Berstatus ibu tunggal, seorang pendaki wanita ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam Sungai Betis ketika melakukan aktiviti mendaki di Pos Balar, Gua Musang.
Sedikit ralat apabila berlaku kejadian seperti ini secara tiba-tiba, namun semuanya berlaku tanpa diduga dan para pendaki perlu lebih berhati-hati tidak kira sama ada perempuan atau lelaki.
Pendaki Wanita Maut Ketika Mendaki di Gua Musang
Menurut laporan portal Astro Awani, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, mangsa bersama sekumpulan 11 pendaki memulakan aktiviti pendakian pada 1 Mei lepas.
Ekspedisi pendakian berkenaan melibatkan kawasan Gunung Gerah, Gunung Bilah, dan Gunung Biyed.
Ads
“Kejadian dilaporkan berlaku pada 2 Mei, kira-kira 7.30 malam. Semasa melalui kawasan Sungai Betis dalam keadaan gelap, mangsa dipercayai tergelincir lalu terjatuh ke dalam sungai berkenaan,” katanya.
Tergelincir Jatuh Ke Dalam Sungai
Sik menjelaskan, ahli kumpulan pendaki berkenaan telah menjalankan usaha pencarian mangsa dengan segera, namun mangsa gagal ditemukan pada malam kejadian.
Ads
“Pada 3 Mei kira-kira 8 pagi, mangsa yang berusia 50-an dan berasal dari Kuala Lumpur itu ditemukan kira-kira 300 meter dari lokasi kejadian dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dipercayai telah meninggal dunia.
“Pihak polis telah menerima maklumat rasmi berhubung insiden kehilangan itu pada hari yang sama iaitu pada 3.21 petang.”
Susulan kejadian itu, Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang telah menyelaras Operasi Mencari dan Menyelamat yang turut melibatkan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bagi mengeluarkan mangsa.
Pasukan penyelamat terpaksa mengharungi perjalanan menggunakan kenderaan pacuan empat roda selama kira-kira empat jam, disusuli dengan berjalan kaki hampir 10 jam untuk sampai ke lokasi insiden.
“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat dibawa ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat,” katanya.
Apa pun, buat wanita-wanita yang suka sertai aktiviti mendaki, sebaiknya lebih menitikberatkan aspek keselamatan, membuat perancangan yang rapi serta menggunakan khidmat pemandu arah yang berpengalaman ketika melakukan aktiviti pendakian.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Niat awalnya nak ke sekolah, tetapi tiba-tiba motor yang dibonceng bertembung kereta guru di Kilometer 51.4 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai dekat Machang hari ini membuatkan hati seorang ibu luluh sehingga pengsan sebanyak empat kali selepas melihat anak-anaknya bergelimpangan di atas jalan.
Kejadian yang melibatkan Muhammad Muskir Rosli, 14 bersama adiknya, Mas Siti Rosnani, 7, termasuk dua anak saudara mereka iaitu Muhamad Hakikat Abdul Rahman, 9, dan Muhammad Zulhaqif Muhamad Zulkifli, 12, mengalami kecederaan parah selepas tercampak ke atas jalan raya.
Kakak kepada Muhammad Muskir dan Mas Siti Rosnani, Mas Asmah,19, berkata, ibunya, Hanita Yusoff, 48, bergegas ke lokasi kejadian selepas mendapat maklumat dua anak dan dua cucunya terlibat nahas.
Ibu sampai pengsan empat kali sebab tidak sanggup melihat keadaan adik-adik yang sudah bergelimpangan di atas jalan sehingga perlu dipapah ke dalam ambulans yang dinaiki Mas Siti Rosnani.
“Saya lihat adik kedua-dua adik saya dalam keadaan kritikal kerana mengalami cedera parah pada anggota badan.
“Dua lagi anak saudara turut mengalami cedera cedera parah pada bahagian paha. Mas Siti Rosnani yang merupakan anak bongsu daripada 14 beradik yang koma sudah dihantar ke Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM), Kubang Kerian kerana keadaannya dilaporkan kritikal,” katanya.
Mas Asmah memberitahu, Mas Siti Rosnani pada awalnya tidak ke sekolah hari ini dan mengubah fikirannya selepas dipujuk ibu, namun dia pergi ke sekolah dalam keadaan merajuk.
“Saya tidak menyangka keengganan adik untuk ke sekolah hari ini menjadi petanda kejadian buruk. Mereka berempat pergi ke sekolah setiap hari dengan menunggang motosikal milik ibu saya yang digunakan untuk ke kebun getah.
“Jarak rumah kami di Kampung Berangan Mek Nab, Machang kira-kira enam kilometer untuk ke Sekolah Kebangsaan Kampung Pek dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Intan,” katanya.
Menurut siasatan, kereta jenis Honda Jazz yang dipandu seorang guru wanita berusia 39 tahun sedang dalam perjalanan dari arah Machang menuju Kuala Krai.
Pada masa sama, motosikal Honda C100 yang datang dari arah bertentangan dipercayai secara tiba-tiba membelok ke kanan untuk masuk ke simpang sekolah sebelum bertembung dengan bahagian hadapan kanan kereta yang berada di laluan sah.
Akibat impak kuat, keempat-empat mangsa tercampak ke atas jalan dan mengalami kecederaan serius sebelum dikejarkan ke Hospital Machang, kemudian dirujuk ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk rawatan lanjut. Namun, pemandu kereta dilaporkan tidak mengalami kecederaan.
Insiden ini bukan sekadar kemalangan jalan raya, tetapi cerminan realiti membimbangkan apabila kanak-kanak dan remaja terdedah kepada risiko maut akibat budaya pemanduan tanpa kawalan serta pengabaian aspek keselamatan.
Tak mudah nak kekal bahagia dalam fasa perkahwinan, namun kali ini pelakon Hairul Azreen dan Hanis Zalikha mendedahkan kunci kebahagiaan mereka adalah dengan meletakkan fokus sepenuhnya kepada keluarga sendiri tanpa mempedulikan perihal orang lain.
Meniti fasa perkahwinan yang semakin matang, Hairul atau nama penuhnya Hairul Azreen Idris, 38, bersyukur kerana amalan komunikasi yang sihat berjaya mengelakkan mereka daripada berdepan konflik besar.
“Masalah rumah tangga alhamdulillah okey, asalkan kita ada komunikasi bagus sebab saya tak ambil tahu dan tidak tahu apa jadi dekat orang lain.
“Bagi saya jaga diri sendiri dan isteri, asalkan kalau ada benda yang salah faham kami berbincang.
“Tapi lebih banyak berkomunikasi yang bagus, susahlah ada gaduh-gaduh yang besar. Zaman ‘nak tak awak ‘couple’ (bercinta) dengan saya’, mungkin banyak bergaduh.
“Sekarang masing-masing dah faham tanggungjawab. Lebih fokus pada itu,” katanya.
Malah, pelakon filem Malbatt: Misi Bakara itu, asas utama dalam sesebuah hubungan bertitik tolak daripada elemen kejujuran, amanah dan tanggungjawab demi mengelak timbul rasa curiga.
“Yang paling penting, adalah kejujuran, amanah, tanggungjawab. Kalau kita tak ada benda ini, saya tak jujur dengan Hanis, dia pun tak percaya saya keluar training.
“Kalau Hanis keluar pergi kerja, saya pun tak percaya dia,” ujarnya lagi.
Disoal mengenai pandangan apabila ramai netizen menjadikan perkahwinannya sebagai rujukan, Hairul berharap perkara tersebut tidak dilakukan secara berlebih-lebihan.
“Janganlah (jadikan idola). Tak ada manusia yang sempurna, jadi setiap orang akan tahu macam mana nak buat yang terbaik untuk keluarga dia.
“Asalkan dua-dua menghargai satu sama lain. Macam Hanis, saya gembira tengok dia dengan Cakenis dan dia pun seronok tengok saya buat Hyrox.
“Jadi kami macam jatuh cinta lagi. Malah, dekat sana saya cakap dekat dia ‘I (nama panggilan Hairul) rasa macam nak mengurat you (Hanis) sekarang’.
“Dia pula cakap dekat saya bila lari nampak kacak sangat,” kongsinya.
Untuk rekod, Hairul dan Hanis sah bergelar suami isteri pada 5 Jun 2015. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Yusuf Iskandar, 10 dan Alisa Aisyah, 6.
Kisah pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, dilaporkan masih belum ditemui selepas dipercayai tersasar daripada laluan asal ketika menuruni Gunung Batu Putih, Perak.
Kehilangan ini berlaku dalam ekspedisi Trans Spencer Chapman, laluan hutan pergunungan yang melalui Pos Gedung, Gunung Bah Gading, Gunung Batu Putih dan dijangka keluar melalui Kuala Woh.
Gunung Batu Putih berketinggian kira-kira 2,132 meter, menjadikan laluan ini bukan laluan santai biasa, tetapi trek mencabar yang memerlukan stamina, pengalaman dan disiplin kumpulan yang tinggi.
Jaslinda bukan pendaki baharu. Menurut suaminya, Haszman Othman, 61, isterinya mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam aktiviti mendaki dan memang meminati aktiviti mencabar.
Beliau bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta dan bertolak dari kediaman mereka di Damansara, Selangor bersama dua rakannya untuk menyertai pendakian tersebut. Namun di sebalik laporan kehilangan ini, ada satu sisi kemanusiaan yang sangat menyentuh hati.
Sekitar jam 2 pagi, Jaslinda bersama 13 pendaki lain dan dua Malim Gunung Perhutanan memulakan ekspedisi melalui laluan Pos Gedung, Gunung Bah Gading, Gunung Batu Putih dan Kuala Woh.
Pada malam yang sama, seorang peserta lelaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan. Beliau dilaporkan sesak nafas dan berhenti berehat di Kem Batu Core bersama seorang malim gunung dan Jaslinda.
Di sinilah kisah ini menjadi lebih berat untuk dibaca.
Ketika seorang peserta sakit di tengah hutan, Jaslinda dilaporkan berada bersama peserta tersebut dan malim gunung. Dalam pendakian panjang, keputusan untuk berhenti bersama orang yang tidak sihat bukan perkara kecil. Ini boleh mengubah rentak perjalanan.
Tetapi pada saat itu, nilai kemanusiaan lebih besar daripada sekadar mengejar puncak.
Kadang-kadang kita nampak kekuatan seseorang bukan hanya ketika dia mampu sampai ke puncak, tetapi ketika dia sanggup berhenti untuk tidak membiarkan orang lain sakit seorang diri.
Pada pagi Ahad, Jaslinda dipercayai meneruskan pendakian ke puncak Gunung Batu Putih. Beliau kali terakhir berhubung dengan malim gunung sekitar jam 7.30 pagi.
Kedudukan terakhirnya dipercayai berada di kawasan puncak sekitar jam 9 pagi sebelum hubungan terputus.
Laluan turun sepatutnya menghala ke Kuala Woh. Namun berdasarkan maklumat awal pihak penyelamat, Jaslinda dipercayai mungkin telah tersasar daripada laluan asal ke arah Gunung Rayu atau Pos Musoh.
Seramai 12 pendaki lain dilaporkan berjaya keluar dengan selamat sekitar jam 1 tengah hari. Pada ketika itu, tumpuan operasi masih melibatkan dua perkara penting, iaitu menyelamatkan pendaki lelaki yang sakit dan mencari Jaslinda yang belum dikesan.
Pendaki lelaki yang mengalami masalah kesihatan, Mohd Hanafi, berjaya diselamatkan dan dihantar ke Hospital Tapah untuk rawatan.
Maksudnya, peserta yang sakit itu telah berjaya dibawa keluar. Selepas itu, tumpuan utama operasi diteruskan kepada usaha mencari Jaslinda.
Operasi mencari dan menyelamat bukan mudah. Pasukan SAR berdepan laluan curam, cuaca hujan, trek licin, awan tebal, komunikasi terhad dan bentuk muka bumi pergunungan yang mencabar.
Pasukan SAR menemui beberapa petunjuk baharu di laluan menuju Gunung Rayu. Antara yang dilaporkan ialah botol air, bungkusan suplemen, bekas suplemen, bungkusan gula-gula dan kesan tapak kaki yang dipercayai milik Jaslinda.
Penemuan itu memberi petunjuk bahawa Jaslinda mungkin telah bergerak keluar daripada laluan asal dan menuju ke arah Gunung Rayu. Kawasan pencarian kemudian difokuskan sekitar Kem Sukaneka, Gunung Rayu, Bukit Berapit dan arah Pos Musoh.
Operasi turut diperkuat dengan bantuan helikopter AW139, anggota tambahan, pasukan penyelamat yang bermalam di kawasan puncak serta penambahbaikan komunikasi melalui sistem GIRN di pos kawalan Kuala Woh.
Setakat laporan terakhir, operasi SAR masih diteruskan dengan tumpuan kepada laluan yang dipercayai mungkin dilalui Jaslinda selepas tersasar.
Status terkini, operasi pencarian darat dan udara masih digerakkan secara besar-besaran oleh pihak bomba, komando STORM, pihak Perhutanan, dan polis (PGA Bidor).
Setiap petunjuk kecil kini sangat penting. Satu tapak kaki, satu botol air, satu bungkusan makanan, satu laluan kecil – semuanya boleh menjadi arah yang membawa pasukan penyelamat semakin dekat.
Kisah ini bukan ruang untuk kita cepat menghukum. Ini ruang untuk kita sama-sama belajar bahawa hutan tidak pernah boleh dipandang ringan.
Pendaki berpengalaman pun boleh diuji. Laluan turun pun boleh mengelirukan. Saat tubuh letih, cuaca berubah dan kumpulan terpecah, keputusan kecil boleh menjadi sangat besar.
Hari ini, kita doakan Jaslinda ditemui dalam keadaan selamat.
Satu pesanan yang berguna daripada pelakon, Zila Bakarin buat golongan wanita yang terjebak dalam perkahwinan toksik. Belajar melepaskan dan jangan terus tunggu 'suasana' berubah.