Safura syukur rumah tangganya bersama aktor Shahronizam Noor kekal kukuh meskipun telah melalui pelbagai ujian sepanjang lebih dua dekad bergelar suami isteri. Penyanyi dan pelakon berbakat berusia 53 tahun itu mengakui bahawa hubungan mereka tidak selalu sempurna, namun kekuatan doa serta ketabahan menjadi tunjang utama ketahanan rumah tangga mereka.
Safura menjelaskan bahawa banyak kekuatan hubungan mereka datang daripada doa arwah ibunya dan ibu mentua yang tidak pernah berhenti mendoakan kesejahteraan rumah tangga mereka. Baginya, doa seorang ibu sangat besar maknanya dalam memastikan perkahwinan terus terpelihara.
Safura Syukur Namun Akui Pernah Melalui Fasa Badai Rumah Tangga
Pemilik suara lagu Sedalam Mana Cintamu itu tidak menafikan bahawa rumah tangga mereka pernah melalui fasa sukar dan beberapa kali berdepan masalah besar. Malah, katanya, hubungan mereka pernah hampir retak dan berada pada titik genting.
Kisah ini turut dikongsikan Safura selepas diminta mengulas mengenai hantaran TikTok yang memaparkan mesej dan lagu Seadanya Aku nyanyian KomTua yang dihantar suaminya hingga menyentuh hatinya.
Lirik Lagu Sentuh Emosi & Kembalikan Kenangan Lama
Menurut ibu kepada enam cahaya mata itu, lirik lagu tersebut begitu dekat dengan kisah perjalanan rumah tangga mereka. “Dalam lagu itu ada lirik berbunyi ‘Dengan langkahku yang sering tersadung waktu’. Dalam tempoh berkahwin, memang dia pernah beberapa kali tersadung, tetapi saya tetap memilih untuk memaafkan dan terima dia semula,” katanya.
Safura menerima lagu tersebut ketika sedang bekerja di Ipoh, manakala suaminya berada di hospital. “Memang bersungguh-sungguh saya menangis. Hampir tiga jam saya menangis mengenang sedih, duka dan gembira sepanjang kami bersama,” ujarnya.
Tambahnya, kebahagiaan bukan datang dengan mudah. Mereka melalui banyak proses dan ujian sebelum dapat mengecap ketenangan rumah tangga seperti hari ini. “Kami jarang bercakap soal hati. Jika terluka, kami luah melalui lagu,” katanya dalam program Ziarah Prihatin SENIMAN.
Badai Rumah Tangga Banyak Berlaku Pada Awal Perkahwinan
Safura menjelaskan bahawa segala cabaran terbesar berlaku pada awal perkahwinan. Namun, setelah belajar untuk reda dan menerima setiap takdir yang datang, pintu kebahagiaan mulai terbuka. Kini, pasangan itu melalui ujian baharu apabila Shahronizam berdepan dengan penyakit tumor di bahagian belakang badan.
Dalam masa sama, Safura turut mendedahkan bahawa dia pernah meninggalkan suaminya selama dua bulan. Ketika itu emosinya terganggu dan dia pernah menuduh suaminya menjadi punca kematian anak mereka, Allahyarham Nur Aisyah Maryam kerana menyangka ia balasan atas kesilapannya.
“Saya reda dengan suami saya. Dia pun bukan manusia sempurna. Mungkin dia buat sesuatu di luar jangkaan, tetapi mungkin juga saya silap sebagai isteri. Waktu itu kami masih muda, dia pula artis dan ada peminat,” katanya.
Pesanan Arwah Ibu Jadi Pegangan Hidup Safura
Menurut Safura, pesanan arwah ibunya menjadi kekuatan utama untuk terus mempertahankan rumah tangga. “Arwah mak pernah cakap, sampai bila saya nak lari daripada masalah? Kalau kali ini pun nak bercerai, apa orang akan fikir? Di mana maruah saya sebagai perempuan.
Ads
“Bila mak dah tak ada, saya fikir kembali kata-katanya… betul semuanya,” katanya dengan sebak.
Safura Syukur Anak-Anak Membesar Dengan Kasih Seorang Ayah
Bagi Safura, selepas melalui dua perkahwinan yang gagal sebelum ini, dia tidak mahu anak-anak hasil perkahwinannya bersama Shahronizam membesar tanpa kasih seorang ayah. “Alhamdulillah, berkat doa mak, doa ibu mentua dan rasa reda itu, rumah tangga kami menjadi lebih barakah,” katanya lagi.
Safura dan Shahronizam mendirikan rumah tangga pada 2005 dan dikurniakan empat anak: Yusoff Firdaus, Zara Nur Aisyah, Ariana Sofia dan Allahyarham Nur Aisyah Maryam. Selain itu, Safura memiliki dua anak daripada perkahwinan sebelumnya iaitu Nurul Natasha Abdul Rani dan Muhammad Daniel Khaqim Mohd Khairi.
Ads
Kisah perjalanan ini menjadi bukti bahawa rumah tangga memerlukan kesabaran, pengorbanan, doa dan keikhlasan untuk kekal utuh. Tidak kira badai yang datang, Safura syukur kerana akhirnya mereka terus diberi kekuatan untuk mempertahankan keluarga yang dibina bersama.
Masjid Al-Aqsa bertukar lautan darah, teriakan ya Alllah kendengaran tangisan wanita dipukul tanpa belas kasihan. Saban tahun setiap kali Ramadan, zionis akan menyerang jemaah di Masjid Al Aqsa. Hal yang sama berlaku saban tahun dan serangan terbaru malam tadi di mana zionis menyasarkan Musalla Qibli.
Menyedihkan, tentera zionis menyasarkan kaum ibu dan memukul mereka tanpa belas kasihan. Mereka nekad untuk mengusir jemaah yang menuntut hak mereka untuk tinggal di masjid melakukan iktikaf.
Masjid Al-Aqsa Bertukar Lautan Darah
Dari video dikongsikan oleh rakyat Malaysia yang tinggal di Palestin, Nadir Al Nuri menyaksikan kaum wanita dibelasah tanpa belas kasihan selain kedengaran mereka menyebut Ya Allah.. Ya Allah diselang seli tangisan mereka saat dibelasah tanpa belas kasihan oleh tentera zionis. Bahkan katanya, perkongsian videonya mengenai penduduk dibelasah zionis ini berkemungkinan besar akan disekat oleh fb dalam satu tempoh terdekat.
Dalam pada itu di fbnya, Nadir turut menulis penduduk dari dalam Musolla Qibli, Masjid Al-Aqsa : Musolla Qibli ibarat lautan darah ketika ini!
Masjid seluruh Baitul Maqdis menyeru penduduk berarak ke Masjid Al-Aqsa bagi menyelamatkan mangsa. Ambulans dihalang oleh penjajah masuk ke Masjid untuk membantu mangsa.
Teriakan Ya Allah Disusuli Tangisan Wanita Dipukul Tanpa Belas Kasihan
Dalam pada itu, dirinya turut menambah beberapa roket dilepaskan dari Gaza ke kawasan Sderot sebentar tadi dan disekat Iron Dome. Masa yang sama, beberapa lokasi di Semenanjung Gaza sedang dibedil roket pesawat perang penjajah ketika ini.
Bahkan Nadir turut berkongsi satu video menyaksikan ratusan pemuda Palestin keluar beramai-ramai menyatakan sokongan terhadap Masjid Al-Aqsa tanpa rasa takut pun nyawa terancam.
Tulis, Nadir Al Nuri, “meremang bulu roma melihat video ini. Para pemuda dari seluruh bandar Palestin menyahut seruan mu’takifin dan keluar berarak menyatakan sokongan terhadap Masjid Al-Aqsa yang masih diserang sehingga kini. Pertempuran juga merebak di lokasi lain antara penduduk dan tentera penjajah.
Ketegangan di Semenanjung Gaza ini dijangka menuju kemuncak kerana terdapat rancangan untuk pencerobohan peneroka Israel dan pergolakan untuk upacara korban haiwan mulai esok,” katanya menerusi kenyataan hari ini. Bahkan dirinya menyeru agar bantuan segera buat rakyat Palestin.
Bukan senang melupakan bila suami cuba dirampas perempuan lain. Pedih hati. Inilah dilalui oleh Bella Astilah. Katanya, memaafkan dan melupakan itu adalah dua perkara yang berbeza. Bukan senang kita nak melupakan perkara-perkara yang pernah melukai hati dan perasaan kita.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Nona Superwoman Award 2022 iktiraf Fazura terbaik terima anugerah Nona Hijab Business. Tahniah diucapkan buat selebriti dan juga bergelar usahawanita jelita Fazura yang telah dinobatkan sebagai penerima anugerah Nona Hijab Business.
Majlis yang berlangsung penuh meriah itu juga telah mengangkat martabat 50 individu dari pelbagai bidang menerima 48 kategori anugerah dalam pengiktirafan Nona Superwoman Award 2022.
Majlis yang bertemakan ‘The Oscar Glam’ dibawakan oleh penaja utama Usanita Sdn Bhd dan penaja bersama IDW Design & Build.
NONA SUPERWOMAN AWARD 2022Iktiraf FAZURA TERBAIK
Anugerah Nona Superwoman Award yang diadakan sejak 2018 itu diteruskan buat kali ketiga pada tahun ini sebagai kesinambungan kejayaan lalu bagi mengiktiraf wanita yang banyak berjasa dan cemerlang dalam pelbagai bidang sepanjang tahun 2022.
Seramai 50 individu dari pelbagai bidang menerima 48 kategori anugerah dalam pengiktirafan Nona Superwoman Award 2022.
Antara penerima anugerah tersebut ialah Toh Puan Ragad Kurdi Taib menerima anugerah Nona VIP Award dan Datuk Seri Siti Nurhaliza menerima anugerah Nona Celebrity Business Award.
Selain itu, Che Puan Juliana Evans memenangi anugerah Nona Beauty Award; Datuk Leong Mun Yee (Nona Active Award); Dr Malar Santhi Santherasegapan (Nona Health Influencer Award); Ustazah Asma’ Harun (Nona Motivator Award), Nur Fazura (Nona Hijab Business Award) dan Tengku Norhanim Tengku Othman (Nona Best Crispy Chocotub Brand Award).
Johan qariah pada Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-62, Sofizah Mousin menerima anugerah Nona Outstanding Achievement Award.
Anugerah berkenaan disampaikan oleh Che Puan Mahkota Kelantan, Che Puan Sofie Louise Johansson Petra yang hadir bagi merasmikan majlis berkenaan.
Turut hadir, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan isteri Menteri Besar Selangor, Datin Seri Masdiana Muhamad serta Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop), Datuk Suriani Ahmad.
Ketengahkan Golongan Wanita Cemerlang & Berprestij Tinggi
Menurut Editor Pengurusan Nona, Kiffy Razak Nona Superwoman Award 2023 adalah untuk mengetengahkan golongan wanita yang cemerlang dan berprestij tinggi.
“Saya bersyukur kerana usaha kami untuk mengetengahkan golongan wanita yang cemerlang dan berprestij tinggi telah berjaya memberikan impak besar kepada pemerkasaan dan kemampanan ekonomi Malaysia. Seiap individu yang diraikan adalah antara yang terjejas dengan impak pandemic namun masih mampu berkembang maju dan bertahan dengan semangat yang kuat,” ujarnya.
Manakala menurut Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, Datin Adzliana Dato’ Seri Prof Dr Hasan memaklumkan kerjasama ini bukanlah kali pertama.
“kerjasama ini bukanlah kali pertama, sebaliknya ia adalah kesinambungan gandingan dua organisasi (korporat dan media) yang mula saling mengenali sejak tahun 2020 apabila saya antara yang menerima anugerah di Nona Superwoman Awards 2020. Dan penglibatan Usanita di dalam projek ini juga antara usaha memperkasakan jenama Usanita Sdn Bhd sebagai badan korporat bagi kategori pemudah cara untuk golongan usahawan,” katanya.
Murninya hati pelakon dan usahawan, Syifa Melvin membantu seorang gadis OKU pekak dan bisu. Gadis tersebut yang dikenali sebagai Nabila merupakan salah seorang daripada stokis produk kecantikan yang diusahakan Syifa bersama adik beradiknya, Kekasih By The Melvins.
Menerusi perkongsian di akaun laman Instagramnya, Syifa yang juga seorang Instafamous berjaya membantu Nabila untuk memakai alat pendengaran.
Syifa Dedah Niat ‘Kekasih’ Bantu Golongan Yang Memerlukan
Syifa bersama gadis istimewa, Nabila.
Kongsi Syifa, dia dan adik beradik yang lain sudah lama berazam untuk membantu mereka yang memerlukan dengan perniagaan tersebut.
Sememangnya usaha Syifa dan adik beradiknya yang lain iaitu Syatila, Syafiqah dan Syida berniaga sambil membantu orang yang memerlukan adalah sangat mulia dan harus diberi pujian.
“Memang kami berempat (adik beradik) berazam wujudnya Kekasih ni niat kami adalah untuk bantu mereka yang memerlukan.. Bukan ini dari kami,tapi hadiah ni daripada Allah SWT kami hanya perantaraan sahaja.
“Terima Kasih yang selalu support business kami,Terima Kasih pelanggan setia hampa juga menyumbang kepada pemberian hadiah istimewa ini..
“Jadilah manusia yang selalu memberi manfaat walaupun diherdik dihina tetapi takde yang lebih manis bila kita mengetahui bahawa itu juga hadiah dari Allah SWT, hadiah tak semestinya dibalut rapi dan cantik ,ia juga di selitkan hikmah yang sangat besar.
“Semoga hampa semua diberi peluang utk membantu,percayalah takkan miskin harta bila memberi,” kongsi Syifa.
Menerusi entri tersebut juga Syifa memuat naik rakaman video Tiktok (credit video @khairul_ikhwan96 ) menunjukkan Nabilah sebak dan tidak dapat menahan air mata apabila buat kali pertama selepas 20 tahun usianya dia boleh mendengar namanya dipanggil setelah memakai alat bantuan pendengaran berkenaan.
Gadis bertuah Nabila yang berasal dari Baling, Kedah telah dibawa oleh Syifa dan adik beradiknya untuk memakai alat pendengaran.
Menerusi perkongsian entri Syifa di Instagramnya juga, dia turut berkongsi perasaan Nabila yang menangis selepas dapat mendengar.
“Kalau sifat Maani kita ada 7, dia ada 5 ja. Tapi dia cemburu dengan kita yang boleh dengar dan bercakap Tapi sebenarnya kita yang patut cemburu dengan dia sebab tak perlu dengar benda yang tak elok dan cakap benda yang sia-sia.
Bantu Hidup Nabila Lebih Berkualiti
“Harini kami berjaya bawa Nabila pergi buat alat pendengaran yg insya Allah boleh membantu dia untuk dapat hidup yang berkualiti.
“Sebak teriak tadi bila dia pakai hearing aid tadi, panggil nama dia terus dia respond Allahuuu. Nabila anak istimewa betul.
“Walaupun pendengaran dan tak boleh bercakap, tapi dia setia bersama kekasih dari January dan Total restock terkumpul RM35K. Apa alasan kita yg sempurna ni? Tak pernah meminta minta tapi guna segala yg diberi Allah swt utk bantu keluarga, Masya Allah Sayang @kekasih_nabila,” tulis Syifa.
Bapa kepada arwah Nurin Jazlin membuat permintaan menyentuh hati untuk menyunting gambar bersama arwah anak, mengundang sebak rakyat Malaysia. Baca kisah penuh dan pengajaran di sebaliknya.