Ads

Tragedi di Maldives, Empat Mayat Pelancong Itali Ditemukan Dalam ‘Gua Jerung’

Empat Mayat Pelancong Itali

Tragedi di Maldives, akhirnya empat mayat pelancong Itali yang hilang ketika menyelam di sebuah gua bawah laut ditemukan pada Isnin semalam, sekali gus melengkapkan operasi pencarian dalam tragedi selaman terburuk pernah berlaku di negara kepulauan itu.

Empat Mayat Pelancong Itali Ditemukan Dalam ‘Gua Jerung’

Tragedi di Maldives, Empat Mayat Pelancong Itali Ditemukan Dalam ‘Gua Jerung’

Menerusi portal Sinar Harian, mangsa yang ditemukan ialah Monica Montefalcone, 52, anak perempuannya Giorgia Sommacal, 20, Muriel Oddenino, 31, dan Federico Gualtieri, 31. Kesemua mayat ditemukan di kawasan Thinwana Kandu yang dikenali sebagai “gua jerung”.

Sebelum ini, mayat jurulatih selam mereka, Gianluca Benedetti, 44, ditemukan terlebih dahulu pada Jumaat.

BACA ARTIKEL: Tragedi Cuti Sekolah: Abang Lemas Cuba Selamatkan Adik Tangkap Ikan Laga

Ads

Kesemua mangsa dilaporkan hilang sejak Khamis lalu ketika meneroka rangkaian gua bawah laut di Vaavu Atoll, Maldives.

Tragedi di Maldives, Empat Mayat Pelancong Itali Ditemukan Dalam ‘Gua Jerung’

Operasi pencarian dijalankan dengan bantuan pasukan penyelam elit dari Finland yang diterbangkan khas ke Maldives oleh Divers Alert Network Europe selepas pihak berkuasa tempatan berdepan kesukaran untuk menyelam sehingga kedalaman kira-kira 150 meter bagi memasuki kawasan gua tersebut.

Ads

Pasukan itu terdiri daripada penyelam berpengalaman Sami Paakkarinen, Jenni Westerlund dan Patrik Grönqvist yang pernah terlibat dalam operasi menyelamat pasukan bola sepak remaja Thailand di dalam gua pada tahun 2018.

Tragedi di Maldives

Tragedi di Maldives, Empat Mayat Pelancong Itali Ditemukan Dalam ‘Gua Jerung’

Kementerian Luar Itali memaklumkan punca sebenar kematian lima mangsa masih dalam siasatan, manakala usaha membawa keluar mayat dari dasar laut dijangka mengambil masa beberapa hari lagi.

Ads

Dalam perkembangan sama, seorang anggota penyelam penyelamat Maldives, Sarjan Mejar Mohamed Mahudhee, turut maut ketika operasi mencari mangsa pada Sabtu lalu, menjadikan jumlah keseluruhan korban meningkat kepada enam orang.

Anda mungkin berminat dengan

Laporan turut menyebut kira-kira 20 lagi pelancong Itali berada di atas kapal layar Duke of York ketika kejadian, namun semuanya selamat dan sudah pulang ke Itali.

Siasatan awal turut meneliti kemungkinan keracunan oksigen akibat selaman terlalu dalam sebagai antara faktor yang menyumbang kepada tragedi itu.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

tomok

“Pimpin Keluarga Kita Ke Syurga…” Ucapan Isteri Buat Tomok Di Tanah...

Tomok sambut ulang tahun kelahiran ke-42 di Tanah Suci bersama isteri tercinta. Ucapan dan doa Ayu Abas buat suami undang sebak ramai.