Ads

Lelaki Belasah Jahidah Nordin Akhirnya Ke Penjara, Hukuman Turut Dinaikkan Dari 10 Ke 14 Tahun

Lelaki belasah Jahidah Nordin akhirnya ke penjara, Mahkamah Rayuan tolak permohonan. Doa dari orang ramai dan pastinya berita ini disambut penuh syukur oleh keluarga kak Jahidah Nordin  bila mana sebentar tadi Hakim Mahkamah Rayuan menolak permohonan rayuannya dan memerintahkan lelaki membelasah bekas isteri ini dihantar ke penjara serta merta.

Sebentar tadi,  Rosmaini Abdul Raof dijatuhi hukuman penjara 14 tahun oleh Mahkamah Rayuan di sini hari ini  atas tuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap Jahidah Nordin yang terlantar koma sejak  lima tahun lalu. Malah hukuman penjara 10 tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini turut dinaikkan kepada 14 tahun.

Lelaki Belasah Jahidah Nordin Akhirnya Ke Penjara

Lelaki Belasah Jahidah Nordin Akhirnya Ke Penjara, Hukuman Turut Dinaikkan Dari 10 Ke 14 Tahun
Lelaki Belasah Jahidah Nordin Akhirnya Ke Penjara

BACA DI SINI :- Keluarga Jahidah Selalu Berdoa Bekas Suaminya Terima Pembalasan – “Kalau Tengok Kecederaan Kakak, Sepatutnya Lelaki Itu Dihukum Lebih Berat Lagi”

Sudah Empat Tahun Terlantar, Otak Jahidah Rosak Teruk Akibat Dibelasah Suami

Hukuman maksimum itu dikenakan terhadap Rosmaini, 43, selepas panel tiga hakim sebulat suara menolak rayuannya terhadap sabitan dan hukuman penjara 10 tahun oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Ads

Memetik laporan Harian Metro, panel itu yang dipengerusikan oleh Datuk Azman Abdullah dan dianggotai Datuk Noorin Badaruddin serta Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid turut memerintahkan tertuduh membayar ganti rugi kepada mangsa sebanyak RM25,000 (penjara enam bulan jika gagal bayar).

Mahkamah memerintahkan hukuman berkenaan berkuat kuasa hari ini.

Pada 4 November tahun lalu, Mahkamah Tinggi mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen pada 9 Disember 2024 yang mensabit dan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap Rosmaini.

Ads

Hakim Atan Mustaffa Yussof Ahmad bagaimanapun membenarkan pelaksanaan hukuman ditangguhkan sementara menunggu rayuan akhir diputuskan.

Rosmaini sempat dipenjarakan 79 hari selepas disabitkan bersalah oleh Mahkamah Sesyen.

Anda mungkin berminat dengan

Ads
Lelaki Belasah Jahidah Nordin Akhirnya Ke Penjara, Hukuman Turut Dinaikkan Dari 10 Ke 14 Tahun
Sejak 5 tahun lalu Jahidah Nordin koma selepas dibelasah suami malah anak dalam kandungan juga tidak pernah dapat memeluk ibunya

Pada 17 Jun 2021, Rosmaini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap Jahidah Nordin @ Sylvester, 46, yang ketika itu hamil 10 minggu, dengan memukul kepala, muka dan tangan mangsa serta menendangnya.

Kejadian di sebuah pangsapuri di Kampung Aman, Larkin, Johor Bahru, pada jam 6 pagi, 4 Mei tahun yang sama.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda, dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama, yang membolehkan hukuman penjara dua kali ganda daripada tempoh maksimum.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Jalil Hamid Meninggal Dunia

Jalil Hamid Meninggal Dunia Dalam Tidur, “Ayah Mengalami Jantung Bengkak…” –...

Rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita sedih, apabila bintang veteran versatil, Jalil Hamid meninggal dunia dalam tidur di kediamannya.