Ads

Bahaya Cold Violence Dalam Hubungan Suami Isteri, Ini Keganasan Rumah Tangga Bentuk Emosi

Cold Violence
Cold Violence

Cold violence, satu keganasan rumah tangga dalam bentuk emosi. Diam tanpa bercakap, menyisihkan pasangan, memberi sindiran halus.

Ya, tidak terlihat kesan fizikal tetapi terseksa hingga ke lubuk hati paling dalam dan boleh menyebabkan pasangan tawar hati.

Bahaya Cold Violence Dalam Hubungan

Bahaya Cold Violence Dalam Hubungan Suami Isteri, Ini Keganasan Rumah Tangga Bentuk Emosi

Ada ramai pasangan suami isteri bercerai disebabkan terjerat dalam situasi ini. Namun jangan keliru, ada satu lagi masalah rumah tangga adalah berlaku Cold Treatment dalam hubungan. Jom kita cuba hadam perkongsian daripada Puan Aafiyah tentang isu ini…

Apa beza cold treatment & cold violence?

Cold Treatment

Tindakan menjauh, diam, atau tidak berinteraksi dalam tempoh tertentu sebagai respon kepada konflik atau untuk mendidik.

Kadang-kadang wajar, jika digunakan dengan niat islah (perbaiki), bukan menyeksa emosi.

Contohnya, suami tak bercakap sehari kerana marah tetapi masih beri makan, nafkah, senyum pada anak-anak.

Cold Violence (Abuse)

Penderaan emosi diam, dipanjangkan TANPA tujuan memperbaiki, dengan niat menghukum atau menghancurkan emosi pasangan.

Ads

Ini termasuk ‘silent treatment’ yang berbulan/tahun, hingga isteri rasa tak wujud, dipinggir, hilang harga diri.

Contohnya, suami tinggal sebilik tapi tak bercakap berbulan, tak sentuh, tak pandang, tak bagi nafkah batin, tapi juga tak lepaskan.

Satu Keganasan Rumah Tangga Dalam Bentuk Emosi

Bahaya Cold Violence Dalam Hubungan Suami Isteri, Ini Keganasan Rumah Tangga Bentuk Emosi

Emotional abuse seperti silent treatment, gaslighting dan manipulasi emosi boleh menyebabkan:

Anxiety disorders
Depression
Low self-esteem
Post-Traumatic Stress (PTSD)
Lebih sukar sembuh berbanding fizikal abuse kerana tak nampak tetapi kesannya terlalu dalam.

Akta Keganasan Rumah Tangga (AKRT) 1994 (Pindaan 2017)

Penderaan emosi, termasuk pengabaian berterusan, psikologi tekanan, menghina, mengugut dikira sebagai domestic violence.

Ads

Cold violence boleh dilapor dan mangsa boleh mohon:

Perintah perlindungan interim (IPO)
Nafkah interim
Cerai melalui fasakh jika penderaan terbukti

Undang-Undang Syariah

Seksyen 52(1)(h), Akta Undang-undang Keluarga Islam: Isteri berhak mohon fasakh jika suami gagal memberi nafkah batin/zahir > 3 bulan atau menganiaya secara emosi.

Cold Treatment

Niat: Untuk islah/perbaiki
Tempoh: Sementara, bersebab.

Nabi SAW buat?
Ya, dalam konteks tarbiah

Islam benarkan?
Ya, jika adil & ada sebab

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Legal di Malaysia?
Terhad & ikut konteks

Cold Violence

Niat: Untuk seksa/hukum
Tempoh: Lama, tanpa penyelesaian

Nabi buat?
Tidak, langsung tidak!

Islam benarkan?
Tidak. Berdosa & zalim

Legal di Malaysia?
Salah di sisi undang-undang

Jadi jika anda penat melalui situasi ini, boleh pilih jalan keluar dan elakkan daripada menjadi mangsa penderaan emosi berpanjangan. Suami atau isteri berhak Bahagia dengan pasangan hidup dan bebas daripada rasa stress dalam hubungan.

 

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Nur Aini Umairah

Ayah Arwah Nur Aini Umairah Tak Salahkan Pakcik Van, Terima Takdir...

Semalam tular kisah arwah Nur Aini Umairah, murid Tahun Dua yang maut dilanggar di hadapan pintu pagar utama sekolahnya ketika sedang menunggu dijemput ibunya pulang.