
“Dah hon sejam, isu warga asing double park berulang lagi, wanita terkandas nak balik kampung beraya.
Kemeriahan Aidiladha seorang wanita, @yuizainiofficial bertukar menjadi tekanan apabila kenderaannya dihalang sebuah kereta milik warga asing yang diletakkan secara “double park” di Pangsapuri Sri Penara, Bandar Tasik Permaisuri Cheras semalam.
“Dah Hon Sejam!” Isu Warga Asing Double Park Berulang Lagi

Insiden tersebut tular di media sosial memaparkan dirinya sudah tidak mampu menahan sabar kerana tindakan ini bukan saja menyusahkan malah anak kecilnya sudah lama menunggu di dalam kenderaan.
“Hon sudah dibunyikan sejam. Dah ke guard dua kali namun tak membantu,” katanya yang turut berkongsi tangannya seakan menggigil kerana menahan amarah.
Jelasnya lagi, walau hon sudah dibunyikan lama tapi tiada siapa memberikan respon sehinggalah rakan kepada warga asing ini turun untuk mengalihkan kenderaan,” katanya yang memaklumkan bahawa warga asing ini turut menyewa di Blok B pangsapuri terbabit.
“Tangan aku dah menggigil ni menahan sabar dan marah. Selepas satu jam lebih aku menunggu, akhirnya kawan dia turun. Owner dia takut. Tapi masa ini aku dah baran dan suruh owner dia turun juga!!
View on Threads
Dirinya turut mempersoalkan bagaimana kenderaan yang tiada access card boleh memasuki pangsapuri terbabit kerana semua penduduk di sini dikehendaki membayar perkhidmatan tersebut.
Dalam video sama, wanita terbabit turut meluahkan rasa kecewa terhadap pengawal keselamatan yang didakwanya tidak membantu menyelesaikan situasi berkenaan walaupun dia sudah lama menunggu.
Dia turut mempersoalkan bagaimana kenderaan dipercayai milik warga asing itu boleh memasuki kawasan perumahan tanpa pelekat yang sepatutnya.
Anda mungkin berminat dengan
“Guard tak function,” katanya dalam nada kecewa.
View on Threads
Terdahulu, beberapa insiden melibatkan warga asing dan masalah parkir pernah menjadi perhatian ramai selepas tular di media sosial hingga mencetuskan perdebatan mengenai sikap penghuni serta tahap toleransi dalam komuniti kediaman.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

