Ads

Kahwin Bukan Sekadar Dapat Isteri Dan Jangan Ambil Anak Orang Sekadar Nak Bina Keluarga!

kahwin
kahwin

Kahwin bukan sekadar dapat isteri untuk dicintai ketika senang, ada orang urus rumah, teman tidur dan melahirkan anak. Kena fikir jauh sebelum buat keputusan dalam hidup dan ambil kira semua hal soal tanggungjawab.

Kahwin Bukan Sekadar Dapat Isteri

Kahwin Bukan Sekadar Dapat Isteri Dan Jangan Ambil Anak Orang Sekadar Nak Bina Keluarga!

Ada ramai yang berkahwin sebab tengok orang sudah ada pasangan, atau mungkin sebab rasa sunyi. Ini sebenarnya salah satu perkara yang ralat jika anda silap buat keputusan dalam hidup. Nak-nak kalau anda baru sahaja kenal sebulan dua, kemudian terus kahwin sebab rasa nak ada pasangan tanpa mengambil kira bab tanggungjawab yang anda kena buat.

Macam mana soal menjaga hati keluarga bakal mentua, menguruskan hal kerja rumah dan mendidik anak-anak nanti? Selebihnya anda boleh renungkan dalam perkongsian saudari لاوريسا راظاليس ini…

Marriage comes with responsibility, not just privileges. Kahwin bukan sekadar kerana awak sudah bersedia untuk ada isteri. It is about being ready to carry the responsibility that comes with her.

Ads

Jangan ambil anak orang hanya kerana mahu ada seseorang yang memasak, mengemas, melayan, menemani dan melahirkan anak untuk awak.

Kahwin Bukan Sekadar Dapat Isteri Dan Jangan Ambil Anak Orang Sekadar Nak Bina Keluarga!

Jangan mahu the privileges of having a wife tetapi bila sampai bab nafkah, perlindungan, emosi, kesetiaan dan tanggungjawab… tiba-tiba banyak alasan.

Ads

Isteri bukan maid. Bukan emotional punching bag. Bukan manusia yang wajib bertahan hanya kerana sudah bernikah.

Jangan Ambil Anak Orang Sekadar Nak Bina Keluarga!

kahwin

Kalau awak mahu seorang perempuan menghormati awak sebagai suami, give her a reason to respect you. Tunjukkan bahawa awak mampu memimpin dengan tanggungjawab, bukan sekadar mahu ditaati kerana bergelar lelaki.

Anak orang itu bukan barang untuk dimiliki. Dia datang bersama maruah, masa depan dan amanah yang perlu dijaga. Kalau belum bersedia menjadi suami yang bertanggungjawab, jangan ambil anak orang hanya sekadar awak bersedia menjadi lelaki yang mahu berkahwin. Sebab “nak kahwin” itu kehendak.

Ads

“Bersedia memikul tanggungjawab” itu kewajipan..amanah . Dan dua benda itu… jauh bezanya.

Anda mungkin berminat dengan

Haaa… baik lelaki atau perempuan yang bakal berumah tangga, sila renungkan dan bertindaklah sebaiknya sebelum memilih untuk hidup dengan anak orang. Bincang sebaiknya untuk kebahagiaan berpanjangan.

 

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

hijab

“French Freedom” – Guna AI Buang Hijab & Ubah Pakaian Wanita,...

“French Freedom” cetus kontroversi selepas MP Perancis Julien Odoul guna AI untuk buang hijab dan mengubah pakaian seorang wanita dalam foto.