Berita pemergian seorang ibu dijemput Ilahi dalam pantang, Haridatul Bahiyah Amsuri benar-benar meruntun jiwa ramai netizen yang mengikuti kisah ibu muda ini.
Hari yang sepatutnya bergembira menyambut kelahiran insan baharu, namun takdir Allah menentukan arwah dijemput pulang ke negara abadi selepas 25 hari bertarung nyawa di hospital.
Anak Baru Lahir Melihat Dunia
Arwah dilaporkan mengalami komplikasi selepas bersalin sebelum keadaan kesihatannya semakin merosot apabila berlaku pendarahan di kepala. Ujian yang lebih berat hadir apabila beliau disahkan menghidap kanser choriocarcinoma tahap empat.
Sepanjang menerima rawatan, arwah menunjukkan semangat juang luar biasa. Dalam keadaan tubuh semakin lemah, beliau tetap kuat melawan kesakitan demi suami, anak-anak dan keluarga tercinta. Setiap hari menjadi perjuangan yang penuh harapan agar dapat kembali memeluk zuriat yang baru dilahirkan.
Si Ibu Dijemput Ilahi Selepas 25 Hari Berjuang di Hospital
Ads
Namun, selepas 25 hari berjuang, Allah lebih menyayanginya. Arwah menghembuskan nafas terakhir selepas beberapa hari melahirkan cahaya mata, meninggalkan suami serta empat orang anak yang masih memerlukan kasih sayang seorang ibu.
Ads
Sungguh, pemergian Haridatul Bahiyah menjadi bukti besarnya pengorbanan seorang ibu. Pertaruhan nyawa membawa kehidupan baharu ke dunia, namun akhirnya pergi meninggalkan insan tersayang buat selama-lamanya.
Amyza Aznan menangis terima RM191,947,73, Pak Nil serahkan kutipan sumbangan orang ramai untuk rawatan Adrian.
Amyza Aznan Menangis Terima RM191,947, 73
Tabung kutipan yang dibuka oleh pengacara versatil, Datuk Aznil Haji Nawawi bagi membantu kos perubatan Adrian Adam berjaya mengutip RM171, 947,73 hasil sumbangan dari orang ramai.
Selebihnya sebanyak RM20,000 datangnya dari Pak Nil sendiri bagi meringankan beban perubatan Adrian Adam yang kini berjuang dengan kanser tulang. Dalam tempoh 50 jam tabung kutipan ini dilancarkan, satu rekod tercipta apabila jumlah sumbangan dari orang ramai mencecah RM131,127,90.
Dari video yang dikongsi Pak Nil ketika penyerahan sumbangan tersebut, jelas Amyza seakan tergamam selain menolak wang tersebut kerana khuatir pandangan orang ramai kerana jumlahnya agak besar. Malah Amyza terkilan apabila ada komen dari orang ramai yang mengatakan mengapa dirinya tidak melakukan sedemikian terhadap anak sulungnya, arwah Andre Mikhail Khairil Izhar yang meninggal Februari lalu.
Namun seperti ditegaskan oleh Pak Nil, sumbangan dari orang ramai ini adalah bagi memastikan Adrian menerima rawatan terbaik untuk kanser tulang dihadapinya.
Malah Datuk Aznil turut menunjukkan baki akaunnya yang telah kosong, tanda segala sumbangan dan kutipan dari orang ramai telah diserahkan sepenuhnya kepada Amyza bagi membiayai rawatan anaknya.
Pernah diuji kehilangan anak sulung akibat kanser paru-paru, kehidupan Amyza tidak terhenti apabila anak keduanya pula disahkan mengidap kanser tulang. Semoga dipermudahkan bagi rawatan dan kesembuhan anaknya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Nahas Raya Aidiladha, lima beradik menjadi yatim piatu sekelip mata apabila ibu bapa mereka maut dalam kemalangan melibatkan kereta jenis Proton Wira dan Honda City di Kilometer (KM) 76, Jalan Kuantan-Segamat, Paloh Hinai, di sini awal pagi tadi.
Lebih menyayat hati, nahas yang meragut nyawa Inspektor Syah Lokman Ludza Ramli, 50, dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan dan isterinya, Nurulfiza Ardiana Amba, 46, itu berlaku pada pagi Hari Raya Aidiladha.
Dalam kejadian pukul 3 pagi itu, pasangan tersebut bersama empat anak mereka berusia 10, 13, 15 dan 18 tahun dalam perjalanan pulang beraya ke Jempol, Negeri Sembilan. Empat anak pasangan itu cedera, manakala seorang lagi, Muhammad Afiq, 20, sudah berada di kampung menunggu kepulangan mereka.
Muhammad Afiq berkata, dia menerima berita mengenai nahas itu pada pukul 4 pagi selepas dikejutkan bapa saudaranya yang memaklumkan ibu dan bapanya meninggal dunia.
“Memang terkejut sebab saya tidak tahu papa balik kampung malam tadi (kelmarin). Saya ingat mereka bertolak awal pagi,” katanya.
“Saya tidak tahu mereka bergerak balik kampung awal pagi tadi kerana sebelum itu emak hanya menyatakan belum membuat keputusan lagi,” katanya.
Ceritanya, sehari sebelum kejadian, ibunya memaklumkan akan pulang ke kampung malam kelmarin atau pagi semalam.
“Biasanya mama beritahu bila nak bertolak, tapi kali ini tiada. Saya dapat tahu mereka bertolak pukul 1.30 pagi selepas dimaklumkan bapa saudara,” kata pelajar Kolej Vokasional Pertanian Chenor itu.
Dua adiknya iaitu Muhammad Adib, 18, dan Muhammad Akif, 10, dirawat di Hospital Muadzam Shah, manakala Nur Arissa Safiya, 15, dan Muhammad Aqil, 13, cedera ringan.
Sementara itu, adik ipar arwah Syah Lokman, Mohd. Nur Faezin Syabidin, 45, berkata, mereka sekeluarga menunggu kepulangan arwah sebelum menerima berita nahas pada pukul 4 pagi.
Lebih menyedihkan, anak arwah sempat menghantar mesej kepada sepupunya memaklumkan dia terbabit kemalangan.
Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd. Zaidi Mat Zin berkata, kejadian berlaku apabila Proton Wira dinaiki arwah dipercayai hilang kawalan dan terbabas masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Honda City.
Dalam berumah tangga, memang kena jaga hati isteri tetapi dalam yang sama tetap kena pandai elakkan emak kecil hati dalam keputusan tertentu. Kadang seorang emak dia tak tunjuk apa yang dia rasa tetapi sebagai anak lelaki, kena bijak mengatur strategi.
Nak-nak kalau dia kategori anak lelaki kesayangan mahupun anak mak, memang kena betul-betul kena jaga langkah dan betulkan cara komunikasi.
Inilah yang menyebabkan berlakunya perselisihan faham antara suami isteri bila ada campur tangan mentua atau ipar dui dalam perkahwinan.
Bagi suami atau anak lelaki, sudah tentulah hati akan berbolak balik, sayang dan ingin jaga hati isteri sebaik mungkin dan masa yang sama tidak mahu melepaskan tangan dalam tanggungjawab kepada mak dan adik beradik yang lain.
Kadang-kadang, ada isteri yang hanya mahu dirinya saja diberi perhatian tanpa memikirkan tentang mentua atau ipar duai. Ini silapnya dan boleh berlaku masalah keluarga yang lebih serius.
Sepatutnya, dalam rumah tangga, suami bukan saja jaga hati isteri tapi tidak lupa tanggung jawab pada mak yang melahirkan dan adik beradik yang lain. Manakala isteri, jangan terlalu mengongkong suami untuk hanya dirinya.
Ada sesetengah isteri mungkin hanya mahu suaminya hanya perlu jaga hati tanpa hiraukan perasaan mentua. Kita tak tahu apa dalam hati mentua yang melahirkan dan membesarkan anak lelakinya selama ini.
Perkongsian daripada Farizal Razali ini ada benarnya. Baik isteri jangan terlalu ‘tidak suka’ mentua, manakala mentua jangan terlalu mengikat anak lelaki dan ipar duai pula jangan ada perasaan membenci.
Selalu sangat kita dengar kisah mak mentua yang tak elok sekarang kan. Kadang-kadang yang tak tercapai dek akal. Kenapa la mak mentua sanggup buat yang tak elok kat menantu sendiri kan? Tak dinafikan, memang ada mak mentua yang masih mahukan anak lelakinya mendahulukan dia dari menantunya. Memang ada.
Jom kita cuba pandang dari sudut mak mertua pula.
Anak lelaki yang dikandungnya selama 9 bulan 10 hari, dilahirkan dengan penuh kesakitan, dijaga & dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Mungkin 20 tahun, 25 tahun, 30 tahun, tak pernah terpisah. Makan semua air tangan mak. Semua keputusan akan tanya mak. Semua kisah suka duka pasti akan bercerita dengan mak.
Tiba-tiba si anak berkahwin dengan seseorang yang baru dikenali. Mungkin 6 bulan, 1 tahun, 5 tahun.
Dah jarang balik rumah mak. Dah jarang bercerita dengan mak. Mak minta sesuatu, anak lelakinya kata “tak boleh jawab lagi mak. Kena tanya isteri saya dulu”
Lagi buat mak terkilan, sekarang semua isteri lebih baik. Isteri lebih baik dari adik beradik lain dan isteri lebih pandai masak dari adik beradik lain. Malah, isteri masak lebih sedap dari mak masak.
Sedikit sebanyak hati seorang mak akan tersinggung. Pasti.
Kena pula dulu mak ayah ikat perut nak bagi anak lelakinya belajar tinggi supaya punyai masa depan yang cerah. Tapi sebaik saja bekerja & punyai pendapatan, anak lelaki berkahwin. Mak ayah belum merasa duit anak lelaki, tapi menantu dah merasa.
Ipar duai pula. Bila masuknya ipar perempuan dlm keluarganya, maknya asyik puji menantu baru. Kakak ipar kau pandai masak, tak macam kau. Adik ipar kau lembut je, tak kasar macam kau. Semua menantu lebih baik dari anak perempuan sendiri.
Sedikit sebanyak pasti terasa, kan? Pasti.
Dari situ bermulanya rasa nak mengawal anak. Bimbang menantu mengambil tempat dirinya di hati anak lelakinya.
Jadi, kepada anak lelaki terutamanya. Bila berkahwin, janganlah terus memuja isteri hingga lupa jasa mak dan adik beradik.
Kepada menantu perempuan, berilah masa kepada keluarga mentua untuk terima anda, sebagaimana anda perlukan masa untuk menerima keluarga mentua.
Kunci segalanya adalah sabar.
Berbeza dengan anak perempuan yang berkahwin. Macam mana sekalipun, dia perlu taat pada suami selagi suami menunaikan tanggungjawabnya.
Kadangkala kita tak rasa apa yang mentua rasa. Buatkan kita terus rasa mentua kita tak berhati perut tanpa cuba mendalami apa yg dia rasakan.
Ayat yang selalu kita dengar.
“Kalau takut anak ikut cakap isteri, jangan bagi anak tu berkahwin sampai tua”.
Tepuk dada tanya hati, boleh guna ke ayat tu? Kalau semua anak lelaki mak tak berkahwin, makin ramailah gadis tak berkahwin. Makin banyak zina dan anak anak gadis yang rosak. Terhentilah keturunan Nabi Adam as.
Ingat, kalau perlakuan tak elok terjadi, anak lelaki tak cacat. Tapi anak perempuan akan cacat.
Di sini, anak lelaki perlu mainkan peranan. Jaga hati mak, dalam m masa yang sama tak lukakan hati isteri. Mak itu syurga, isteri itu amanah. Dua-dua sama penting.
Namun, jika dah lama pun masih hubungan tak elok, baik di pihak mentua mahupun pihak menantu, semak semula di mana silapnya. Silap mak mertua atau menantu atau silap suami/anak lelaki.
Jangan terlalu membenci, takut makan diri. Kelak kita bakal jadi mentua. Apa pun yang kita kata hari ni, takkan sama bila kita melaluinya nanti.
Wallahua’lam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Gaji lebih RM10,000, namun nafkah yang diterima isteri hanya sekitar RM100 hingga RM200. Lebih menyedihkan, setiap kali meminta wang membeli beras, gas memasak atau...