Ads

“Bye-bye Paksu Comel…”, Tak Sangka Itu Kata-kata Terakhir Daripada Arwah Adik Armaan Nazeef

Kata-kata Terakhir
Kata-kata Terakhir

Siapa sangka, “Bye-bye, Paksu comel” menjadi kata-kata terakhir Allahyarham Muhammad Armaan Nazeef, 4, kepada Pak Ciknya, Niq.Nazmi sebelum dia dan ibu ayahnya maut dalam nahas kemalangan berantai membabitkan 11 kenderaan di Kilometer 110.3 Lebuhraya Pantai Timur (LPT1), Lanchang arah Timur.

“Bye-bye Paksu Comel…”

"Bye-bye Paksu Comel...", Tak Sangka Itu Kata-kata Terakhir Daripada Arwah Adik Armaan Nazeef

Menerusi laman media sosial adik kandung arwah Nazatullah Nazmi, dia juga sempat meluahkan perasaan rindu pada anak buahnya yang telah pergi itu. Walau cuma dengan sekeping gambar yang memegang tangan berjalan bersama-sama, itu sudah cukup menggambarkan perasaan yang diselubungi rasa berat kehilangan orang tersayang.

Tak Sangka Itu Kata-kata Terakhir Daripada Arwah Adik Armaan Nazeef

"Bye-bye Paksu Comel...", Tak Sangka Itu Kata-kata Terakhir Daripada Arwah Adik Armaan Nazeef

Ads

Menyentuh soal keadaan jenazah tiga beranak itu juga mencuri tumpuan dan mengundang rasa sebak dalam kalangan orang ramai selepas dikatakan masih sempurna meskipun kenderaan dinaiki mereka mengalami kerosakan teruk.

Perkara itu dikongsikan seorang pengguna Threads, Fatihahkichee, yang memaklumkan keadaan jenazah berdasarkan cerita daripada ibu saudara salah seorang mangsa.

“Ramai tertanya-tanya keadaan jenazah kan sebab tengok kereta macam tu. Subhanallah, kuasa Allah. Seperti yang diceritakan oleh mak cik arwah, jenazah sempurna. Tak macam yang disebut-sebut netizen.

Lautan manusia hadir untuk solat jenazah juga ramai, Masya-Allah… sampai tak muat saf. Salah satu kematian yang dicemburui. Apa agaknya amalan arwah,” tulisnya lagi.

Ads

Jenazah tiga beranak itu, Muhammad Nazattulah Nazmi, 32, Nur Atiqah Sofiya Mohd Kazwan dan anak mereka, Armaan, disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Setali, Kuantan, kira-kira jam 10.30 malam.

"Bye-bye Paksu Comel...", Tak Sangka Itu Kata-kata Terakhir Daripada Arwah Adik Armaan Nazeef

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Terdahulu, ketiga-tiga jenazah disolatkan di Masjid Saidina Ali bin Abi Talib, Bukit Sekilau, Temerloh sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Setali untuk dikebumikan.

Semoga keluarga kecil ini di tempatkan di kalangan orang beriman dan soleh. Juga buat ahli keluarga ini, dikuatkan semangat menerima ujian Allah.

Gambar: BERNAMA

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Atiqah Husna

Dijaga Datuk Nenek Sejak Bayi, Atiqah Husna Raih STPM 4.0 Tapi...

Dibesarkan datuk dan nenek sejak berusia dua bulan, Atiqah Husna membesar dalam serba kekurangan. Kejayaan meraih PNGK 4.0 STPM membawanya ke USM, namun kekangan kewangan menjadi ujian untuk dia meneruskan pengajian.