Terpesona melihat kecantikan dan kelangsingan pelakon, Faezah Elai yang mana beratnya masih sekitar 43 kilogram (kg)sejak zaman anak dara sehingga hari ini.
Kekal Dengan Berat 43KG
Bila digali, rupanya ibu anak dua ini memilih kaedah Intermittent Fasting (IF) yang membantunya mengekalkan berat badan yang stabil dan sesuai dengan ketinggiannya.
Menerusi satu video Lifestyle Media, pemilik nama penuh Noor Faezah Md Elai, 43, itu berkata, dia sudah lama mengamalkan kaedah tersebut dan mengakui pada awalnya agak sukar untuk melakukannya.
Berat saya sekarang adalah 43 kg. Saya amalkan IF sejak zaman ‘purba’ lagi, ketika saya anak dara.
Ads
“Saya sudah terbiasa dengan IF dan memang saya buat perlahan-lahan,” katanya dalam sebuah video TikTok.
Faezah Elai Amalkan Intermittent Fasting Sampai Sekarang
Ads
Katanya, dia memilih untuk mengamalkan kaedah tersebut kerana mahu menjaga kesihatan ditambah pula rutinnya sebagai seorang ibu yang menuntut tubuh badan sihat.
“Saya seorang ibu, jadi badan memang perlu sentiasa sihat.
Sebagai seorang pelakon, saya juga jaga penampilan setiap kali muncul dalam televisyen sebab selalunya akan nampak sedikit berisi berbanding saiz sebenar.
“Kalau orang jumpa saya di luar, mereka akan kata saya kecil dan halus tetapi dalam TV nampak tiga kali lebih besar,” jelasnya.
Untuk rekod, Faezah merupakan isteri kepada isteri kepada pengarah Heykal Hanifah dan dikurniakan tiga cahaya mata.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Peguam syarie dedah pendidik bergelar Ustaz ketagih video lucah, “minta isteri lakukan hubungan dengan lelaki lain. Bila hidup bertunjangkan nafsu. Tidak dapat membezakan yang halal mahu pun haram. Inilah realiti gelap lagi menakutkan terjadi dalam dunia rumahtangga.
Nampak seperti tidak masuk akal namun pendedahan seorang Perunding Psikologi Keluarga & Guaman Syarie, Suzana Ghazali yang sudah berpengalaman selama 28 tahun dalam berkongsi kisah dunia rumahtangga jelas menunjukkan dunia rumahtangga yang sepatutnya dibina berdasarkan sakinah, mawaddah dan rahmah namun ramai bertopengkan iblis demi melayan nafsu serakah.
Dirinya berkongsi, ada antara isteri juga suami yang melakukan kerja gila iaitu menjalin hubungan intim bertiga (istilah menyebut threesome) dan menganggap hal itu. Ada melakukan atas alasan suami lebih terangsang jika bertiga di atas ranjang. Dan pastinya pendedahannya itu sangat mengejutkan kerana yang meminta hubungan songsang ini adalah pasangan guru di mana si suami adalah Ustaz dan bergelar imam masyarakat.
“Kali pertama saya dapat kes hubungan threesome/trisom/seks bertiga adalah daripada pengakuan isteri (ada saya kongsikan kes di FB ni pada 14 April yang lalu) mengenai suaminya yang mahu adakan hubungan seks bersama isteri dan teman wanita suaminya serentak.
Menurut wanita yang mendapatkan nasihatnya itu sebagai isteri yang taat, dia menurut. Bukan sekali tapi berkali-kali hingga dia rasa cemburu dan sakit hati sangat-sangat, jadi sebab dia cari saya.
“Ikut info dikongsikan masa tu, dia dan suami pernah terlanjur sebelum nikah, berkahwin muda dan hingga saat ini (tika sesi bersemuka diadakan) dia dan suami masih aktif ke kelab malam hatta masa ada baby, sanggup tinggalkan dengan anak berusia 11 tahun.
“Terkini, saya dapat aduan berkait threesome/trisom lagi. Aduan daripada isteri awal 30-an mengenai suaminya (seusia) yang pernah minta mahukan adakan hubungan threesome/trisom. Menurut isteri, suami mahukan dia beraksi sekatil bersama suami dan seorang lelaki lain.
“Hujung 2025, seorang lelaki hubungi isteri ini memaklumkan mengenai suaminya ada hubungan dengan isterinya dan sudah berzina berkali-kali. Dipendekkan cerita, suami mengaku perbuatan tersebut dengan alasan suka tengok perempuan seksi, tak nak isteri tutup aurat, biar pakai ketat-ketat dan jadi perhatian lelaki lain, buat dia terangsang.
Jelas Suzana, isteri menolak permintaan suami kerana masih tahu hukum malah isteri ini mengakui sudah terbiasa seksi di depan suami kerana itu yang dimahukan suami untuk rasa terangsang.
“Pasangan di atas memang hidup bergelumang maksiat (minum arak jugak) tetapi dalam kes terkini ini, suami dan isteri adalah pendidik di mana si suami adalah ustaz malah biasa menjadi imam. Si suami mengaku ada hasrat macam tu sebab terbiasa tengok video-video porn.
Haaa jangan kait isteri tak benar poligami pula sebab dalam dua-dua kes, suami tak pernah sebut pasal nak poligami…! Dah dapat free.
Dirinya turut menasihati isteri yang diuji dengan suami begini agar segera bertindak.
“Para isteri yang tahu suami gila porn tu, bertindak ya…!! Tengok porn tu haram! Berdosa besar dan ada ulama yang sebut boleh terpadam terus semua pahala yang ada. Jangan terpedaya dengan ayat suami: “biasalah lelaki…!!” Biasa apanya kalau sah-sah dosa??
“Betul la Allah tu Maha Pengampun tapi dengan syarat betul-betul taubat. Kalau minta ampun kemudian ulang dosa sama dan mintak ampun lagi, tu taubuat!! dan yakin ke dosa diampunkan?! Buatnya tengah dalam dosa dicabut nyawa?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sempena sambutan Hari Guru 2026 bertemakan “Guru Bitara Nadi Negara”, berikut antara idea hadiah hari guru paling function yang ramai cikgu sendiri approve!
Stapler, penebuk lubang, pita pelekat dan klip kertas mungkin nampak kecil, tetapi sangat penting dalam tugas harian seorang guru.
Ramai guru menggunakan wang sendiri untuk mencetak latihan tambahan pelajar. Sebab itu kertas A4 menjadi antara hadiah hari guru paling berguna.
Marker pen memang cepat habis digunakan di sekolah. Jadi hadiah ini confirm dipakai.
Pen eksklusif dengan nama guru memberi sentuhan profesional dan lebih personal.
Bagi guru yang selalu menggunakan slide presentation, alat ini sangat membantu semasa mengajar.
Nampak simple tetapi sangat praktikal untuk menyimpan alat tulis supaya lebih tersusun.
Guru memang banyak jadual dan urusan harian. Planner membantu mereka lebih teratur.
Minyak masak, gula atau tepung mungkin nampak biasa, tetapi sebenarnya sangat membantu terutama guru yang sudah berkeluarga.
Biskut, coklat, kek atau makanan ringan sentiasa menjadi pilihan popular untuk hadiah hari guru.
Kopi, teh atau minuman coklat 3-dalam-1 memang praktikal untuk guru hilangkan penat di sekolah.
Pes rendang, sambal atau kari sangat membantu guru yang sibuk dan balik lewat dari sekolah.
Minuman yang mudah disediakan di rumah atau ketika jamuan sekolah.
Ini antara hadiah hari guru paling popular setiap tahun khususnya untuk guru wanita.
Sabun, losyen dan syampu memberi rasa relaks selepas penat mengajar sepanjang hari.
Simple tetapi sangat berguna. Ramai cikgu suka simpan di meja sekolah.
Aksesori kecil yang membantu menaikkan seri pakaian guru.
Perfume saiz poket mudah dibawa ke mana-mana dan sesuai digunakan sepanjang hari.
Boleh digunakan untuk pelbagai tujuan termasuk pakaian dan dekorasi rumah.
Ramai guru mengalami sakit kaki dan lenguh kerana berdiri terlalu lama mengajar.
Hadiah ini membantu menambah keselesaan guru ketika duduk di meja kerja.
Kad ucapan handmade atau crochet buatan sendiri mempunyai nilai sentimental yang sangat tinggi.
Antara hadiah hari guru yang memberi manfaat berpanjangan dan penuh makna.
Ringan, mudah dibawa dan sangat praktikal untuk guru wanita.
Guru bukan melihat pada harga sesuatu hadiah, tetapi keikhlasan dan usaha murid yang memberi.
Sebab itu ramai guru lebih menghargai hadiah hari guru yang:
Hari Guru bukan sekadar sambutan tahunan. Ia juga waktu untuk menghargai insan yang banyak berkorban mendidik anak-anak.
Ramai guru bekerja lebih masa, menggunakan wang sendiri dan berusaha memastikan murid berjaya.
Kadang-kadang ucapan kecil dan hadiah hari guru yang simple pun cukup membuat mereka rasa dihargai.
Tak perlu tunggu hadiah mahal untuk menggembirakan seorang guru. Benda paling simple dan function itulah yang paling diingati.
Dalam dunia seorang guru, penghargaan kecil daripada murid boleh menjadi memori yang disimpan sampai bila-bila.
Berita baik untuk rakyat! Subsidi yuran pembelajaran autisme adalah satu langkah daripada pihak kerajaan yang ini membantu meringankan beban ibu bayah dalam menyediakan terapi dan pendidikan awal untuk anak-anak autisme.
Menurut info daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), permohonan subsidi bagi Yuran Pembelajaran Autisme 2026 kini dibuka bermula 15 Mei hingga 15 Julai 2026.
Menerusi Facebook, JKM berkata bantuan berbentuk “one-off” sebanyak RM1,000 itu diberikan khusus untuk meringankan kos pembelajaran setiap anak Autisme layak.
Selain itu juga, inisiatif ini dilaksanakan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Kongsi JKM lagi, syarat utama kelayakan ialah pemohon mestilah warganegara Malaysia dan kanak-kanak autisme tersebut mempunyai kad OKU serta berusia bawah 18 tahun.
Selain itu, pendapatan per kapita isi rumah juga mestilah tidak melebihi RM5,000 sebulan. Untuk mengira pendapatan per kapita, anda boleh bahagikan jumlah pendapatan isi rumah dengan bilangan isi rumah.
Seterusnya, pemohon mestilah mengikuti pembelajaran di pusat pembelajaran bertauliah, iaitu Pusat Pembelajaran Autisme (PUSPA) yang memberi perkhidmatan terapi atau Program Intervensi Awal (EIP) kepada kanak-kanak autisme.
Berikut adalah cara untuk memohon:
2. Dapatkan borang melalui laman web JKM atau Pejabat Kebajikan Masyarakat berhampiran.
3. Hantar ke Pusat Pembelajaran Autisme (PUSPA)
4. Serahkan borang ke PUSPA anak anda.
5. Pengesahan pihak PUSPA & serahkan ke JKM
6. PUSPA menghantar borang yang lengkap ke Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat.
7. Proses kelulusan
8. Tunggu proses semakan dan kelulusan rasmi daripada pihak JKM.
Setakat ini, berdasarkan statistik sehingga April 2026, seramai 99,459 individu autisme telah berdaftar dengan JKM di seluruh negara.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh hubungi atau hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berdekatan atau boleh imbas kod QR untuk muat turun borang permohonan dan senarai semak dokumen.
Derma lima organ, pemergian Allahyarham Normah Abdullah bukan sahaja mengundang rasa kehilangan dalam kalangan keluarga dan kenalan, malah turut meninggalkan kesan mendalam kepada masyarakat yang mengenalinya.