampak lebih plump dan tidak kusam. Sebab itu, rahsia kulit glowing bukan sekadar sapuan luar, tetapi juga penjagaan dari dalam badan.

Anda mungkin berminat dengan

7. Minyak Kelapa Untuk Wajah

Selain digunakan untuk rambut, minyak kelapa juga sering digunakan pada wajah.

Wanita dulu akan menyapu nipis minyak kelapa sebelum tidur untuk membantu mengekalkan kelembapan kulit.

Kandungan fatty acids yang tinggi membantu kulit nampak lebih sihat dan glowing secara semulajadi.

8. Kurang Screen Time, Kurang Stress Kulit

Zaman 80an tiada smartphone dan media sosial seperti sekarang. Mereka tidur lebih awal dan kurang berjaga malam.

Tanpa sedar, gaya hidup itu sebenarnya membantu proses regenerasi kulit berlaku dengan lebih baik.

Kurang tekanan dan tidur cukup menjadi antara rahsia kulit glowing paling penting yang ramai abaikan hari ini.

9. Buah Tempatan Jadi Rahsia Kulit Cantik

Wanita dahulu juga banyak makan buah tempatan seperti betik, pisang dan jambu.

Buah-buahan ini kaya dengan vitamin A dan C yang membantu kulit nampak lebih sihat dan cerah secara semula jadi.

Kadang-kadang rahsia kulit cantik bukan pada produk mahal, tapi pada rutin ringkas yang diamalkan secara konsisten sejak dahulu.

Walaupun zaman sudah berubah, rahsia kulit glowing wanita zaman 80an masih relevan dan terus menjadi pilihan ramai hingga hari ini.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Tragedi Sungai Jeram

“Mak Mereka Tak Tahu Anak Dah Tiada…” Tragedi Sungai Jeram Meruntun...

Tragedi Sungai Jeram meruntun hati apabila seorang ibu OKU lembam masih belum mengetahui dua anaknya yang lemas di sungai telah meninggal dunia.