Ads

Pernah Koma Dipatuk Ular, Kali Ketiga Jadi Asbab Muhamad Muazam Meninggal Dunia

Dipatuk Ular
Dipatuk Ular

Hari ini tular kisan sseorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dipatuk ular tedung selar ketika melakukan latihan demonstrasi pengendalian reptilia di Dewan Taman Temerloh Jaya. Sedih dengan apa yang berlaku, namun sudah tertulis ajalnya begitu.

Pernah Koma Dipatuk Ular

Pernah Koma Dipatuk Ular, Kali Ketiga Jadi Asbab Muhamad Muazam Meninggal Dunia

Menurut kakak arwah, Siti Aisyah Kamardin, 43, kejadian terbaharu itu merupakan kali ketiga adiknya dipatuk ular, manakala dua kejadian sebelum ini membabitkan reptilia berbeza.

Cukup minat dengan reptilia itu namun berakhir dengan tragedi apabila Sarjan Pertahanan Awam (PA) Muhamad Muazam Shah Kamardin meninggal dunia selepas dipatuk ular.

“Sudah tiga kali adik kena patuk ular. Yang sebelum ini, saya ingat kira-kira tiga tahun lepas. Masa itu, arwah koma sekejap sebelum mengalami serangan jantung.”

“Alhamdulillah, masa itu masih boleh bertahan, cuma selepas kejadian arwah tidak boleh buat kerja berat dan buat kerja perlahan-lahan macam biasa saja,” katanya pada Ahad.

Kali Ketiga Jadi Asbab Muhamad Muazam Meninggal Dunia

Pernah Koma Dipatuk Ular, Kali Ketiga Jadi Asbab Muhamad Muazam Meninggal Dunia

Ads

Berkongsi lanjut, Siti Aisyah berkata, arwah sudah lama meminati ular dan membela beberapa jenis reptilia di rumah termasuk tedung selar, python dan sawa.

Ujarnya, reptilia berkenaan sering dibawa ketika melakukan demonstrasi bersama APM, namun dia tidak mengetahui secara terperinci bagaimana ular itu diperoleh.

“Saya tak pasti tentang ular itu, kena tanya adik angkat arwah. Tapi memang arwah yang pilih, kalau ada pertunjukan atau persembahan, memang dia akan bawa yang itu,” katanya.

Menurutnya, dalam tempoh seminggu sebelum kejadian, arwah dilihat banyak menghabiskan masa mengendalikan ular di rumah termasuk memandikan dan bermain dengannya.

Ads

“Saya tengok dia macam biasa saja, tak sangka pula kejadian itu berlaku,” katanya.

Pernah Koma Dipatuk Ular, Kali Ketiga Jadi Asbab Muhamad Muazam Meninggal Dunia

Mengimbas kejadian terbaharu, Siti Aisyah berkata, dia menerima panggilan daripada adik angkat arwah yang memaklumkan mengenai kejadian itu sekitar jam 12 tengah malam sebelum bergegas ke hospital.

Menurutnya, berdasarkan maklumat yang diterima, arwah sempat memberitahu anggota lain bahawa dirinya terkena patukan sebelum menyimpan tedung selar berkenaan ke dalam kotak.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

“Arwah sempat memberitahu anggota lain, ‘Aku dah terkena ini’. Selepas itu, arwah sempat menyimpan ular berkenaan ke dalam kotak sebelum pergi membasuh tangan.

“Namun, arwah kemudian rebah di situ dan anggota pasukannya membawanya ke hospital,” katanya.

Siti Aisyah berkata, dia kali terakhir bertemu adiknya kira-kira tiga minggu lalu di rumah dan ketika itu mereka sempat berborak seperti biasa.

“Tak ada apa yang pelik dan arwah nampak seperti biasa. Kami sempat berborak,” ujarnya.

Menurut laporan Sinar Harian, mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 1.50 pagi Sabtu di HoSHAS.

Jenazah disolatkan di Masjid Kampung Bukit Kelulut sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Bukit Kelulut, Temerloh.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Cara Brisk Walk

Cara Brisk Walk Untuk Kurus, Pastikan Konsisten 4-8 Minggu

Ambil peduli cara brisk walk dulu sebelum mula! Kalau nak tahu, brisk walk atau berjalan pantas memang antara senaman paling mudah tetapi sangat bermanfaat untuk wanita.