Ads

Jenazah Tun Dr. Hasmah Disemadikan Bersebelahan Pusara Datin Seri Endon

Tun Dr Hasmah
Tun Dr. Hasmah

Malaysia berduka, jenazah Allahyarhamah  Tun Dr. Hasmah binti Mohamad Ali akan disemadikan bersebelahan pusara Datin Seri Endon Mahmood di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya.

Jenazah Tun Dr. Hasmah Disemadikan Bersebelahan Pusara Datin Seri Endon

Jenazah Tun Dr. Hasmah Disemadikan Bersebelahan Pusara Datin Seri Endon

Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata perkara itu dimaklumkan oleh Bahagian Istiadat dan Urusetia Antarabangsa (BIUPA) susulan keputusan keluarga untuk mengebumikan Allahyarham di Pusara Negara.

“Dalam kenyataan media, Pejabat Perdana Menteri, pihak kerajaan telah mengarahkan Tan Sri Ketua Setiausaha Negara dan Tan Sri Panglima Angkatan Tentera untuk memastikan istiadat pengebumian pembesar negara diberikan buat Dr Siti Hasmah,” katanya kepada media selepas memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham di sini hari ini.

Fahmi bersama isterinya, tiba di kediaman Allahyarham kira-kira 2.15 petang.

Ads

Beliau berkata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut hadir memberikan penghormatan terakhir, manakala Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut dijadual hadir ke masjid berkenaan.

Penghormatan Terakhir Kepada Allahyarhamah

Jenazah Tun Dr. Hasmah Disemadikan Bersebelahan Pusara Datin Seri Endon

Dalam pada itu, Fahmi berkata semua stesen radio dan televisyen diarahkan membuat penyesuaian terhadap kandungan serta rancangan sepanjang hari ini sebagai tanda penghormatan kepada Allahyarham.

Ads

Mengimbau kenangan bersama Allahyarham, Fahmi berkata antara memori terawalnya ialah ketika beliau berusia 12 tahun dan Dr Siti Hasmah pernah menyaksikan pementasan teater yang disertainya bersama rakan-rakan sekolah.

“Itu mungkin antara kenangan terawal saya. Saya rasa pemergian ini semestinya tak disangka, tetapi itulah ketentuan Ilahi.

Ads

“Beliau amat bermakna bagi ramai orang, dan memang jasa beliau sebagai seorang ibu sebagai seorang doktor akan sentiasa kita kenang,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Jenazah Tun Dr. Hasmah Disemadikan Bersebelahan Pusara Datin Seri Endon

Menerusi sumber portal Astro Awani, allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali selesai dimandikan dan dikafankan, kini jenazah diletakkan sementara di Dewan Solat Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan untuk penghormatan terakhir dari para hadirin. Arwah menerima taraf Istiadat Pengebumian Pembesar Negara dari anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Jenazah Tun Dr. Hasmah Disemadikan Bersebelahan Pusara Datin Seri Endon

Dr Hasmah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pagi ini, pada usia 100 tahun.
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

Pengasuh Anak

Wanita Kongsi Tanda Pengasuh Anak ‘Red Flag’, “Kesan Lebam Tak Semestinya...

Dalam jutaan ibu bekerjaya, pasti ada yang ragu-ragu dengan pengasuh anak. Berat hati atau mungkin trauma selepas membaca kisah dera dan kematian yang melibatkan penjaga anak di rumah dan taska.