
Ramai masih menanti khabar baik tentang pendaki wanita, Jaslinda Saludin yang hilang di Gunung batu Putih sampai hari ini. Bermacam-macam versi cerita yang didengar,namun anak-anaknya masih berharap ibunya pulang dengan selamat.
Jaslinda Masih Belum Dijumpai

Sementara itu, anak tiri Puan Jaslinda, Nurra Ashikin berharap orang ramai doakan yang baik-baik buat ibunya. Tulisnya di Thread:
“Ibu tiri saya hilang kat Gunung Batu Putih tu. Nak minta korang semua doakan supaya Ibu Jas jumpa secepat yang mungkin. Kesian ayah saya tak ada isteri disisi..”
Kalau ikutkan perkongsian malim pergunungan berpengalaman lebih 10 kali mendaki Gunung Batu Putih bersama ratusan peserta, majoriti pendaki yang sesat akan dijumpai semula dalam keadaan selamat selepas dua atau tiga hari hilang walaupun dengan keperluan yang terhad.
Menerusi portal Kosmo! malim Gunung Perhutanan Negeri Perak, Muzafar Mohamad, 50, berkata, berdasarkan beberapa kes sebelum ini, mangsa yang tersasar laluan mampu bertahan lebih lama walaupun dengan bekalan terhad dan ada antara mereka ditemui dalam tempoh dua hingga tiga hari.
Menurutnya, kecuali satu kes pada tahun 1995, seorang pendaki dari Singapura tidak berjaya ditemui selepas tersesat di laluan gunung tersebut.

“Laluan (Gunung Batu Putih) ini kita anggap sukar kerana pendaki perlu menggunakan keempat-empat anggota iaitu tangan dan kaki untuk mendaki serta menuruni cerun dari satu puncak ke puncak lain.
“Selain jarak perjalanan yang jauh, faktor ketinggian, suhu serta angin di kawasan banjaran turut menjadi cabaran utama kepada pendaki,” katanya lagi.

Beliau bersama lebih 30 malim gunung dari seluruh negara telah menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang mula hilang di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu.
Anda mungkin berminat dengan
Sebelum ini, Jaslinda dilaporkan hilang ketika menyertai ekspedisi pendakian Trans Spencer Chapman di Gunung Batu Putih bersama 13 rakan pendaki lain serta dua malim gunung.
Difahamkan, mangsa yang cedera di kaki sebelum itu berhenti rehat bersama seorang lagi pendaki lelaki yang mengalami masalah pernafasan dan seorang malim gunung di Kem Batu Core.
Bagaimanapun, Jaslinda gagal dikesan selepas wanita itu dipercayai meneruskan perjalanan ke puncak gunung.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

