Ads

“Aisy Menangis Kejar Saya…, Pengasuh Akui Rindukan Aisy Yang Kini Dalam Jagaan JKM

“Aisy menangis kejar saya, pengasuh akui rindukan Aisy yang kini dalam jagaan JKM. Walau tiada pertalian darah namun kasih sayang yang telah terpupuk selama beberapa bulan mengakibatkan Dg Che Norhakimah binti Mudah, 30-an tidak mampu melelapkan mata hampir dua minggu selepas anak jagaannya, Aisy Rayyan ditempatkan di rumah kebajikan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Ketika dihubungi oleh Mingguan Wanita bertanyakan keadaan terkini anak jagaannya yang sebelum ini viral kerana ditinggalkan ibu kandung, Dg Che Norhakimah dalam nada sedih memaklumkan Aisy Rayyan berusia 4 tahun sudah diambil dari jagaannya pada 14 Mei lalu.

Pengasuh Akui Rindukan Aisy Yang Kini Dalam Jagaan JKM

“Sedih hati ini. Saya tak boleh tidur malam memikirkan nasib Aish di rumah kebajikan. Sebelum ini kita dah sayang dia, anggap macam anak sendiri malah saya sudah anggap dia anak walau saya hanyalah orang yang menjaga Aisy yang ditinggalkan ibunya sendiri. Rasa tak sanggup nak hadapi perpisahan begini.

“Aisy Menangis Kejar Saya…, Pengasuh Akui Rindukan Aisy Yang Kini Dalam Jagaan JKM
Pengasuh Akui Rindukan Aisy Yang Kini Dalam Jagaan JKM sejak 14 Mei lalu

“Saya nampak dia berlari mengejar saya ketika  itu. Menangis nak ikut balik tapi saya sendiri tiada hak kerana ibu kandungnya masih hidup. Begitu juga nenek kepada Aisy masih ada walau sebelum ini mereka ada menyertakan surat menyerahkan Aisy di bawah jagaan saya,”katanya sambil menangis.

Jelas Dg Che Norhakimah, dirinya juga sebelum ini tidak menyangka pertemuan yang diatur oleh pihak JKM antara dirinya, Aisy Rayyan dan ibu kandung  14 Mei lalu berakhir dengan tangisan.

Ads

“Masa sampai di JKM jam 2.10 petang, saya dimaklumkan yang ibu Aisy sudah datang lebih awal dari kami. Maknanya tak ada sebarang pertemuan terjadi antara Aisy dan ibu kandungnya. Dan petang itu, pihak JKM memaklumkan bahawa Aisy perlu berada di bawah jagaan mereka dalam tempoh 3 bulan.

“Memang terkejut sangat dan terus menangis. Saya tak bjuat apa-apa persediaan. Masa nak gerak balik, Aisy kerja dan menangis. Sebelum itu, dia dapat juga cium pipi saya buat kali terakhir.

“Aisy Menangis Kejar Saya…, Pengasuh Akui Rindukan Aisy Yang Kini Dalam Jagaan JKM
Ciuman terakhir Aisy sebelum kesnya diambil alih oleh JKM

“Sebelum ini semasa ibunya tinggal dia dalam jagaan saya tanpa membayar duit asuhan, saya dah anggap Aisy macam anak sendiri. Dia pun tak banyak ragam. Berilah makan apa saja, semua dimakannya. Tak tolak langsung. Bermain-main dengan anak-anak saya, 9, 7 dan 3 tahun dan malamnya kami tidur bersama. Saya dan suami dah anggap Aisy macam anak sendiri dan bersedia menjaganya.

Ads

“Dia juga manja dengan kami semua. Tahu bawa diri dan juga seorang anak yang baik,” kata ibu kepada tiga anak ini yang mengakui ada berusaha untuk mendapatkan Aisy melalui saluran undang-undang sah.

“Aisy Menangis Kejar Saya…, Pengasuh Akui Rindukan Aisy Yang Kini Dalam Jagaan JKM
Sejak Mac lalu Aisy ditinggalkan oleh ibu kandungnya di bawah jagaan pengasuh iaitu Dg Nurhakimah

Sebelum ini ketika bercakap kepada Mingguan, Dg Che Norhakimah  yang tinggal di Taman Putra Perdana ada mewar-warkan dirinya mencari ibu kandung kepada Aisy dikenali sebagai Nur Nabilah binti Jemat Kama Alam Shah, 23 tahun yang telah meninggalkan Aisy di bawah jagaannya dan terus menghilangkan diri.

Ads

“Dia kata anak akan bermalam dengan saya dan seminggu sekali dia akan ambil. Saya beritahu upah sebulan RM800.  Boleh dikatakan agak murah kerana saya niat nak membantu saja kerana belum pernah ada lagi anak asuhan bermalam dengan saya. Dari RM800 sejak Mac lalu, Dg Che Nurhakimah hanya menerima RM200 dari ibu kandung Aisy Rayyan yang kemudian terus menghilangkan diri sejak Mac.

Anda mungkin berminat dengan

Malah dirinya juga telah membuat permohonan pengambilan angkat namun hal antara mereka tidak selesai sehinggalah pihak JKM mengambil alih kes ini sejak 14 Mei lalu.

@kakd9989♬ Setanggi Syurga – In Team

Biar tidak melahirkan Aisy Rayyan dan hanya menumpang kasih anak ini sejak Mac lalu bagi Dg Che Nurhakimah dia sudah menyayangi Aisy seumpama anaknya sendiri dan akan berjuang demi anak kecil ini yang sudah dianggap sebagai anak kandungnya. Moga usahanya membuahkan hasil.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

ustazah basikal

Kisah Ustazah Basikal Kayuh Ke Mekah, Tinggalkan Kerjaya Demi Impian Ke...

Kisah inspirasi Ustazah Basikal dan suami mengayuh basikal merentasi 14 negara menuju Mekah demi impian ke Tanah Suci, penuh cabaran, pengorbanan dan tawakal.