Ads

Tip Tanam Pokok Kari Supaya Rimbun & Daun Lebat, Jangan Biar Tinggi Macam Tebu

tanam pokok kari

Ramai yang suka tanam pokok kari di rumah sebab mudah digunakan dalam masakan harian.

Nak buat kari ayam, sambal tumis, masak lemak atau goreng kunyit pun memang sedap kalau letak daun kari segar yang baru dipetik dari pokok sendiri.

Sebab itu sekarang makin ramai mencari tip tanam pokok kari terutama bagi yang tinggal di rumah taman atau apartmen dan hanya menggunakan pasu kecil di halaman rumah.

Namun masalah paling biasa berlaku bila pokok kari makin lama makin tinggi tetapi daunnya jarang dan tidak rimbun.

Ada yang sampai nampak macam pokok tebu.

Sebenarnya ada satu rahsia mudah yang ramai tak tahu dalam tip tanam pokok kari iaitu perlu rajin memotong bahagian pucuk pokok tersebut.

Kenapa Pokok Kari Cepat Tinggi Tapi Tak Rimbun?

Menurut perkongsian Syamimah Binti Ismail, ramai tidak sedar bahawa pokok kari secara semula jadi akan fokus membesar ke atas jika tidak dipangkas.

Sebab itu penting untuk memahami tip tanam pokok kari yang betul supaya pokok lebih rendah, rimbun dan mengeluarkan lebih banyak daun.

Apabila pucuk utama dipotong, tenaga pokok akan tertumpu kepada pertumbuhan cabang baharu di bahagian sisi.

Dari situ, pokok akan mula merimbun seperti bonsai kecil.

Ads

Rahsia Potong Pucuk Pokok Kari

Tip Tanam Pokok Kari Supaya Rimbun & Daun Lebat, Jangan Biar Tinggi Macam Tebu

Antara tip tanam pokok kari paling penting ialah memotong bahagian pucuk apabila pokok mula meninggi.

Tujuannya:

  • Elakkan pokok terlalu tinggi
  • Galakkan pertumbuhan cabang baharu
  • Jadikan pokok lebih rimbun
  • Tambahkan jumlah daun kari

Ramai yang takut nak potong sebab risau pokok mati.

Hakikatnya, lagi rajin trim pucuk, lagi cantik bentuk pokok kari tersebut.

Cara Potong Pucuk Yang Betul

Bagi yang baru belajar berkebun, sebenarnya cara ini sangat mudah.

Apabila pokok kari mula naik tinggi, potong sedikit bahagian paling atas menggunakan gunting tanaman yang bersih.

Ads

Dalam beberapa minggu, anda akan nampak tunas-tunas kecil mula tumbuh di tepi batang.

Inilah antara tip tanam pokok kari yang selalu diamalkan oleh mereka yang berjaya menghasilkan pokok kari rendang dan daun lebat.

Baja MSG Buat Daun Lebih Besar?

Selain teknik trim pucuk, ada juga petua tradisional yang dikongsikan untuk melebatkan daun pokok kari.

Menurut perkongsian tersebut, campuran baja MSG boleh membantu mempercepatkan pertumbuhan daun.

Caranya:

  • 1 sudu besar Ajinomoto
  • campur dengan 1 liter air
  • sembur pada pokok seminggu sekali

Selepas beberapa bulan, daun dikatakan menjadi lebih besar dan banyak.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Walaupun petua ini viral dalam komuniti berkebun, pengguna disarankan menggunakan dalam kuantiti sederhana.

Air Beras Pun Boleh Jadi Baja Organik

Satu lagi tip tanam pokok kari yang popular ialah menggunakan air beras dan sisa dapur sebagai baja organik.

Ramai suri rumah sebenarnya tidak sedar air basuhan beras mengandungi nutrien yang baik untuk tanaman.

Selain menjimatkan kos, cara ini juga lebih mesra alam.

Sisa dapur seperti kulit sayur dan kulit buah juga boleh dijadikan kompos untuk menyuburkan pokok kari.

Pokok Kari Sesuai Tanam Dalam Pasu

Tip Tanam Pokok Kari Supaya Rimbun & Daun Lebat, Jangan Biar Tinggi Macam Tebu

Ramai sangka pokok kari perlu kawasan besar untuk hidup subur.

Sebenarnya pokok ini sangat sesuai ditanam dalam pasu asalkan:

  • dapat cahaya matahari mencukupi
  • disiram secara konsisten
  • tanah tidak terlalu keras
  • pasu mempunyai sistem saliran baik

Sebab itu ramai wanita sekarang mula menjadikan aktiviti berkebun sebagai terapi di rumah. Selain dapat berjimat, seronok juga bila boleh petik daun segar sendiri untuk memasak.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Dr Asyraf Wajdi Tegas Pelajar Tahfiz Mampu Jadi Juruterbang, 221 Huffaz...

Dr Asyraf Wajdi Tegas Pelajar Tahfiz Mampu Jadi Juruterbang,