Tragedi maut di pelantar minyak, seorang isteri hamil 7 bulan menangis sedih apabila suaminya disahkan menjadi korban dalam kemalangan yang turut meragut dua lagi nyawa di perairan Terengganu.
Tragedi Maut di Pelantar Minyak
Nurkhaeryna Dhania Azreen Khairil Azri, 28, yang mengandung tujuh bulan berkata, hatinya luluh apabila dimaklumkan mengenai kemalangan yang menimpa suaminya, Muhammad Faezuan Hakim Mohammad Bustaman, 28, pada pukul 4 petang tadi.
“Wakil syarikat cuma beritahu suami terlibat dalam kemalangan, namun saya mendapat tahu dia sudah ‘tiada’ setelah menghubungi rakan-rakannya,” katanya ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Ads
Isteri Hamil 7 Bulan Sedih Suaminya Salah Seorang Mangsa
Menerusi portal Kosmo!, wanita itu berkata, kali terakhir dia berhubung dengan arwah suaminya menerusi aplikasi WhatsApp pada pukul 7 pagi tadi.
Dia yang menetap di Bukit Setongkol, Kuantan, Pahang berkata, suaminya memaklumkan dia tidak sabar untuk pulang ke rumah pada 1 Jun ini untuk bertemu dengannya.
Ads
“Dia (arwah suami) selalu beritahu dia mahu kumpul cuti untuk menemani saya sepanjang berpantang selepas melahirkan anak nanti,” katanya.
Muhammad Faezuan Hakim merupakan antara tiga pekerja pelantar minyak yang maut, manakala seorang lagi cedera setelah bot yang mereka naiki dalam latihan pemindahan kecemasan terbabit dalam kemalangan di perairan Terengganu hari ini.
Sekadar info, insiden itu dipercayai berpunca apabila tali atau cangkuk (hook) yang dipasang pada bot penyelamat berkenaan tiba-tiba tercabut, menyebabkan kesemua mangsa bersama bot tersebut terjatuh ke dalam laut.
Al-Fatihah buat mangsa yang terkorban. Semoga keluarga diberikan kekuatan menghadapi ujian ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tular video seorang pelajar perempuan tingkatan dua berdepan detik mencemaskan apabila dipercayai hampir menjadi mangsa cubaan culik ketika berjalan di sebuah lorong di Pekan Simpang Kuala, Alor Setar.
Situasi ini membuatkan mak ayah makin risau nak melepaskan anak-anak keluar rumah, banyak penjenayah yang buat kerja dalam diam tanpa disangka-sangka.
Menerusi paparan video daripada saudari Saadiah Rahmat, dalam kejadian kira-kira jam 8.26 malam itu, mangsa dikatakan dihampiri seorang lelaki tidak dikenali yang menaiki motosikal sebelum suspek bertindak memberhentikan motosikal di hadapan remaja terbabit.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Syed Basri Syed Ali berkata, suspek kemudian memeluk mangsa serta menutup muka pelajar itu menggunakan tangan.
Namun, mangsa berjaya menyelamatkan diri selepas menggigit tangan suspek sebelum terus berlari ke sebuah pusat tuisyen berhampiran untuk mendapatkan bantuan.
Mangsa kemudiannya tampil membuat laporan polis dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 363/511 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Pihak polis turut mendapatkan bantuan Unit Forensik D10 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah bagi menjalankan pemeriksaan serta mendapatkan sampel di lokasi kejadian.
Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan pihak berkuasa.
Apa pun, ibu bapa perlu pesan pada anak-anak untuk lebih berwaspada apabila keluar dari rumah. Nak-nak apabila waktu malam, pilihlah tempat orang ramai dan elakkan berjalan seorang diri di tempat sunyi.
Sekarang walau CCTV merata-rata pun, masih jenayah berleluasa. Sangat membimbangkan dan rasa takut nak biarkan anak keluar rumah tanpa orang dewasa.
Ayasofya pergi secara tiba-tiba, bukan mudah nak terima ujian pemergian seorang anak kecil. Nak-nak sudah 11 tahun menunggu kehadirannya sebelum ini.
Dengan penuh sebak si ayah meluahkan, “Hari ini, daddy (ayah) sendiri menurunkan Ayasofya ke tempat peristirahatan terakhirnya.”
Demikian luahan pilu seorang bapa, Hafizul Hakim yang memaklumkan pemergian anak bongsunya, Ayasofya selepas bayi perempuan itu menghembuskan nafas terakhir pada usia empat bulan hari ini.
Menurut Hafizul, kehilangan tersebut amat sukar diterima apatah lagi Ayasofya merupakan cahaya mata yang dinanti-nantikan selama 11 tahun oleh dia dan isteri, Aliffa Rafini Abdullah.
Katanya, anak kecil itu kembali ke rahmatullah selepas melalui tempoh 72 jam yang sangat kritikal di unit rawatan rapi kanak-kanak (PAED ICU).
“Beratnya tidak mampu digambarkan dengan kata-kata. Anak kecil yang kami tunggu selama 11 tahun, kini kembali kepada Pencipta-Nya.
“Kami percaya, Aya hanyalah pinjaman terindah daripada Allah SWT. Hari ini, dengan penuh cinta dan reda, kami pulangkan dia kembali kepada-Nya,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.
Hafizul menceritakan saat-saat terakhir Ayasofya yang menghembuskan nafas adalah ketika berada dalam dakapan ibunya sambil dikelilingi ketiga-tiga abangnya.
Tambah Hafizul, melihat denyutan jantung anaknya semakin lemah dan kadar oksigen yang terus menurun menjadi antara momen paling menghancurkan buat mereka sekeluarga.
Dalam kesedihan, Hafizul turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang tidak putus-putus mengirimkan doa, kasih sayang dan sokongan sepanjang mereka berdepan ujian tersebut.
“Doakan agar Ayasofya ditempatkan dalam kalangan anak-anak syurga dan semoga Allah memberi kekuatan kepada kami sekeluarga untuk melalui kehilangan ini,” katanya lagi.
Simpati dengan ujian berat keluarga ini, semoga dikuatkan semangat dan Allah gantikan khabar menyenangkan hati kedua ibu bapa anak kecil ini.
Kalau sebut restoran “legend”, ramai bayangkan tempat makan yang sedap, pelanggan ramai dan menu yang dah jadi sebutan. Tapi siri Mencari Kedai Lejen membawa penonton melihat sesuatu yang lebih mendalam. Tentang kisah manusia, perjuangan dan cinta terhadap makanan.
Dua episod pertama Mencari Kedai Lejen menampilkan dua nama yang bukan asing buat pencinta makanan tempatan, Aunty T’s dan Rezeky Tomyam. Kedua-duanya bukan sekadar restoran, tetapi simbol ketabahan, warisan rasa dan semangat yang tak pernah padam.
Di sebalik keenakan hidangan di Aunty T’s, tersimpan kisah seorang wanita berusia 70-an yang masih turun sendiri ke dapur. Malah beberapa menu signature seperti Claypot Mutton dimasak sendiri oleh Aunty T, menjadikan setiap hidangan terasa seperti masakan rumah penuh kasih.
Apa yang bermula dari dapur kecil di rumah akhirnya berkembang menjadi restoran dengan identiti tersendiri. Bukan mudah perjalanan itu, tetapi minat mendalam terhadap masakan membuatkan Aunty T terus bertahan.
Lebih menyentuh hati, impian membuka restoran sendiri menjadi nyata dengan dorongan anak-anak yang sentiasa menyokong. Sokongan keluarga menjadi tulang belakang kepada kejayaan ini.
Ketika pandemik dan PKP melanda, cabaran datang bertubi-tubi. Menu terpaksa diolah, jumlah pekerja dikurangkan, operasi diuji. Namun Aunty T’s kekal berdiri, dibantu komuniti pelanggan setia yang tidak pernah berhenti menyokong.
Menariknya, pengalaman di sini bukan hanya tentang makanan. Mencari Kedai Lejen membawa penonton merasai suasana santai restoran dengan live band dan live show Astro, menjadikan pengalaman menjamu selera lebih hidup.
Dalam episod kedua Mencari Kedai Lejen, penonton dibawa ke Port Dickson mengenali Rezeky Tomyam, restoran yang terkenal dengan rasa Thai asli.
Di sebalik menu popular seperti tomyam, shell out dan siakap 3 rasa, ada kisah besar seorang wanita hebat bernama Kak Tetoh.
Berhijrah dari Thailand, Kak Tetoh membawa bersama resipi warisan ibunya. Sejak umur 15 tahun, beliau sudah terbiasa memasak. Resipi asli inilah yang menjadi nadi restoran sehingga hari ini.
Namun perjalanan membina perniagaan bukan tanpa ujian.
Kak Tetoh diuji masalah kesihatan sehingga perlu menjalani dialisis tiga kali seminggu. Dalam masa sama, suaminya Alias, pengasas restoran juga mengalami masalah kesihatan.
Ketika ramai mungkin memilih menyerah, Kak Tetoh bangkit mengambil alih perniagaan bersama bantuan adik iparnya, Maliki yang sanggup berhenti kerja demi membantu keluarga.
Waktu Covid pula, ramai pekerja pulang ke kampung dan operasi semakin mencabar. Tetapi seperti semangat sebenar sebuah kedai lejen, mereka bertahan.
Itulah yang membuat Mencari Kedai Lejen ini menarik. Bukan sekadar bercerita tentang makanan sedap, tetapi perjuangan di belakang setiap pinggan yang dihidang.
Tambahan pula pengalaman di Rezeky Tomyam cukup unik. Dapat menikmati masakan Thai asli sambil layan drama, sukan dan hiburan Astro 24 jam di Port Dickson. Bukan sekadar makan, tapi satu pengalaman.
Apa yang menjadikan sesuatu restoran itu “lejen”? Bukan semata-mata menu yang viral. Tetapi orang yang menggerak di belakangnya.
Aunty T’s dan Rezeky Tomyam membuktikan kejayaan bisnes F&B bukan dibina sehari. Ia lahir daripada konsistensi, resipi yang dijaga, pelanggan setia dan semangat luar biasa.
Itulah kekuatan Mencari Kedai Lejen. Siri ini membuka mata bahawa di sebalik kedai makan yang kita singgah, mungkin ada cerita yang lebih besar daripada yang kita sangka.
Dan mungkin sebab itu kedai-kedai begini kekal dekat di hati pelanggan.
Kalau anda sukakan kisah inspirasi, makanan sedap dan cerita usahawan yang bangkit melawan cabaran, siri Mencari Kedai Lejen memang wajib masuk watchlist.
Nak tahu apa dia kedai-kedai lejen ni, jom strim siri Mencari Kedai Lejen di Youtube. Jika anda seorang pemilik perniagaan F&B, jom lejenkan bisnes anda dengan AstroBiz. Daftar dihttps://biz.astro.com.my/
Siapa tahu, bisnes anda mungkin kedai lejen seterusnya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sudah sampai ajalnya, dua anggota tentera maut apabila terkena bom ketika menjalani latihan di lapang sasar Kem Hobart, Gurun. Sedih dengan apa yang berlaku, namun tiada siapa mampu menolak takdir Allah.