Ads

Tip Beli Emas 916: Jangan Tengok Harga Per Gram Saja, Kira Kos Upah Dulu

emas 916

Beli barang kemas nampak mudah. Tengok harga per gram, pilih design yang berkenan dan bayar. Namun, sebenarnya ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan supaya pembelian emas 916 tidak menyebabkan anda membayar lebih daripada sepatutnya.

Menurut perkongsian Tyra, antara perkara penting ketika membeli emas ialah memahami perbezaan harga barang kemas yang percuma upah dan yang mengenakan upah emas.

Jangan Tengok Harga Per Gram Saja

emas 916

Salah satu kesilapan ketika mencari emas 916 ialah terus memilih kedai yang menawarkan harga per gram paling rendah.

Sebagai contoh, Kedai A menawarkan harga RM400 segram dengan percuma upah, manakala Kedai B menawarkan RM385 segram tetapi belum termasuk upah.

Nampak macam Kedai B lebih murah. Namun, jumlah sebenar hanya boleh diketahui selepas upah emas dimasukkan dalam kiraan.

Ads

Sebab itu, harga emas 916 bukan satu-satunya perkara yang perlu dibandingkan.

Kira Jumlah Keseluruhan Dahulu

emas 916

Sebagai contoh, untuk cincin belah rotan seberat 5.5 gram:

  • Kedai A
    RM350 x 5.5g = RM1,925
    Percuma upah.
  1. Kedai B
    RM335 x 5.5g = RM1,842
    Upah emas = RM180
    Jumlah = RM2,022

Walaupun harga per gram Kedai B lebih rendah, jumlah akhirnya lebih mahal sebanyak RM97.

Ads

Jadi, sebelum membeli emas 916, kira dahulu harga emas mengikut berat dan tambah kos upah jika ada.

Design Pun Ada Peranan

Bagaimanapun, bukan bermaksud barang kemas tanpa upah sentiasa menjadi pilihan terbaik.

Jika anda lebih mengutamakan design, kemasan atau kualiti dan tidak kisah membayar upah emas, pilihan tersebut tetap bergantung kepada keutamaan dan bajet masing-masing.

Ads

Yang penting, fahami apa yang anda bayar. Dalam mencari cara beli emas yang lebih bijak, jangan mudah terpedaya dengan angka harga per gram yang nampak murah.

Anda mungkin berminat dengan

Bandingkan jumlah keseluruhan, berat emas 916 dan kos upah sebelum membuat keputusan.

Moralnya, jangan beli tanpa ilmu. Kira dulu, baru pilih.

Baca artikel ini: Waktu Beli Emas, Bawa Kalkulator Atau Pinjam, Kira Sendiri Harga Emas

Sumber: Lemon8

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Ibu Muda Ditangkap

Tiap Kali Ibu Muda Ini Ditangkap, Terselit Kisah Bayi Tiada Pilihan...

Sedih membaca kisah ibu muda ditangkap disebabkan penyalahgunaan dadah sewaktu operasi penguatkuasaan AADK Daerah Kuala Muda, apa yang mencuit emosi ada anak kecil terpaksa berdepan dengan suratan takdir hidupnya yang tidak dapat dipilih.