Bila terjebak dalam perkahwinan toksik, bukan mudah untuk seorang perempuan untuk melepaskan diri daripada pasangan yang narsisistik dan juga sadistik.
Terjebak Perkahwinan Toksik
Begitulah yang diandaikan oleh saudari Shifa Kamardin, nak lari daripada situasi ini, anda kena kuat semangat. Jemput hadam…
Segala yang terpamer dalam media sosial untuk menyedapkan hati diri bahawa dirinya baik-baik sahaja sedangkan realitinya dirinya sedang runtuh.
Selalunya mereka perlukan validasi daripada orang luar untuk mendapatkan secebis kekuatan bagi menghadapi hari-hari yang mendatang. Sedangkan pelindung dah bertindak serupa jerung di balik pintu yang tertutup.
Ads
Terutamanya hidup dengan pasangan narsisis membuatkan isteri ni sentiasa mempertikaikan kewarasan diri dalam bertindak untuk melepaskan diri daripada belenggu kehidupan yang toksik. Segala tindak-tanduknya akan dipersoal oleh si suami.
Selalu Jadi Mangsa Keadaan
Apabila isteri keluar dari rumah untuk mendapatkan perlindungan, terus dicap sebagai isteri derhaka. Apabila isteri lawan pertahankan haknya, terus dikatanya isteri tak reti bersyukur.
Ads
Apabila isteri kena pukul, suami justifikasi tindakannya disebabkan terlalu marah kerana isteri lawan cakapnya. Semuanya punca si isteri. Salah si isteri. Diri sendiri tetapkan maksum.
Akhirnya si isteri pun terpaksa menerima takdir sebegini. Hidup dalam penafian dan sering menyalahkan diri atas segala hal yang terjadi. Bagaimana mahu bebaskan diri?
Tak lain tak bukan memerlukan tekad yang jitu, sokongan ampuh daripada keluarga dan juga status kewangan yang mantap. Cukup semua itu, si isteri akan bangkit melawan dengan penuh bergaya walaupun emosinya sedang runtuh.
Hidup ini bukan seperti cermin yang menunjukkan hampir seluruhan yang diterima tanpa rahsia. Hidup itu menyembunyikan rahsia-rahsianya sebagaimana manusia menyembunyikan rahsianya-rahsianya.
Yang paling penting, kita harus bersiap untuk menerima kenyataan setelah segala rahsia tersingkap.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kalau tengok rumah tangga orang dulu-dulu nampak lebih rukun dan damai. Berbeza dengan zaman sekarang yang semakin hari, makin banyak pasangan sekarang yang bergelut dengan masalah dan berantakan.
Bukan kerana tidak kesefahaman tapi ada banyak punca yang membuatkan masalah rumah tangga bergolak, antara yang selalu berkait ada dalam perkongsian Puan LynaNoh ini. Jemput baca…
Jom kita renungkan beberapa kemungkinan:
1. Orang dulu lebih fokus pada keperluan asas dalam hidup berumahtangga. Mereka tak tertekan dengan kehendak dan gaya hidup mewah. Kehidupan yang sederhana lebih mudah untuk dipenuhi dan mengurangkan tekanan.
Pasangan masa kini tertekan dengan kehendak yang tak berpenghujung… kereta mewah, rumah besar, atau bercuti luar negara. Bila kehendak tak dipenuhi, mudah timbul konflik.
2. Dulu, tiada gajet atau media sosial. Pasangan berkomunikasi secara bersemuka, mendengar, dan benar-benar hadir dalam perbualan.
Sekarang walaupun duduk bersebelahan, mata asyik terpaku pada skrin telefon. Komunikasi kurang berkualiti dan perasaan diabaikan makin menebal.
3. Dalam keluarga dulu, peranan suami, isteri, dan anak-anak lebih jelas. Masing-masing tahu tanggung jawab dan saling membantu demi kesejahteraan keluarga.
Sekarang, tekanan dan gaya hidup moden kadang-kadang membuat peranan suami isteri jadi kabur. Bila tanggung jawab tak seimbang, pasangan mula lah rasa terbeban dan terpinggir.
4. Orang dulu lebih menekankan nilai sabar dan kesetiaan . Mereka tahu ujian dalam rumah tangga adalah sebahagian daripada hidup dan memilih untuk bertahan dan menyelesaikan masalah bersama.
Sekarang semua nak cepat, termasuklah handle emosi. Sedikit salah faham je terus fikir jalan keluar adalah perpisahan.
5. Dulu tiada “highlight reel” kehidupan orang lain yang boleh buat kita rasa kurang atau cemburu. Fokus hanya pada keluarga sendiri. Paling-paling pun cemburu dengan jiran beli kerusi baru.
Hari ini media sosial membuatkan kita membandingkan hidup kita dengan orang lain. Ini boleh merosakkan rasa syukur dan kebahagiaan dalam rumah tangga.
Tapi…
Adakah orang dulu-dulu tiada yang bercerai?
Walaupun selalu dikatakan bahawa rumah tangga orang dulu lebih rukun dan damai, hakikatnya perceraian tetap juga berlaku, cuma kurang didedahkan atau dibincangkan secara terbuka.
Sebenarnya kes perceraian pernah menjadi isu besar di Malaysia dalam tahun2 1950-1970. Paling meruncing dalam tahun 1950-60.
Apa yang menjadi punca keruntuhan rumah tangga zaman dulu?
Dulu ramai yang berkahwin atas pilihan keluarga atau dijodohkan tanpa mengenali pasangan terlebih dulu. Perkahwinan tanpa rela dan keserasian ini menyebabkan masalah dalam jangka panjang. Bila timbul masalah, dan pula tiada cinta dan persefahaman, perkahwinan jadi sukar untuk dipertahankan.
Kehidupan orang dulu-ul banyak dipengaruhi oleh faktor ekonomi. Kalau suami tidak mampu menyediakan keperluan asas atau hilang punca pendapatan, ini boleh menyebabkan ketegangan dalam rumah tangga.
Ilmu komunikasi, pengurusan emosi, dan hak-hak dalam perkahwinan kurang ditekankan zaman dulu. Ramai tak tahu nak menyelesaikan konflik dengan baik. Masalah kecil boleh jadi besar & akhirnya membawa kepada perceraian.
Zaman dulu isu keganasan rumah tangga dianggap sebagai masalah peribadi yang tak dibincangkan secara terbuka. Tapi, ada pasangan yang memilih untuk bercerai demi keselamatan diri dan anak-anak, bila penderaan fizikal & emosi tak dapat ditoleransi lagi.
Dalam masyarakat dulu, tekanan untuk mempunyai anak sangat tinggi. Kemandulan atau kesukaran mendapat zuriat sering menyebabkan perceraian kerana dianggap sebagai kegagalan perkahwinan.
Sistem patriarki zaman dulu menyebabkan hak dan suara wanita sering diketepikan. Bila wanita merasa tertindas atau tidak dilayan dengan adil, mereka mungkin akhirnya memilih untuk bercerai.
Dulu-dulu bila suami bekerja jauh atau merantau dalam jangka masa panjang boleh jadi asbab hubungan menjadi renggang. Ya lah, dulu mana lah ada whatsapp, telefon pun tak ada.
Dulu-dulu perceraian jarang dibincangkan secara terbuka, dan ramai yang memilih untuk kekal dalam perkahwinan walaupun tak bahagia kerana stigma masyarakat. Sekarang ini banyak kesedaran hak individu, pendidikan yang lebih baik, dan kebebasan bersuara membolehkan masalah ini dibincangkan dengan lebih terbuka.
Walaupun zaman berubah, cabaran rumah tangga sentiasa ada. Yang penting adalah ilmu (terutama ilmu agama), komunikasi, dan kesefahaman untuk memastikan kebahagiaan bersama.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Penutup persengketaan yang baik, bekas madu Izreen Azminda, iaitu Intan Liana Salleh mengucapkan terima kasih kepada pelakon itu rentetan selesainya persengketaan mereka.
Dalam hantaran Instagram Story (IGs), Intan memuat naik ucapan ringkas berbunyi:
“Untuk Izreen terima kasih.”
Mesej itu disertakan emoji berbaur emosi yang menandakan perasaan dalam hatinya. Dalam hantaran berasingan, Intan yang juga pencipta kandungan meluahkan kesyukuran apabila perbalahan dengan pelakon drama Ahli Mesyuarat Tingkap itu, akhirnya selesai.
“Alhamdulillah, selepas berbincang secara bersama, kami bersepakat memutuskan untuk menyelesaikan pertikaian di mahkamah dengan cara baik.
“Kami bersyukur kerana perkara ini akhirnya dapat diselesaikan.
“Harapan saya agar selepas ini, hubungan yang terjalin dapat lebih terpelihara demi kebahagiaan kita bersama, terutamanya untuk anak-anak,” katanya.
Intan turut mengambil kesempatan memohon maaf sekali lagi atas sebarang tindakan atau perbuatannya sebelum ini yang mungkin mengguris hati mana-mana pihak.
“Segala perkongsian atau penulisan saya selepas ini adalah bersifat peribadi dan tidak merujuk kepada mana-mana pihak.
“Semoga Allah sentiasa menjaga dan memelihara hubungan kita ke arah yang lebih baik,” katanya.
Terdahulu Izreen membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Intan kerana mendakwa wanita itu kerap membuat provokasi dengan sengaja terhadap dirinya.
Bagaimanapun, semalam mereka memilih penyelesaian secara aman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, di sini.
Sekadar info, kemelut antara Intan dan Izreen timbul apabila aktres itu berkahwin dengan bekas suami Intan iaitu pemuzik Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude pada 2017. Ketika itu, Intan masih isteri Ude. Namun akhirnya Intan sah bercerai dengan Ude pada 2018.
Nampak keadaan bertenang tetapi rupanya penyanyi juga pelakon Safura Yaacob mendedahkan penyakit kanser tulang rawan yang dihidapi suaminya, Shahronizam Nor semakin serius apabila mula merebak ke bahagian paru-paru.
Keadaan terkini Sahronizam juga pelakon itu menyebabkan pembedahan kedua yang dirancang sebelum ini terpaksa ditangguhkan ke tarikh lain.
Menerusi portal satu hiburan, Safura, mendedahkan sudah bersedia dengan pembedahan termasuk menyediakan peralatan sepatutnya bagaimanapun akan duduk bersama pakar untuk mengetahui langkah seterusnya yang perlu diambil buat suaminyn.
“Hari ini (semalam) sebenarnya ditahan di wad dan sepatutnya esok (hari ini) buat pembedahan yang kedua sebab bila buat Imbasan Tomografi Berkomputer (CT Scan) balik, ada sedikit (sel kanser) tersebar ke paru-paru.
“Kita dah beli peralatan yang doktor suruh beli dalam RM700 lebih untuk digunakan semasa pembedahan tapi doktor pagi ini (semalam), mungkin pembedahan akan ditangguhkan.
“Esok (hari ini) kita akan berbincang sekali lagi dengan pakar nak tahu sama ada pembedahan ini diteruskan atau ada rawatan lain,” katanya .
Disoal mengenai keadaan Sahronizam, pelantun lagu Dulu Sayang Kini Benci itu mengakui suaminya menunjukkan perkembangan positif walaupun berdepan dengan kanser tulang rawan tahap ketiga.
“Keadaan dia sangat okey, kuat dan positif. Kalau kalian tengok dia macam sihat tapi sebenarnya menghidap kanser tulang rawan tahap tiga.
“Doktor kata kanser dia sangat agresif. Tulang belikat dia ada timbul dan doktor terpaksa potong separuh bahagian yang kena sebab takut merebak ke atas,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Safura mengakui emosinya agak terkesan sewaktu awal mendapati kesihatan suaminya tidak memuaskan tetapi hanya berserah nasibnya kepada Maha Esa.
“Ikutkan masa awal-awal abang masuk hospital, berat badan saya turun daripada 62 kilogram (kg) sampai 50kg. Sebenarnya kita minta dengan Allah.
“Minta dengan orang tak ada apa-apa. Semoga Allah bagi kita kesabaran, ujian ini untuk Allah bersihkan diri kita.
“Lama dia bagi sihat, bila Allah bagi sakit jangan bersangka buruk. Saya sangat positif,” jelasnya.
Untuk rekod, Sahronizam disahkan menghidap kanser tulang rawan tahap tiga tahun lepas selepas asyik berdepan masalah sakit belakang.
Selepas membuat pemeriksaan di Hospital Ampang, Kuala Lumpur, Sahronizam dilaporkan menjalani pembedahan membuang tumor pada bahagian kanan belakang badannya pada 29 Oktober tahun lalu.
Teruja mendengar cerita Dr Azura Hashim menerusi podcast baru-baru ini, tentang rezeki yang masuk tiba-tiba dalam kehidupan dia dan suaminya selepas amalkan tahajjud. Apa yang menarik, sebelum ini rezekinya lebih berbanding suaminya namun berubah setelah amalan tahajjud yang dibuat oleh imamnya.