
Beli emas di Shopee & Tik Tok Shop haram? Ini penjelasan Mufti Wiilayah.
Hukum beli emas di Shopee dan TikTok Shop menjadi persoalan apabila semakin ramai memilih membeli kepingan emas atau gold bar secara dalam talian kerana lebih mudah dan pantas.
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan, jual beli kepingan emas menerusi platform berkenaan pada asasnya adalah haram dan tidak sah sekiranya berlaku penangguhan serahan emas kepada pembeli. Ini kerana emas merupakan barang ribawi dan mempunyai syarat khusus dalam urusan jual beli.

Hukum Beli Emas Di Shopee, Ini Penjelasan Mufti Wilayah
Dalam menjelaskan hukum beli emas di Shopee, Mufti Wilayah turut membangkitkan isu kemudahan pemulangan barang dan bayaran balik atau refund yang lazim ditawarkan platform e-dagang.
Ini kerana emas merupakan barang ribawi dan pembelian emas menggunakan wang mempunyai syarat khusus iaitu wang dan emas perlu diserahkan secara serta-merta ketika akad. Jika berlaku penangguhan terhadap salah satunya, transaksi tersebut boleh melibatkan riba al-nasi’ah yang diharamkan.
Selain isu penghantaran, kemudahan memulangkan barang dan mendapatkan refund turut menjadi perhatian. Menurut Mufti Wilayah, khiyar syarat yang memberi pilihan kepada pembeli untuk membatalkan transaksi selepas tempoh tertentu tidak dibenarkan dalam jual beli item ribawi seperti emas dengan wang.
Bagaimanapun, terdapat kaedah yang dicadangkan bagi membolehkan urusan tersebut dilakukan. Pembeli perlu memastikan jenis dan berat emas sebelum membuat bayaran penuh, manakala penjual perlu mengeluarkan bukti transaksi yang menandakan emas tersebut sudah menjadi hak milik pembeli menerusi konsep qabd hukmi.
Anda mungkin berminat dengan
Penghantaran kemudiannya boleh dilakukan secara wakalah iaitu pembeli mewakilkan penjual untuk menghantar emas melalui pos. Pembeli juga tidak boleh membatalkan pembelian dan meminta refund selepas menerima emas kerana khiyar syarat tidak dibenarkan dalam jual beli item ribawi.
Justeru, pembeli emas secara dalam talian perlu memastikan bukan sahaja ketulenan dan harga emas tetapi juga kaedah transaksi, pemilikan serta proses serahannya menepati ketetapan syarak.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

