Ads

Luka Czer Bukan Sekadar Parut, Ramai Ibu Simpan Kisah Yang Tak Pernah Diceritakan

czer

Selepas melahirkan anak melalui pembedahan Caesarean atau czer, perhatian sering tertumpu kepada keadaan bayi dan proses penyembuhan luka.

Namun bagi ramai wanita, pemulihan selepas bersalin bukan sekadar tentang parut yang semakin pudar.

Ada perubahan emosi, rutin harian yang berubah serta perasaan yang sukar diluahkan. Ada ibu yang kelihatan kuat di hadapan keluarga, tetapi sebenarnya masih cuba menerima perubahan besar yang berlaku dalam hidup mereka.

Setiap perjalanan pemulihan selepas bersalin juga tidak sama.

Bukan Semua Luka Boleh Dilihat

Pembedahan Caesarean meninggalkan kesan fizikal yang jelas. Namun, pengalaman selepas itu boleh melangkaui proses penyembuhan tubuh.

Sesetengah ibu mungkin berdepan cabaran menyesuaikan diri dengan peranan baharu, perubahan terhadap tubuh sendiri dan keletihan menguruskan bayi.

Baca juga: “Rata-rata Emosi Dan Perasaan Ibu Bersalin Czer Meroyan..”

Ads

Dalam kesibukan menjaga anak, ada juga ibu yang merasakan kisah dan pengalaman mereka tidak sempat didengari.

Atas kesedaran itu, Dermatix Malaysia memperkenalkan kempen See Her Heal – 1,000 Untold Stories, yang membuka ruang kepada para ibu berkongsi pengalaman pemulihan selepas pembedahan Caesarean.

czer
Sesi perkongsian See Her Heal – 1,000 Untold Stories yang membincangkan realiti kehidupan sebagai ibu, proses pemulihan, sistem sokongan serta kisah-kisah yang sering tidak diceritakan.

Kisah Ibu Diterjemahkan Dalam Bentuk Visual

Melalui sebuah laman mikro interaktif menggunakan teknologi AI generatif, ibu di Malaysia boleh berkongsi kisah peribadi yang diinspirasikan daripada pengalaman bersalin czer mereka.

czer

Ads

Luka Czer Bukan Sekadar Parut, Ramai Ibu Simpan Kisah Yang Tak Pernah Diceritakan

Kisah tersebut kemudiannya diolah menjadi gambaran visual yang dijana AI.

Menariknya, platform ini memberi ruang kepada ibu untuk meluahkan pengalaman yang mungkin sukar diungkapkan secara terbuka, sambil memberi perhatian kepada aspek kerahsiaan.

Ads

Pemulihan Perlukan Masa Dan Sokongan

Pemulihan selepas bersalin bukan perlumbaan.

Anda mungkin berminat dengan

Setiap ibu mempunyai tempoh dan perjalanan yang berbeza. Ada yang cepat kembali kepada rutin, ada pula yang memerlukan masa lebih panjang untuk pulih secara fizikal dan emosi.

Sokongan daripada pasangan, keluarga dan komuniti juga memainkan peranan penting supaya ibu tidak berasa keseorangan.

Sempena 15 tahun Dermatix di Malaysia, kempen ini mengajak lebih ramai ibu berkongsi suara dan pengalaman mereka.

Kerana di sebalik setiap luka czer, mungkin ada sebuah cerita yang selama ini belum pernah didengari.

Baca juga artikel: Kalau Ada Sahabat Baru Lepas Bersalin, Sesekali Bertanyalah Khabar, Cubalah Bantu Yang Termampu

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Zila Bakarin

Tak Dapat Tawaran Berlakon, Zila Bakarin Pernah Sampai Catu Makanan

Ini kisah perit yang dilalui pelakon wanita, Zila Bakarin, terpaksa mencatu makanan bersama anak-anaknya disebabkan tidak menerima tawaran lakonan daripada mana-mana syarikat produksi sejak empat tahun lalu.