Ads

“Terima Kasih Pilih Kami” – Wanita Syukur Temui Jodoh Selepas 5 Tahun Jadi Ibu Tunggal 6 Anak

ibu tunggal

Bukan semua ibu tunggal yang pernah gagal dalam perkahwinan mampu membuka hati untuk kembali percaya pada cinta.

Ada yang reda bahawa hidup mereka mungkin hanya tentang membesarkan anak-anak tanpa kehadiran seorang lelaki bergelar suami.

Namun bagi seorang ibu tunggal bernama Atie Baharain, perjalanan hidup yang penuh ujian akhirnya menemukan dirinya dengan sebuah ketenangan yang tidak pernah disangka.

Lebih menyentuh hati, bukan dia sahaja yang gembira apabila kembali bertemu jodoh. Tetapi enam orang anaknya juga.

Baca artikel: Ibu Tunggal Anak Seorang Raih Master Eksekutif Di Konvokesyen UMPSA Ke-20

Ibu Tunggal Ini Membesar Dalam Keluarga Yang Kental

Kisah hidup wanita ini cukup dekat dengan realiti ramai ibu tunggal di luar sana. Atie membesar dalam keluarga yang dikelilingi wanita-wanita cekal.

Ibunya merupakan ibu tunggal selama 40 tahun, manakala kakaknya pula membesarkan anak-anak sendirian selama 12 tahun. Atie sendiri kehilangan figura ayah ketika usianya baru mencecah 11 bulan.

Mungkin sebab itu, dia sudah terbiasa hidup berdikari sejak kecil. Dilahirkan di Felda Sungai Behrang dan membesar di Behrang Stesen sebelum berhijrah ke Shah Alam pada usia 17 tahun, kehidupan Atie bukanlah kisah sempurna seperti yang dilihat orang luar.

Dia pernah melalui kegagalan dalam dua perkahwinan terdahulu. Namun, kegagalan itu bukan pengakhiran hidup.

Sebaliknya, enam cahaya mata yang dimiliki dianggap sebagai amanah terbesar daripada ALLAH.

“Aku seorang wanita yang pernah gagal dalam dua pernikahan dan dari hasil dua pernikahan itu ALLAH amanahkan enam orang malaikat kecil untuk menemani perjalanan si pendosa mencari jalan ke syurga ini,” tulisnya di Facebook.

Ads

Lima Tahun Jadi Ibu Tunggal, Jadi ‘Mak Dan Ayah’ Sekali Gus

“Terima Kasih Pilih Kami” – Wanita Syukur Temui Jodoh Selepas 5 Tahun Jadi Ibu Tunggal 6 Anak

Menjadi ibu tunggal selama lima tahun bukan sesuatu yang mudah. Lebih-lebih lagi apabila bekas suami kedua menghilangkan diri tanpa khabar berita.

Dalam tempoh itu, Atie menjadi mak dan ayah untuk anak-anaknya. Dia bekerja keras menanggung keperluan enam beradik itu seorang diri.

Malah dia mengakui pernah penat mengemis hak anak-anak suatu ketika dahulu sebelum akhirnya memilih menyerahkan semuanya kepada ALLAH.

“Sekarang akulah mak akulah bapa menafkahi semua keperluan anak-anak,” luahnya.

Sebagai ibu tunggal, Atie mengakui masih banyak perkara yang mahu ditebus terutama dari sudut tanggungjawab dan didikan agama buat anak-anak. Kerana bagi dirinya, anak-anak bukan sekadar amanah.

Pertemuan Yang Bermula Sekadar Urusan Kerja

Siapa sangka, lelaki yang akhirnya menjadi suaminya hari ini sebenarnya dikenali sejak lima tahun lalu hanya atas urusan kerja membina laman web.

Ads

Namun, kesungguhan lelaki bernama Mohd Zaeem Ghufran itu akhirnya perlahan-lahan melembutkan hati seorang ibu tunggal yang pernah kecewa dengan perkahwinan.

Pada Disember tahun lalu, Atie akhirnya mengambil keputusan untuk menamatkan zaman solo dan memulakan kehidupan baharu bersama lelaki pilihannya itu.

Baca juga artikel: Lebih 10 Tahun Jadi Ibu Tunggal Masih Menunggu Jodoh Kiriman Tuhan “Tak Pernah Terfikir Hidup Solo Selamanya”

“Terima kasih sudah menjadi lelaki gila pahala dengan memilih kami sebagai tiket ke syurga,” tulisnya buat suami tercinta.

Bagi Atie, penghijrahannya ke Terengganu bukan sekadar mengikut suami. Dia juga mahu mencari ketenangan hati dan meninggalkan segala trauma serta luka lama.

“Aku pilih mencari ALLAH dalam perjalanan hijrah ini sebab ia bukan tentang jarak tapi hijrah hati,” katanya lagi.

Ads

“Yeay! Boleh Kami Solat Ada Imam”

“Terima Kasih Pilih Kami” – Wanita Syukur Temui Jodoh Selepas 5 Tahun Jadi Ibu Tunggal 6 Anak

Anda mungkin berminat dengan

Namun bahagian paling menyentuh hati dalam kisah ibu tunggal ini tentunya reaksi anak-anaknya. Ketika dimaklumkan mengenai perkahwinan tersebut, enam beradik itu menyambutnya dengan penuh keterujaan.

“Yeay! boleh kami solat ada imam.”

“Kakak nak raya lengkap satu keluarga.”

Itulah antara reaksi spontan anak-anaknya yang cukup membuatkan ramai sebak.

Sebagai wanita yang membesar tanpa kasih sayang seorang ayah, Atie sangat berharap anak-anaknya dapat merasai kehidupan keluarga yang lebih sempurna dari sudut agama dan kasih sayang.

Walaupun kini sudah bergelar isteri semula, Atie tetap tidak mahu melepaskan tanggungjawab terhadap anak-anak sepenuhnya kepada suami.

“Aku masih berjuang setiap hari untuk menafkahi enam beradik sebab aku lah rumah mereka,” katanya penuh tulus.

Kadang-kadang, selepas terlalu lama hidup dalam luka, ketenangan itu sebenarnya sudah lebih daripada cukup.

Sumber: Facebook

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Bertembung Kereta

Niat Nak Ke Sekolah Jadi Tragedi, Ibu Pengsan 4 Kali Tengok...

Niat awalnya nak ke sekolah, tetapi tiba-tiba motor yang dibonceng bertembung kereta guru di Kilometer 51.4 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai dekat Machang hari ini