Ads

Kahwin Dah Setahun Tapi Belum Mengandung, Pasangan Muda Jangan Anggap Biasa – Dr Alia

Kahwin dah setahun tapi masih belum mengandung, Dr Alia nasihat pasangan muda segera jalani rawatan kesuburan.

Ramai pasangan muda menganggap baru setahun berkahwin tetapi masih belum mengandung sebagai perkara biasa. Namun jika memang berniat mahu mendapatkan zuriat segera tetapi kehamilan masih tidak berlaku, pasangan disaran tidak menunggu terlalu lama sebelum menjalani pemeriksaan kesuburan.

Kahwin Dah Setahun Tapi Belum Mengandung

Menurut Pegawai Perubatan, Dr Alia Zulkifli dari Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, pasangan yang masih belum hamil selepas setahun mencuba sebenarnya sudah wajar mendapatkan pemeriksaan bagi mengenal pasti sama ada wujud masalah kesuburan melibatkan wanita, lelaki atau kedua-duanya sekali.

Kahwin Dah Setahun Tapi Belum Mengandung, Pasangan Muda Jangan Anggap Biasa – Dr Alia
Dr Ali menyarakan pasangan yang mahu memiliki anak, sudah berusaha setahun namun jika masih belum mengandung agar terus menjalani rawatan kesuburan. Bukan isu biasa

“Ramai sedapkan hati dengan ayat ‘belum ada rezeki’, sedangkan lagi awal buat pemeriksaan, lagi cepat punca dapat dikenal pasti,” katanya dalam satu podcast bersama tetamu jemputan iaitu Puan Zaanizila Mohd Zain seorang pegawai polis yang juga pejuang garis dua. Pasangan ini mendapat cahayamata selepas 12 tahun perkahwinan.

Jelas Dr Alia, kebanyakan pasangan subur lazimnya berjaya hamil dalam tempoh setahun pertama perkahwinan jika melakukan hubungan secara berkala tanpa perlindungan. Sebab itu pasangan yang masih belum hamil selepas tempoh tersebut tidak digalakkan terus menunggu tanpa mendapatkan rawatan.

Tambah beliau, masalah kesuburan juga bukan berpunca daripada wanita semata-mata kerana lelaki turut memainkan peranan penting termasuk melibatkan kualiti sperma dan faktor kesihatan lain.

Ads
Kahwin Dah Setahun Tapi Belum Mengandung, Pasangan Muda Jangan Anggap Biasa – Dr Alia
Puan Zaanizila Mohd Zain seorang pegawai polis yang juga pejuang garis dua. Pasangan ini mendapat cahayamata selepas 12 tahun perkahwinan.

Wanita 35 Tahun Ke Atas Perlu Lebih Peka

Menurut Dr Alia lagi, wanita yang berkahwin pada usia 35 tahun ke atas tidak digalakkan menunggu sehingga setahun untuk mendapatkan rawatan.

Ads

“Jika wanita berusia 35 tahun ke atas masih belum hamil selepas enam bulan mencuba, pasangan sudah disarankan menjalani pemeriksaan kesuburan,” katanya.

Ini kerana tahap kesuburan wanita secara semula jadi mula menurun seiring peningkatan usia, terutama selepas 35 tahun. Semakin lama pasangan menunggu, semakin kecil peluang untuk hamil secara semula jadi.

Ads

Tambah beliau, ramai pasangan hadir mendapatkan rawatan ketika usia semakin meningkat dan keadaan menjadi lebih sukar dirawat kerana terlalu takut untuk mengetahui punca sebenar masalah kesuburan mereka.

Anda mungkin berminat dengan

Kahwin Dah Setahun Tapi Belum Mengandung, Pasangan Muda Jangan Anggap Biasa – Dr Alia
Berkongsi ilmu dalam podcast di Sembang Wanita Xtra mengenai topik pejuang garis dua

Rawatan Awal Tingkatkan Peluang Hamil

Dr Alia menegaskan, pemeriksaan kesuburan bukan bermaksud seseorang pasangan tidak mampu mendapatkan zuriat, sebaliknya langkah awal untuk memahami tahap kesihatan reproduktif masing-masing.

Dengan perkembangan teknologi perubatan hari ini, pelbagai rawatan kesuburan boleh membantu pasangan termasuk rawatan hormon, prosedur kesuburan dan IVF bergantung kepada tahap masalah yang dihadapi.

“Jangan tunggu terlalu lama. Lagi cepat pasangan bertindak, lagi besar peluang untuk dibantu,” ujarnya.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Dr Asyraf Wajdi Tegas Pelajar Tahfiz Mampu Jadi Juruterbang, 221 Huffaz...

Dr Asyraf Wajdi Tegas Pelajar Tahfiz Mampu Jadi Juruterbang,