
Seronok melihat perkembangan Alana Dunsmore, seorang pempengaruh yang lebih dikenali sebagai alanaspinktravels seorang gadis dari Scotland yang bertemu jodoh dengan pelakon tempatan, Abbas Mahmood di Malaysia.
Cinta Gadis Scotland

Jika mengintai laman media sosialnya, banyak kisah menarik seperti pengembaraan, makanan-makanan tempatan dan kefasihannya berbahasa Melayu menjadi tarikan pengikutnya.
Namun apa yang paling menarik perhatian ialah langkah beliau memeluk Islam dan perkahwinannya dengan suaminya yang berasal dari negeri Pantai Timur.
Alana Dunsmore Bertemu Jodoh Dengan Pelakon Tempatan di Malaysia

Ketika Alana bersiap-siap untuk meraikan Aidilfitri pertamanya sebagai orang Islam, beliau mengimbau kenangan sebagai seorang siswa bidang perniagaan antarabangsa di Scotland dan keputusannya untuk melanjutkan pengajian ke Malaysia.
“Saya tutup mata, leret senarai negara-negara yang ditawarkan oleh universiti saya dan jari saya berhenti di Malaysia,” ceritanya.
“Ketika itu saya fikir ia takdir – sekarang saya percaya ini ketentuan Tuhan.”
Beliau tiba di Malaysia pada 2019 melalui program pertukaran pelajar di Universiti Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur. Alana akui pada mulanya beliau belum ‘serasi’ dengan Malaysia.
“Dua minggu pertama saya di sini, saya hubungi bapa saya mengadu: ‘Saya tak tahan. Saya tak dapat sesuaikan diri. Cuacanya panas dan makanannya sangat pedas’,” katanya sambil tertawa.
Namun pemandangannya meluas semakin jauh perjalanannya, ketika mengembara dengan teman-teman ke serata tanah air dan mengenali rakyat Malaysia.
“Rakyat Malaysia baik hati dan pemurah,” katanya.
“Kalau awak perlu bantuan, mereka sedia membantu. Semua orang mudah tersenyum, mesra dan ramah, dan hanya mahu anda menikmati Malaysia.”
Warganet tempatan kagum melihat seorang warga asing mengamalkan budaya Malaysia, menghadiri rumah terbuka, memakai busana tradisional, bahkan berbahasa Melayu.
Berlatarkan Sambutan Hari Merdeka

Kisah cinta Alana dengan Abbas berlatarkan sambutan Hari Merdeka.
“Itu pertama kali Alana melihat perarakan, dan pertama kali saya menyertainya,” kata Abbas.
Anda mungkin berminat dengan
“Ketika itu saya sedang mempromosikan filem terbaharu saya, ‘Bomba The Move: Legasi Wira Merah’. Alana memuat naik video di Instagram, yang memaparkan reaksinya terhadap ‘Abang Bomba’ di perarakan itu.”
Jenaka Abbas dalam komennya di catatan Alana itu membawa kepada perbualan yang membuahkan percintaan. Pasangan ini berkahwin pada Januari.

“Sebaik sahaja saya nampak dia, saya fikir ‘lelaki ini bakal suami saya,’ kata Dunsmore. “Kami bertunang selepas beberapa bulan bertemu.”
Bersyukur Dapat Sokongan Orang Sekeliling

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

