Ads

Sakit Gigi Ketika Hamil Disangka Simptom Biasa, Isteri Meninggal Dunia Akibat Kegagalan Organ

Sakit Gigi Ketika Hamil
Sakit Gigi Ketika Hamil

Awalnya cuma sakit gigi ketika hamil, namun siapa sangka akhirnya menjadi asbab kepada kehilangan isteri tercinta secara mengejut buat lelaki yang bernama Munir Samad Shukri.

Lebih memilukan, pemergian isterinya, Siti Nor Fitriah, 32, berlaku selepas keadaan kesihatannya merosot dengan begitu pantas akibat jangkitan serius yang menyebabkan kegagalan pelbagai organ.

Sakit Gigi Ketika Hamil Disangka Simptom Biasa

Sakit Gigi Ketika Hamil Disangka Simptom Biasa, Isteri Meninggal Dunia Akibat Kegagalan Organ

Fitriah disahkan meninggal dunia akibat severe sepsis with multi-organ failure, iaitu jangkitan serius yang menyebabkan beberapa organ utama tubuh gagal berfungsi.

Namun, di sebalik pemergiannya, ada satu perkara yang mungkin tidak pernah disangka oleh keluarga. Setiap kali mengandung, Fitriah sering mengalami masalah gigi.

Kehamilan pada 2018, 2021, 2023 dan 2025 semuanya dilalui dengan masalah gigi yang hampir sama. Tetapi kerana sakit itu biasanya beransur pulih selepas bersalin, keluarga menyangka itu hanyalah salah satu simptom biasa ketika mengandung.

“Sangkaan kami, itu salah satu simptom mengandung… Fitriah hanya makan Panadol.”

Selepas melahirkan anak bongsunya, Abdul Syahid pada 2025, Fitriah sebenarnya sudah bercadang untuk mendapatkan rawatan gigi.

Ads

Namun, doktor ketika itu menyarankan supaya rawatan berkaitan mulut dilakukan terlebih dahulu kerana bimbang risiko lebih tinggi sekiranya prosedur cabutan gigi dilakukan.

Isteri Meninggal Dunia Akibat Kegagalan Organ

Sakit Gigi Ketika Hamil Disangka Simptom Biasa, Isteri Meninggal Dunia Akibat Kegagalan Organ

Apabila keadaan giginya kembali pulih, rawatan susulan itu akhirnya tidak diteruskan seperti yang dirancang. Sehinggalah pada 10 September, keadaan kesihatannya mula merosot dengan begitu drastik.

Paras Hb semakin rendah dan suhu badannya meningkat. Kemudian pada awal pagi 11 September, paru-parunya mula gagal berfungsi. Fitriah terpaksa ditidurkan dan dipasang alat bantuan pernafasan.

Ads

Ketika berada di ICU, tangan dan kakinya sudah mula sejuk serta bertukar kebiruan. Jantungnya turut terhenti sebanyak dua kali, manakala buah pinggangnya mula tidak berfungsi.

Segala usaha dilakukan untuk menyelamatkan nyawanya. Namun, pada jam 4.10 petang, Fitriah akhirnya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang.

Yang lebih memilukan, doktor pakar kemudiannya memaklumkan bahawa jangkitan kuman yang menyebabkan kerosakan pada organ tubuhnya dipercayai berpunca daripada masalah gigi yang dialaminya selama ini.

Ads

Sakit Gigi Ketika Hamil Disangka Simptom Biasa, Isteri Meninggal Dunia Akibat Kegagalan Organ

Anda mungkin berminat dengan

Perginya seorang isteri, seorang ibu dan insan yang begitu disayangi keluarga dalam keadaan yang tidak pernah mereka sangka.

Kisah Fitriah menjadi satu peringatan buat kita semua. Jangan terlalu memandang ringan sakit yang berulang, walaupun kelihatan seperti masalah kecil.

Jika sakit berpanjangan atau kerap berulang, dapatkan pemeriksaan dan rawatan sewajarnya. Sebab ada kalanya sesuatu yang kita sangka “biasa” sebenarnya sedang memberi amaran bahawa tubuh kita memerlukan perhatian.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarhamah Siti Nor Fitriah, melapangkan kuburnya dan menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman. Semoga suami, anak-anak dan seluruh keluarga diberikan kekuatan untuk melalui kehilangan yang begitu berat ini.

Al-Fatihah.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Najwa Latif

Dikritik Perubahan Fizikal, Najwa Latif Hormat Pandangan Semua Pihak

Lama tidak membuat penampilan, tiba-tiba penyanyi, Najwa Latif, menjadi mangsa kritikan disebabkan perubahan fizikalnya ketika mengadakan persembahan sempena Keretapi Sarong Johor Bahru 2026 apabila video menyanyinya tular di laman media sosial.