Ads

Nak Brisk Walk Kena Ikut Berat Badan & Jarak, Barulah Nampak Hasil Turun KG!

Brisk Walk
Brisk Walk

Makin ramai suka buat brisk walk tetapi kurang jelas tentang masa dan jarak sepatutnya kena buat untuk mendapatkan hasil yang mantap.

Ada yang buat dalam 10 minit, sudah berhenti. Dan ada yang buat ikut mood, hari brisk walk esok buat-buat lupa. Ini parah!

Nak Brisk Walk Kena Ikut Berat Badan & Jarak

Nak Brisk Walk Kena Ikut Berat Badan & Jarak, Barulah Nampak Hasil Turun KG!

Kena tahu, prinsip asas brisk walk untuk bakar kalori adalah lagi berat badan seseorang, lagi banyak kalori dia bakar walaupun jarak sama. Menerusi perkongsian Ainul Mustafa, ini cara yang sepatutnya anda buat kalau mahu bakar kalori.

Contoh: Orang 60kg jalan 5km = 250 kalori. Orang 80kg jalan 5km = 330 kalori.

Jadi tidak semestinya perlu tambah jarak hanya sebab berat lebih, tapi total kalori terbakar memang automatik lebih tinggi.

Cadangan umum WHO & pakar senaman:

Nak Brisk Walk Kena Ikut Berat Badan & Jarak, Barulah Nampak Hasil Turun KG!

 

150 minit aktiviti intensiti sederhana seminggu (contoh brisk walk 30 minit x 5 kali seminggu).

Ads

Haaa… kalau nak fokus turun berat, kena usahakan brisk walk 45-60 minit sehari atau 5-6km sehari. Tetapi apa yang paling penting sebenanrnya buat dengan konsisten.

Baca Artikel: Brisk Walk VS Jogging, Mana Satu Lagi Cepat Bakar Lemak?

Kalau baru mula, tidak perlu terus 6km. Mulakan dalam 20-30 minit dulu (lebih kurang 2-3km), bila stamina dah okay baru naikkan jarak.

Ini anggaran kasar brisk walk ikut berat badan:

Nak Brisk Walk Kena Ikut Berat Badan & Jarak, Barulah Nampak Hasil Turun KG!

(kelajuan ±5.5-6km/jam):

Ads

50-60kg 4km (+220-250 kalori)
61-75kg 5km (+280-320 kalori)
76-90kg 6km (±350-400 kalori)
>90kg – 6-7km (+420-480 kalori)

Pelan Brisk Walk Selama 7 Hari

Nak Brisk Walk Kena Ikut Berat Badan & Jarak, Barulah Nampak Hasil Turun KG!

Hari 1
20 minit
Pace santai → sederhana

Hari 2
25 minit
Tambah hayunan tangan

Hari 3
30 minit brisk walk konsisten

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Hari 4
Rehat atau jalan santai 15 minit

Hari 5
30 minit
Selang 1 minit laju + 2 minit sederhana

Hari 6
35 minit
Fokus postur & pernafasan

Hari 7
40 minit santai tetapi konsisten

Jadi selepas ini anda boleh pastikan masa dan jarak yang tepat untuk berat anda berkurang. Kemudian jangan lupa pakai kasut yang menyerap hentakan. Cari yang sesuai untuk elak kaki sakit.

Mulakan dengan perlahan 5 minit sebelum tambah kelajuan, kekalkan postur tegak dan sila minum air secukupnya. Jom, mulakan dan jadikan hobi!

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Pertandingan Suami

Jangan Buat Pertandingan Suami Siapa Paling Kaya, Apa Yang Ada Dalam...

Dalam diam ada isteri yang buat pertandingan suami siapa yang paling kaya, tak cukup itu ada pula yang jenis tayang semua hal rumah tangga ke media sosial.