Ads

Tidak ‘Pulang’ Kosong, Allahyarham Nabil Izz Qaisar Mohd. Zairee Derma Organ Sebagai Amal Jariah Terakhir

Allahyarham Nabil Izz
Allahyarham Nabil Izz

Pemergian Allahyarham Nabil Izz Qaisar bukan sekadar meninggalkan duka, malah turut meninggalkan sebuah legasi penuh kemuliaan sebagai penderma organ.

Tidak ‘Pulang’ Kosong

Tidak ‘Pulang’ Kosong, Allahyarham Nabil Izz Qaisar Mohd. Zairee Derma Organ Sebagai Amal Jariah Terakhir

Pelajar Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), Selangor yang meninggal dunia sehari selepas menyambut ulang tahun kelahirannya terus menabur bakti apabila mendermakan organ bagi membantu pesakit lain.

Allahyarham Nabil Izz Qaisar Mohd. Zairee, 19, disahkan meninggal dunia pada pukul 3.50 petang semalam sebelum menjalani prosedur pendermaan organ di Hospital Selayang awal pagi tadi.

Kisah pengorbanan terakhir pelajar Diploma Kewangan Islam Jabatan Perdagangan PSIS itu dikongsikan bekas guru kelasnya, Hizandie Shuaib menerusi hantaran di Facebook.

“Anak yang baik ini tidak ‘pulang’ begitu sahaja. Pukul 3 pagi nanti, arwah akan menjalani prosedur pembedahan derma organ yang akan menjadi amal jariah terakhir arwah sebagai bekalan akhirat.

Ads

“Moga memberi manfaat besar kepada bakal penerima organ yang memerlukan nanti,” katanya.

Allahyarham Nabil Izz Qaisar Mohd. Zairee Derma Organ Sebagai Amal Jariah Terakhir

Tidak ‘Pulang’ Kosong, Allahyarham Nabil Izz Qaisar Mohd. Zairee Derma Organ Sebagai Amal Jariah Terakhir

Beliau turut berkongsi detik pilu ketika menggenggam tangan kanan Allahyarham buat kali terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang, namun tidak menerima sebarang balasan.

Katanya, tangan sama sering dihulurkan Allahyarham untuk bersalaman dengannya ketika berada di sekolah.

Ads

“Maafkan Sensei, Nabil. Aku tak mampu menahan sebak. Ketika hidup disayangi. Sudah meninggal masih berbakti. Rezeki arwah dengan pengakhiran begitu,” katanya.

Hizandie berkata, beliau mengenali Allahyarham selama lima tahun menerusi sesi pengajaran di dalam kelas, aktiviti bola sepak dan lapangan.

Tidak ‘Pulang’ Kosong, Allahyarham Nabil Izz Qaisar Mohd. Zairee Derma Organ Sebagai Amal Jariah Terakhir

Ads

Allahyarham dilahirkan pada 26 Julai 2007 dan menghembuskan nafas terakhir semalam, sehari selepas ulang tahun kelahirannya.

Anda mungkin berminat dengan

“Terima kasih Nabil untuk semua kenangan selama lima tahun saya mengajar awak. Jasamu dikenang. Syurga untukmu. Tariklah tangan gurumu ini bersamamu nanti.

“Semalam ulang tahun tarikh hari lahir arwah. Hari ini tarikh arwah pulang semula ke sisi Allah,” kata Hizandie.

Sementara itu, warga perubatan Hospital Selayang bersama ahli keluarga dan rakan-rakan Allahyarham turut mengadakan ‘honour walk’ sebagai penghormatan terakhir sebelum Allahyarham dibawa ke dewan bedah.

Sumber gambar: Jabatan Perdagangan PSIS

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Ibu Dah Lalu Lokasi Kemalangan, Tak Sangka Mangsa Yang Ditutup Itu...

Tak sangka, lokasi kemalangan yang sudah dilalui si ibu itu rupanya melibatkan anak sendiri iaitu Muhammad Arif Daniel Mohd Norsha’ari yang berusia 20 tahun.