Ads

Taanusiya Chetty Harumkan Nama Malaysia, Raih Tempat Ketiga Miss World 2026

Taanusiya Chetty
Taanusiya Chetty

Akhirnya selepas 28 tahun, Malaysia kembali mengulangi kejayaan di pentas Miss World apabila Taanusiya Chetty berjaya memenangi tempat ketiga dalam pertandingan yang berlangsung di Nha Trang, Vietnam.

Taanusiya Chetty Harumkan Nama Malaysia

Taanusiya Chetty Harumkan Nama Malaysia, Raih Tempat Ketiga Miss World 2026

Kali terakhir Malaysia mengikut kejayaan dalam pertandingan ratu cantik dunia adalah menerusi kemenangan Lina Teoh pada 1998. Selain meraih tempat ketiga, Taanusiya juga merangkul gelaran Miss World Asia.

Taanusiya, 26, mengasaskan Be The Change Malaysia pada 2022, sebuah gerakan yang memberi tumpuan kepada pendidikan, bimbingan serta pembangunan emosi kanak-kanak, sebelum inisiatif berkenaan didaftarkan secara rasmi pada 2025.

Menerusi gerakan itu, beliau turut menjalankan program melibatkan komuniti Orang Asli, kanak-kanak berkeperluan khas dan pesakit kanak-kanak, dengan usaha berkenaan dilaporkan memberi manfaat kepada ribuan kanak-kanak di Malaysia serta rantau ASEAN.

Taanusiya Chetty Harumkan Nama Malaysia, Raih Tempat Ketiga Miss World 2026

Perjalanan hidup Taanusiya turut dibentuk oleh pengalaman kehilangan ibunya dalam kemalangan jalan raya ketika berusia 14 tahun. Pengalaman itu menjadi antara pendorong kepada komitmennya untuk membantu kanak-kanak serta komuniti yang memerlukan.

Ads

Berasal dari Kuala Lumpur, Taanusiya merupakan seorang guru Bahasa Inggeris, model dan aktivis dengan latar belakang pendidikan Teaching English as a Second Language (TESL).

Ketika pusingan menjawab soalan di peringkat Top 6 dalam acara kemuncak malam tadi, Taanusiya ditanya tentang tanggungjawab yang dimiliki bagi melindungi alam sekitar untuk generasi masa depan dan bagaimana dia mampu memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk turut serta.

Raih Tempat Ketiga Miss World 2026

Taanusiya Chetty Harumkan Nama Malaysia, Raih Tempat Ketiga Miss World 2026

Menurut Taanusiya, sebagai seorang guru, dia akan mempengaruhi para pelajar untuk menanam pokok sejak usia muda.

Ads

“Apabila menanam pokok mereka bukan sahaja akan membantu memulihara alam sekitar, tetapi juga belajar erti kesabaran menunggu benih yang ditanam untuk tumbuh.

“Apabila anda melakukan itu, anda akan memberikan inspirasi kepada orang lain di seluruh dunia,” jawabnya dengan penuh yakin.

Mahkota Miss World 2026 menjadi milik jelitawan Dominican Republic, Joheirry Mola Dominguez manakala naib juara pula disandang wakil Sepanyol, Elisabeth Alabern.

Tahun ini, seramai 111 peserta dari seluruh dunia berentap untuk merebut mahkota Miss World edisi ke-73. Tahun lalu mahkota tersebut dimenangi wakil Thailand, Opal Suchaata.

Ads

Taanusiya Chetty Harumkan Nama Malaysia, Raih Tempat Ketiga Miss World 2026

Anda mungkin berminat dengan

Perjalanan Taanusiya dalam pertandingan itu turut mendapat perhatian menerusi Beauty With a Purpose, salah satu komponen penting Miss World yang mengetengahkan usaha kemanusiaan dan impak sosial peserta.

Beliau berjaya berada dalam Top 2 Beauty With a Purpose, sekali gus memperoleh laluan automatik ke kelompok Top 20 sebelum meneruskan saingan ke peringkat seterusnya.

Pencapaian berkenaan berkait rapat dengan usaha advokasi sosial yang dibawa Taanusiya, khususnya dalam bidang pendidikan, pembangunan golongan muda dan khidmat komuniti.

Sebelum membawa cabaran negara ke Miss World 2026, Taanusiya mempunyai pengalaman di pentas antarabangsa menerusi Miss Global 2023. Ketika meraih gelaran Miss World Malaysia, beliau turut membawa pulang tujuh anugerah tambahan termasuk Top Model Award, Best in Evening Gown dan Charity Queen Award.

Sumber: Astro Awani

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Najwa Latif

Disunting Imej Tak Pakai Tudung, Najwa Latif Pertimbangkan Tindakan Yang Akan...

Penyanyi wanita, Najwa Latiff atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif mendedahkan sudah menerima permohonan maaf sebuah jenama produk elektronik menerusi ruangan mesej.