Ads

Suami Safura Yaacob Hidap Kanser Tulang Rawan Tahap Tiga, Terpaksa Potong Separuh Bahagian Yang Kena Elak Merebak

Safura Yaacob
Safura Yaacob

Nampak keadaan bertenang tetapi rupanya penyanyi juga pelakon Safura Yaacob mendedahkan penyakit kanser tulang rawan yang dihidapi suaminya, Shahronizam Nor semakin serius apabila mula merebak ke bahagian paru-paru.

Suami Safura Yaacob Hidap Kanser Tulang Rawan Tahap Tiga

Suami Safura Yaacob Hidap Kanser Tulang Rawan Tahap Tiga, Terpaksa Potong Separuh Bahagian Yang Kena Elak Merebak

Keadaan terkini Sahronizam juga pelakon itu menyebabkan pembedahan kedua yang dirancang sebelum ini terpaksa ditangguhkan ke tarikh lain.

Menerusi portal satu hiburan, Safura, mendedahkan sudah bersedia dengan pembedahan termasuk menyediakan peralatan sepatutnya bagaimanapun akan duduk bersama pakar untuk mengetahui langkah seterusnya yang perlu diambil buat suaminyn.

Baca Artikel: Safura Syukur Rumah Tangga Terus Kukuh, Akui Pernah Melalui Badai Dan Hampir Retak

“Hari ini (semalam) sebenarnya ditahan di wad dan sepatutnya esok (hari ini) buat pembedahan yang kedua sebab bila buat Imbasan Tomografi Berkomputer (CT Scan) balik, ada sedikit (sel kanser) tersebar ke paru-paru.

Ads

“Kita dah beli peralatan yang doktor suruh beli dalam RM700 lebih untuk digunakan semasa pembedahan tapi doktor pagi ini (semalam), mungkin pembedahan akan ditangguhkan.

“Esok (hari ini) kita akan berbincang sekali lagi dengan pakar nak tahu sama ada pembedahan ini diteruskan atau ada rawatan lain,” katanya .

Terpaksa Potong Separuh Bahagian Yang Kena Elak Merebak

Suami Safura Yaacob Hidap Kanser Tulang Rawan Tahap Tiga, Terpaksa Potong Separuh Bahagian Yang Kena Elak Merebak

Disoal mengenai keadaan Sahronizam, pelantun lagu Dulu Sayang Kini Benci itu mengakui suaminya menunjukkan perkembangan positif walaupun berdepan dengan kanser tulang rawan tahap ketiga.

Ads

“Keadaan dia sangat okey, kuat dan positif. Kalau kalian tengok dia macam sihat tapi sebenarnya menghidap kanser tulang rawan tahap tiga.

“Doktor kata kanser dia sangat agresif. Tulang belikat dia ada timbul dan doktor terpaksa potong separuh bahagian yang kena sebab takut merebak ke atas,” ujarnya lagi.

Safura Turut Terkesan

Suami Safura Yaacob Hidap Kanser Tulang Rawan Tahap Tiga, Terpaksa Potong Separuh Bahagian Yang Kena Elak Merebak

Pada masa sama, Safura mengakui emosinya agak terkesan sewaktu awal mendapati kesihatan suaminya tidak memuaskan tetapi hanya berserah nasibnya kepada Maha Esa.

“Ikutkan masa awal-awal abang masuk hospital, berat badan saya turun daripada 62 kilogram (kg) sampai 50kg. Sebenarnya kita minta dengan Allah.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

“Minta dengan orang tak ada apa-apa. Semoga Allah bagi kita kesabaran, ujian ini untuk Allah bersihkan diri kita.

“Lama dia bagi sihat, bila Allah bagi sakit jangan bersangka buruk. Saya sangat positif,” jelasnya.

Untuk rekod, Sahronizam disahkan menghidap kanser tulang rawan tahap tiga tahun lepas selepas asyik berdepan masalah sakit belakang.

Selepas membuat pemeriksaan di Hospital Ampang, Kuala Lumpur, Sahronizam dilaporkan menjalani pembedahan membuang tumor pada bahagian kanan belakang badannya pada 29 Oktober tahun lalu.

Sumber: Kosmo!

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

pasangan TTC

47,000 Pasangan TTC Bakal Terima Bantuan, Ada Yang Bertahun-Tahun Menunggu Dua...

Program Kesuburan LPPKN dijangka membantu 47,000 pasangan TTC mendapatkan zuriat menerusi rawatan IUI, IVF dan sokongan infertiliti