Tergamaknya pengasuh cubit bayi perempuan sampai lebam, berani dia buat anak begitu ya! Padahnya, dia didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini.
Apa yang mengejutkan, pengasuh itu didapati mencederakan bayi perempuan berusia setahun sembilan bulan dengan cara mencubit kemaluannya sehingga lebam, tahun lalu.
Kecewa dengan apa yang berlaku, pengasuh sepatutnya menjaga mangsa dengan baik, lebih-lebih lagi ibu bapa mangsa sudah memberikan kepercayaan kepadanya untuk menjaga anak mereka.
Majistret Uthman Abd. Ghani menjatuhkan hukuman itu selepas menerima pengakuan bersalah tertuduh Masmariati Samsudin, 44, yang mengaku bersalah sebaik pertuduhan dan fakta kes dibacakan jurubahasa mahkamah.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap bayi perempuan berusia setahun sembilan bulan di sebuah rumah di Jalan Desa Taming Sari 3, Sungai Udang, di sini, pada 13 Februari 2025.
Menerusi cerita yang berlaku, beliau memberi alasan tertuduh hanya mengambil upah menjaga kanak-kanak dengan bayaran sebanyak RM350 sebulan dan ditanggung suaminya yang juga pesara tentera dengan pendapatan kira-kira RM2,000 sebulan selain anak yang sedang belajar di universiti.
Tertuduh juga hujahnya baru selesai menjalani pembedahan tulang belakang dan amat menyesal atas perbuatannya serta mengakui gagal mengawal emosi ketika kejadian.
Mengikut fakta kes, kejadian terbongkar selepas ibu mangsa mengambil anaknya dari rumah pengasuh kira-kira pukul 7 malam pada hari kejadian sebelum mendapati terdapat kesan lebam pada bayi berkenaan.
Apa pun, mak ayah kena beringat bila hantar anak rumah pengasuh. Sebaiknya check tubuh badan anak setiap kali balik ambil anak. Semoga apa yang berlaku ini beri pengajaran kepada semua pihak.
Sumber: Kosmo!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!