Duduk Diam Dalam Rumah, Jangan Sampai Ditimpa Hujan Jerebu
Sekadar hiasan / Kredit foto : today.line.me

Dalam cuaca jerebu ini, satu rahmat yang cukup besar apabila turunnya hujan. Segala debu asap yang lebih seminggu menghuni alam, dapat dibersihkan. Syukur tak terhingga.

Namun, awas ya mak ayah.. sebaiknya elakkan tubuh badan kita ditimpa hujan jerebu ini. Nampak anak-anak di luar rumah dan hujan turun waktu jerebu ini. Minta mereka segera berteduh. Mak ayah pun sama. Cari tempat berlindung.

Peringatan kesihatan yang dikongsikan Public Health Malaysia ini menjawab persoalan.. kenapa perlu elak dari hujan jerebu.

 

Duduk Diam Dalam Rumah, Jangan Sampai Ditimpa Hujan Jerebu
Foto sekadar hiasan / kredit : astro.awani

 

IKLAN

Hujan Jerebu Bukan Sekadar Hujan Biasa

Hujan yang turun sekali sekala kini memang banyak membantu untuk mengurangkan kesan jerebu. Suhu dan bahang panas juga dapat dikurangkan.

Walaupun hujan yang turun itu bagai satu rahmat, tetapi hasil campuran air hujan dan jerebu turut memberi kesan negatif kepada ekosistem dan manusia. Ia bukan sekadar hujan biasa, tetapi HUJAN BERASID.

Hujan Asid adalah hujan yang turun yang mempunyai komposisi berasid. Hujan asid berpunca dari gas Sulfur Dioxide dan Nitrogen Oxide yang bertindak balas dengan air hujan untuk menghasilkan hujan yang berasid.

IKLAN

Rupanya Ini Kesan Kepada Manusia

Kerana air hujan yang turun telah cair, kesan langsung tidak dapat di lihat dalam masa singkat. Ia tidak sama dengan kesan disimbah asid pekat

Partikel halus bahan pencemar boleh di hidu masuk ke paru paru dan menyebabkan radang berlaku. Risiko astma, bronkitis dan jangkitan paru paru turut meningkat.

Walaupun risiko dan kesan langsung terkena air hujan berasid ini TIDAK DIKETAHUI, mungkin ada baiknya sekiranya anda mengelakkan dari berada di luar rumah semasa hujan sedang turun.

IKLAN

Hujan asid hanya boleh dicegah dengan mengelakkan pencemaran udara dari berlaku. Moga episod jerebu kali ini akan berakhir segera

 

Duduk Diam Dalam Rumah, Jangan Sampai Ditimpa Hujan Jerebu
Kredit info : Public Health Malaysia.

Kesan Lain Hujan Asid

1. Menjejaskan ekosistem haiwan marin.
2. Merosakkan keadaan biologi dan kimia tanah.
3. Memusnahkan tumbuhan dan hutan.
4. Karangan laut musnah.
5. Hakisan batu, bangunan bersejarah, batu kapur dan besi.

MW : Bumi tuhan sudah semakin tua. Sebaiknya, mak ayah didiklah anak-anak agar mencintai, sayangkan alam sekitar. Biarlah didikan itu bermula dari rumah.

Sumber/Foto : Public Health Malaysia

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI