
Bagi kebanyakan orang, ulang tahun kelahiran diraikan dengan kek, hadiah dan makan bersama keluarga.
Namun buat penyanyi dan pelakon terkenal Tomok, sambutan ulang tahun ke-42 tahun ini membawa makna yang jauh lebih besar apabila diraikan di bumi paling suci buat umat Islam iaitu Makkah Al-Mukarramah.
Momen istimewa itu bukan sahaja menyentuh hati peminat, malah ramai turut sebak membaca doa dan ucapan yang dititipkan isterinya, Ayu Abas, buat lelaki yang menjadi ketua keluarga mereka sejak lebih sedekad lalu.
Syukur Sambut Birthday Di Tanah Suci

Menerusi hantaran di media sosial, Tomok meluahkan rasa syukur kerana diberikan peluang menyambut ulang tahun kelahirannya di Tanah Suci bersama isteri tercinta.
Vokalis kumpulan New Boyz itu menyifatkan pengalaman tersebut sebagai satu nikmat yang sangat besar dalam hidupnya.
“42 tahun. Alhamdulillah, terima kasih ALLAH atas segala nikmat yang diberikan.
“Berada di bumi Makkah bersama isteri pada hari ulang tahun, nikmat yang harus saya syukuri. Alhamdulillah,” tulis Tomok.
Ramai peminat mengakui momen itu cukup indah kerana bukan semua orang berpeluang menyambut hari lahir ketika menjadi tetamu Allah di Makkah.
Doa Isteri Undang Sebak
Namun yang paling mencuri perhatian ramai adalah ucapan penuh kasih dan doa yang ditulis isterinya, Ayu Abas.
Dalam perkongsian tersebut, Ayu mendoakan agar Tomok terus menjadi pemimpin keluarga yang membawa mereka semua ke syurga.
“Alhamdulillah, 17 Mei 2026. Kenangan manis sambutan hari jadi yang sederhana di bumi penuh barakah buat suami tercinta.
“Ibu doakan ayah sentiasa dalam lindungan-NYA, menjadi pemimpin keluarga yang membawa keluarga kita ke syurga,” tulis Ayu.
Ucapan itu membuatkan ramai netizen tersentuh hati kerana menggambarkan hubungan rumah tangga yang penuh kasih sayang dan saling menghormati.
Fokus Ibadah Walaupun Jauh Dari Anak-Anak
Menurut Ayu lagi, walaupun sambutan tahun ini diraikan tanpa kehadiran anak-anak mereka, dia berharap mereka berdua dapat memberi sepenuh fokus terhadap ibadah haji yang sedang dilaksanakan.
Ayu turut mendoakan agar Tomok dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan urusan dan memperoleh haji yang mabrur.
“Semoga kita dapat menyempurnakan ibadah haji dengan penuh khusyuk dan tawaduk serta mendapat haji yang mabrur,” tulisnya lagi.
Di akhir ucapan, Ayu turut menitipkan kata-kata penuh cinta daripada anak-anak mereka buat Tomok.
“We love you. Arrian, Andra, Khadijah dan Ayu sayang Shah.”
Rezeki Dapat Jadi Tetamu Allah
Untuk rekod, Tomok berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji pada 7 Mei lalu.
Ramai peminat menyifatkan peluang tersebut sebagai rezeki yang sangat besar buat penyanyi itu.
Malah, ramai juga meninggalkan komen mendoakan agar perjalanan ibadah Tomok dan isteri dipermudahkan sepanjang berada di sana.
Rumah Tangga Yang Sering Jadi Inspirasi
Sejak mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011, Tomok dan Ayu sering dilihat sebagai antara pasangan selebriti yang rendah diri dan jauh daripada kontroversi.

Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu:
Anda mungkin berminat dengan
- Arrianshah Akid, 13 tahun
- Andrashah Iman, 10 tahun
- Siti Khadijah, 6 tahun
Ramai peminat menyukai cara Tomok membawa imej seorang suami dan bapa yang sederhana tetapi sangat mementingkan keluarga.
Dari Pentas Hiburan Ke Tanah Suci
Nama beliau mula dikenali sejak zaman kegemilangan kumpulan New Boyz sekitar awal tahun 2000-an.
Lagu-lagunya pernah menjadi siulan ramai termasuk Sejarah Mungkin Berulang, Marabahaya Cinta dan Nur Nilam Sari.
Namun semakin meningkat usia, ramai peminat melihat perubahan positif dalam kehidupan penyanyi tersebut terutama dari sudut kematangan dan kehidupan keluarga.
Malah perkongsian mengenai perjalanan hajinya kali ini turut menerima sokongan dan doa daripada peminat lama.
Netizen Turut Tersentuh
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen mengakui tersentuh dengan doa Ayu buat suaminya.
Ada yang menyifatkan ucapan itu sebagai gambaran sebenar cinta dalam rumah tangga.

Sumber: Instagram
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

