Ads

“Nasihat Tun Akan Sentiasa Kami Pegang…” Syed Saddiq Dan Bella Hiba Kehilangan Tun Siti Hasmah

Syed Saddiq & Bella Astillah

Nasihat Tun akan sentiasa kami pegang, Syed Saddiq dan Bella  Astillah hiba kehilangan Tun Siti Hasmah.

Syed Saddiq dan Bella Astillah tidak menyangka pertemuan bersama Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali pada 24 September lalu menjadi detik terakhir mereka bersama. Ahli Parlimen Muar itu bersama tunangnya meluangkan masa hampir dua jam bersama Allahyarham dalam pertemuan yang cukup bermakna tersebut.

Pertemuan selama dua jam itu cukup bermakna apabila Allahyarham sempat ketawa, bergurau dan berkongsi cerita selain menitipkan nasihat mengenai perkahwinan, keluarga serta kehidupan kepada pasangan berkenaan.

Syed Saddiq dan Bella Astillah
Pertemuan terakhir yang kini menjadi kenangan paling berharga. Syed Saddiq dan Bella Astillah sempat meluangkan masa bersama Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, mendengar cerita, berkongsi tawa serta menerima nasihat yang akan terus mereka pegang dalam melayari kehidupan berumah tangga.
Syed Saddiq dan Bella Astillah Kenang Pertemuan Terakhir

Mengenang kembali momen tersebut di threadsnya, Syed Saddiq mengakui masih sukar menerima hakikat bahawa insan yang beberapa hari lalu masih berbicara dan bergelak tawa bersama mereka kini telah tiada.

“There was nothing about that day that felt like goodbye. Kalaulah saya tahu itu pertemuan terakhir kita, I would have wished for those two hours to last forever.”

Menurut Ahli Parlimen Muar itu, Tun Siti Hasmah cukup mesra sepanjang pertemuan tersebut dan tidak lokek berkongsi pengalaman dengan mereka yang bakal mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober ini.

Bagi Syed Saddiq dan Bella Astillah, pertemuan itu kini menjadi kenangan yang cukup berharga apatah lagi mereka sempat mendengar sendiri pesanan Tun Siti Hasmah tentang perkahwinan, keluarga dan kehidupan.

Ads
Syed Saddiq dan Bella Astillah
Syed Saddiq dan Bella Astillah sempat duduk berbual serta mendengar perkongsian Tun Dr Mahathir dan Tun Siti Hasmah mengenai kehidupan, keluarga dan perkahwinan dalam pertemuan hampir dua jam itu.
Kalaulah saya tahu ini pertemuan akhir kita – Syed Saddiq

Syed Saddiq turut menggambarkan Allahyarham sebagai seorang yang baik, lucu dan penuh kehangatan dengan kebijaksanaan yang lahir daripada perjalanan panjang kehidupan, kasih sayang serta pengorbanan.

“She was kind, funny, warm and full of the kind of wisdom that only comes from a lifetime of love, sacrifice and experience.”

Sukar Terima Pemergian Tun Siti Hasmah

Berita pemergian Tun Siti Hasmah nyata memberi kesan mendalam kepada Syed Saddiq yang mengakui masih belum mampu menghadam kehilangan tersebut.

“Dan hari ini, Tun sudah tiada. Saya benar-benar masih tidak mampu menghadamnya.

“I love you, Tun. More than the universe will ever know. Hati saya hancur. A part of me still refuses to believe that you are no longer here.”

Ads
Syed Saddiq dan Bella Astillah
Penuh kemesraan, Tun Siti Hasmah sempat merangkul Syed Saddiq ketika Bella berada di sisi. Pertemuan yang dipenuhi cerita dan gelak tawa itu akhirnya menjadi memori terakhir mereka bersama Allahyarham.

Tun Siti Hasmah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada pagi Isnin, 28 September 2026 pada usia 100 tahun.

Sebelum ini, Syed Saddiq dan Bella turut menyerahkan sendiri kad jemputan perkahwinan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Siti Hasmah. Justeru, pemergian Allahyarham turut membawa satu kesedihan tersendiri apabila hasrat untuk melihat beliau hadir meraikan hari bahagia pasangan itu tidak kesampaian.

“Saddiq & Bella Tak Dapat Penuhi Hajat Tun”

“Saddiq & Bella tak dapat memenuhi hajat Tun untuk hadir ke majlis perkahwinan kami nanti, but I promise you Tun, your advice will. We will carry it into our marriage, into our home, and insya-Allah, for the rest of our lives.”

Buat Syed Saddiq, kata-kata yang ditinggalkan Allahyarham kini menjadi antara kenangan paling berharga untuk dibawa bersama ketika memulakan kehidupan baharu bersama Bella.

Anda mungkin berminat dengan

Ads
Syed Saddiq dan Bella Astillah
Hubungan mesra dirinya dan Tun Hasmah sudah terjalin erat sejak dulu dan beliau amat menghormati figura kesayangan ramai ini.

Beliau turut berterima kasih kepada Tun Siti Hasmah atas setiap gelak tawa, cerita dan pesanan yang sempat dikongsi dalam pertemuan tersebut.

Dalam kesedihan menerima kehilangan itu, Syed Saddiq tetap akur dengan ketentuan Ilahi.

“But this is Allah’s will. Kita datang daripada-Nya, dan kepada-Nya kita kembali.”

Tun Siti Hasmah mungkin tidak sempat hadir pada hari bahagia mereka, namun pesan yang ditinggalkan akan terus hidup dalam perjalanan rumah tangga Syed Saddiq dan Bella kelak.

“May Allah grant you the highest place in Jannah. Until we meet again, Tun. Al-Fatihah.”

Pertemuan terakhir itu mungkin hanya berlangsung selama dua jam, namun nilainya kini tidak dapat diukur dengan waktu. Daripada gurauan, cerita kehidupan hingga pesanan tentang rumah tangga, semuanya menjadi memori terakhir yang akan terus dikenang. Biarpun Tun Siti Hasmah tidak dapat bersama mereka pada hari bahagia nanti, nasihat yang ditinggalkan tetap menjadi sebahagian daripada perjalanan baharu pasangan tersebut.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

Tun M dan Tun Dr Siti Hasmah

70 Tahun Menua Bersama, Tun M Pernah Kongsi Rahsia Rumah Tangga...

70 tahun menua bersama, Tun M pernah berkongsi rahsia rumah tangga bahagia dengan Tun Hasmah yang dibina atas penerimaan dan toleransi.