Ads

Majlis Akikah Cucu Bertukar Jadi Cerita Sedih, Pengusaha Katering Simpati Tak Ambil Sebarang Bayaran

Majlis Akikah
Majlis Akikah

Siapa sangka, niat seorang pensyarah untuk mengadakan majlis akikah dan sambutan hari lahir cucu tidak kesampaian apabila mangsa meninggal dunia dalam kemalangan pada hari sama majlis tersebut dijadualkan berlangsung.

Majlis Akikah Cucu Bertukar Jadi Cerita Sedih

Perkongsian menyentuh hati itu dikongsikan pengusaha katering, Nor Eizzah Yusoff menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.

Majlis Akikah Cucu Bertukar Jadi Cerita Sedih, Pengusaha Katering Simpati Tak Ambil Sebarang Bayaran

Dia tiba di rumah pelanggan kira-kira jam 10 pagi bagi menyediakan tempahan 20 kilogram cucur udang untuk majlis akikah dan sambutan hari lahir cucu keluarga berkenaan yang dijadual bermula pada jam 12 tengah hari.

Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi, dia dimaklumkan bahawa suami kepada tuan rumah telah meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya.

“Sebaik sahaja saya sampai di sana, ada tiga anggota polis datang. Suami beliau kemalangan dan meninggal dunia serta-merta.

Majlis Akikah Cucu Bertukar Jadi Cerita Sedih, Pengusaha Katering Simpati Tak Ambil Sebarang Bayaran

Ads

“Polis sendiri terkejut apabila mengetahui rumah itu bakal mengadakan kenduri. Selama ini saya hanya membaca berita mengenai majlis yang bertukar menjadi majlis tahlil, tetapi hari ini saya menyaksikannya sendiri,” katanya.

Nor Eizzah turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga atas kehilangan insan tersayang.

Dalam hantaran berasingan, Nor Eizzah mengakui berdepan dilema berhubung tempahan yang telah dibuat memandangkan kuantiti yang ditempah agak banyak selain melibatkan kos operasi dan gaji pekerja.

Pengusaha Katering Simpati Tak Ambil Sebarang Bayaran

Majlis Akikah Cucu Bertukar Jadi Cerita Sedih, Pengusaha Katering Simpati Tak Ambil Sebarang Bayaran

Menurutnya, setelah berbincang dengan bapanya, dia mengambil keputusan untuk mengikhlaskan tempahan tersebut tanpa mengenakan sebarang bayaran kepada keluarga berkenaan.

Ads

“Saya mesej tuan rumah dan memaklumkan mereka tidak perlu membayar apa-apa kos tambahan. Saya tidak mahu mengambil kesempatan dalam kesempitan orang lain.

“Saya hanya kehilangan rezeki yang sememangnya bukan milik saya, tetapi mereka kehilangan seorang suami dan seorang ayah,” katanya.

Nor Eizzah kemudian membawa semua bahan yang telah disediakan ke gerainya untuk dijual kepada pelanggan lain.

Katanya, tanpa disangka-sangka jualan pada hari tersebut mencatatkan rekod tertinggi sejak perniagaannya beroperasi.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

“Alhamdulillah, Allah menggantikan semula rezeki itu. Saya lega dengan keputusan yang dibuat kerana wang tersebut lebih diperlukan waris untuk urusan pengkebumian dan perkara-perkara yang lebih penting,” katanya.

Beliau turut mengajak orang ramai mendoakan agar Allahyarham diampunkan segala dosa serta keluarganya diberikan kekuatan menghadapi ujian tersebut.

Majlis Akikah Cucu Bertukar Jadi Cerita Sedih, Pengusaha Katering Simpati Tak Ambil Sebarang Bayaran

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan seorang pensyarah Politeknik Ungku Omar (PUO) maut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Sultan Azlan Shah di sini pada Sabtu.

Mangsa, Sarafuddin Alang Osman, 59, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah yang dialami. Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Aamiin.

Untuk info, kemalangan yang berlaku kira-kira jam 10 pagi itu melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi dan motosikal Benelli Napoleon 500.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Duit Gaji

Dapat Suami Jenis Bagi Semua Duit Gaji Pada Isteri, Ini Tanda...

Untung sangat kalau dapat suami jenis bagi semua duit gaji pada isteri, langsung tidak pegang sebab serahkan hal kewangan kepada orang rumah.