Ads

Minat Potong Rumput Bawa Rezeki, Suri Rumah Raih Pendapatan Hampir RM1000 Sebulan

Minat potong rumput jadi sumber rezeki, suri rumah kongsi mampu jana pendapatan hampir RM1000 sebulan. Bermula sekadar minat memotong rumput di kawasan rumah yang biasanya pekerjaan ini didominasi oleh lelaki, siapa sangka hobi yang dianggap biasa itu akhirnya menjadi sumber rezeki buat seorang suri rumah.

Bagi Noor Shakila Jamaldin, 36 yang kini menetap di Felda Air Tawar 5 di Kota Tinggi Johor, pada awalnya dia hanya memotong rumput di rumah kuarters didudukinya tetapi semakin lama, hal yang disangkanya sekadar hobi rupanya menjadi duit poket tambahan buatnya.|

Minat Potong Rumput Bawa Rezeki

Minat Potong Rumput Bawa Rezeki, Suri Rumah Raih Pendapatan Hampir RM1000 Sebulan
Kila yang juga seorang suri rumah mampu raih rezeki hampir RM1000 sebulan hasil potong rumput di kawasan kejiranan

Diambil secara purata, dirinya mampu memperoleh pendapatan sekitar RM1000 sebulan, tidak hanya dari memotong rumput di kejiranan tetapi juga pendapatan tambahan melalui affliate mesin rumput yang dikongsikan di akaun media sosialnya @kila_syaki7a.

Jelas ibu kepada tiga cahayamata ini (seorang darinya meninggal dunia), pada awalnya, dia hanya merancang memotong rumput di sekeliling rumah saja.

“Saya minta suami tanyakan pada kawan-kawannya, pinjam kejap dari mereka. Tak sangka bila mula pegang mesin, rasa sangat seronok. Esoknya saya ajak suami ke kedai membeli mesin rumput sendiri. Harga masa tu RM300.

Minat Potong Rumput Bawa Rezeki, Suri Rumah Raih Pendapatan Hampir RM1000 Sebulan
Dahulu upahnya sekitar RM80 tetapi kini antara RM150 ke RM180 bagi satu rumah. Upah ini tidak termasuk upah mengemas yang biasanya di antara RM30 ke RM50

“Bila jiran nampak saya bersihkan rumah, mereka minta potong rumah mereka pula. Masa 2022 tu upah RM80 sahaja tetapi kini sekitar RM150 ke RM180 ikut keluasan rumah. Dulu saya tak pandai pun baiki mesin sendiri dan bila mesin rosak panggil orang baiki. Kena dalam RM130 dan saya rasa macam mahal.

Ads

“Kemudian saya mula belajar dan tanya-tanya pada rakan serta adik angkat cara nak baiki mesin rumput rosak. Lama-lama alhamdulillah, boleh buat sendiri,” katanya memaklumkan, secara purata dalam sebulan ada 4-5 rumah jiran yang akan menggunakan khidmatnya sebagai pemesin rumput.

Minat Potong Rumput Bawa Rezeki, Suri Rumah Raih Pendapatan Hampir RM1000 Sebulan
Dari hobi, akhirnya ia menjana pendapatan bagi ibu tiga anak ini

Tambahnya lagi, dia awal-awal melakukan pekerjaan mesin rumput sekitar tahun 2022, dia mengambil masa sekitar satu ke dua hari untuk menghabiskan keseluruhan rumah atau enam ke tujuh jam (pagi dan menyambung ke sebelah petang) tetapi kini dia hanya mengambil masa sekitar 3-4 jam bagi menyiapkan  satu rumah,” katanya wanita asal Kedah yang mesra disapa Kila ini.

Jelas Kila, dia sendiri tidak menyangka mampu memperoleh pendapatan sekitar RM400 ke RM500 sebulan dengan hobi ini dan selebihnya pendapatan diperoleh dengan menjadi affliate kepada produk-produk mesin rumput yang dikendalikannya.

“Lepas beberapa bulan mesin rumput secara suka-suka selain dapat bantu ekonomi suami, ada seorang tokey kedai Cina hubungi saya dan minta saya promosikan produk mesin rumputnya. Tak sangka berjaya dan orang beli hasil review saya. Jadi dapatlah komisen dari hasil jualan ini. Dicampur-campur, dapatlah pendapatan sekitar hampir RM1000 sebulan.  Dari situ, satu demi satu mesin rumput dihantar pada saya dan sehingga kini di rumah ada 8 mesin rumput jenis backpack (galas belakang) dan straight shaft.

Ads
Minat Potong Rumput Bawa Rezeki, Suri Rumah Raih Pendapatan Hampir RM1000 Sebulan
Inilah mesin-mesin miliknya di mana dia melakukan review dan memperoleh komisen dari hasil jualan di media sosialanya, @k!lAmy.

Ditanya cabaran pekerjaannya, kata Kila dirinya pernah terserempak dengan ular tedung selar dan nasib ketika itu dia sudah menghentikan pekerjaannya dan sedang berehat.

“Seriau juga terserempak dengan ular tedung. Ya la, saya buat kerja seorang diri saja. Ada berisiko juga. Tapi saya selalu berdoa agar Allah mempermudahkan saya mencari rezeki buat keluarga,” katanya mengakui antara cabaran pekerjaannya ialah cuaca yang panas selain rumah kediaman yang dipenuhi batu.

“Pernah terlalu panas, saya termuntah ketika penat bekerja. Kalau bab batu pula, lagi rumah tu ada banyak tingkap, kereta yang tak dialihkan semua itu adalah cabaran bagi saya tapi biasanya saya ambil pendekatan berhati-hati agar tiada kerosakan pada harta tuan rumah.

Ads

Minat Potong Rumput Bawa Rezeki, Suri Rumah Raih Pendapatan Hampir RM1000 Sebulan

Anda mungkin berminat dengan

Kila turut berkongsi momen manis di mana mak mentua menjadi penyokong kuatnya dalam  membuat pekerjaan ini.

“Mak tahu anak lelakinya tak pandai mesin dan bila tahu saya boleh buat, setiap kali ke rumah mentua, saya akan potongkan rumput. Malah kalau ada mesin rumputnya rosak, saya akan baikikan,” katanya yang bersyukur dari sekadar hobi kini menjadi pendapatan tetap buatnya.

Pada pada itu, Kila turut berkongsi tugas menyapu rumput-rumput yang selesai dipotong jauh lebih penat.

“Biasanya upah kemas lain, sekitar RM30 ke RM50. Jiran-jiran pun banyak sapu sendiri lepas saya potong, jadi tak adalah jadi terlampau penat,” katanya ketika dihubungi Mingguan Wanita.

@kila_shaki7a “Ramai orang kata dia memang laju” Zupzapzupzap macam jebon 😆🤣 #mesinrumput #gengmesinrumput #kilathekller #hobi #healing #kahaqketegaq #kawagoe542rbs ♬ Sudah Sampai Di Sini BPR – 𝐃𝐤’𝟕𝟔

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Ziarah kubur

“Aku Selalu Merindui Mu” – 780 Hari Kehilangan Isteri, Lelaki Ini...

Kisah lelaki yang setia melakukan ziarah kubur isteri selepas 780 hari pemergian arwah menyentuh hati ramai. Bukti cinta sejati masih wujud hingga ke akhir hayat.