Minyak angin gantikan bunga dan pen, hadiah hari guru paling ‘rare’ buat cikgu BM ini. Jika kebiasaannya guru menerima bunga atau pen sempena Hari Guru, lain pula kisah seorang guru Bahasa Melayu ini yang mendapat hadiah tak dijangka, sebotol minyak angin cap kapak daripada salah seorang muridnya.
Minyak Angin Gantikan Bunga Dan Pen, Hadiah Hari Guru Paling ‘Rare’ Buat Cikgu BM Ini
Fatin Nur Farhana Ruslan, yang sudah empat tahun mengajar, menganggap pemberian itu sebagai pengalaman luar biasa dalam kerjayanya sebagai pendidik. Malah, beliau tidak menyangka video ringkas tentang hadiah tersebut yang dimuat naik ke TikTok menjadi tular dan mencetuskan pelbagai reaksi lucu serta positif daripada warga maya.
“Video itu sebenarnya dirakam tahun lepas, tapi baru saya kongsikan di media sosial sebab Hari Guru jatuh pada Jumaat ini, 16 Mei. Saya fikir, mungkin boleh beri inspirasi kepada murid dan ibu bapa tentang idea hadiah yang lain daripada biasa,” katanya.
Rakaman berdurasi 22 saat itu memaparkan seorang murid lelaki berbangsa Cina memberikan minyak angin cap kapak kepada cikgunya sebagai hadiah Hari Guru. Aksinya yang bersahaja membuat ramai tersenyum, dan ada yang menyifatkan ia sebagai hadiah yang amat berguna terutamanya buat guru yang penat berdiri dan bercakap seharian di kelas.
Ads
Fatin turut berkongsi bahawa bukan beliau sahaja yang menerima hadiah istimewa itu, malah guru-guru lain yang mengajar murid tersebut turut mendapat minyak angin yang sama.
“Saya beritahu murid itu yang videonya dah viral, dan dia sangat teruja! Katanya, tahun ini dia nak beri hadiah serupa tapi dengan jenis minyak angin yang berbeza. Siap rancang nak rakam video baru pula,” tambah Fatin dengan nada terhibur.
Ads
Walaupun dianggap ‘simple’, Fatin mengakui hadiah itu sangat praktikal dan dihargai oleh guru-guru.
Fatin juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua pendidik dan berharap sambutan ini terus menyuntik semangat buat guru-guru untuk terus mengajar dengan penuh dedikasi dan kasih sayang.
Saharul Ridzwan jual kereta honda milik isteri. Sebelum ini ramai yang berasa sebak apabila pelakon Saharul Ridzwan mendedahkan dirinya terpaksa menjual kereta milik isterinya, Deena Amir.
Ternyata perkongsian tersebut sangat menyentuh hati warganet. Apatah lagi kenderaan jenis Honda Jazz itu sangat istimewa sementelah ia hadiah ulang tahun keempat perkahwinannya dengan Deena.
Saharul telah berkahwin dengan Deena atau nama penuhnya Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir pada 16 September 2016.
Hasil perkongsian hidup, pasangan bahagia itu diserikan dengan kehadiran tiga orang anak iaitu Muhammad Luth Ali, 8, Fateema Azzahra, 5, dan Khadijah Alkubraa, 2.
Untuk rekod sebelum ini Saharul menjual aset-aset peribadi lain seperti kereta Mercedes Benz dan sebuah kondominium di Cyberjaya pada tahun lalu.
Perkara itu dilakukan untuk mengurangkan beban kewangan dan kestabilan keluarga.
Terbaru menerusi perkongsian video Instagram akaun @rd_garage_ dan @fglmotorsports, wakil jualan kenderaan berkenaan menerusi laman sosial Instagram Saharul beralih kepada Kenderaan Serba Guna (MPV).
Tidak lagi memilih kenderaan jenis sedan atau hatchback, Shaharul membeli sebuah Toyota Alphard baharu.
“Terima kasih atas kepercayaan, Saharul Ridzwan ! Hari penyerahan yang cukup bermakna bersama seorang gentleman sejati, soft spoken dan family man yang saya hormati.
“Bukan kali pertama berurusan, tapi setiap kali tetap rasa istimewa. Semoga kenderaan baru ini membawa lebih banyak momen indah bersama keluarga tercinta!” kongsi akaun @rd_garage_ dan @fglmotorsports.
Pada video tersebut Saharul dilihat bersama isteri dan anak-anak di bilik pameran kereta untuk mengambil kenderaan baharu mereka.
Video tersebut juga jelas memaparkan kegembiraan mereka anak-beranak menerima kenderaan baharu dibeli.
Kata Saharul, dirinya terdahulu berminat dengan Toyota Voxy sebelum memilih Toyota Alphard.
“Dulu masa saya tolak (jual) Mercedes, saya tanya Toyota Voxy.
“Selepas setahun, Alhamdulillah ALLAH beri rezeki. Rezeki anak-anak,” katanya.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Zehra Zambri sedia ‘dilepaskan’. Penyanyi Zehra Zambri telah menfailkan perceraian secara ‘fast track’ terhadap suaminya Nur Muhd. Iqwan Samsudin selepas mendakwa selama tiga tahun telah berkorban mempertahankan rumah tangganya sehingga memberikan kesan terhadap mentalnya.
Untuk rekod sebelum ini mereka telah berkahwin pada 10 November 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan berusia dua tahun.
Sebelum itu, Zehra pernah berkahwin dengan Wan Muhammad Nurhariz Hariri Wan Mohd Effendi pada 14 Oktober 2017, namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama enam bulan sebelum bercerai pada April 2018. Iqwan juga pernah mendirikan rummah tangga dan memiliki dua cahaya mata.
Seperti mana yang dilaporkan suami Zehra sebelum ini Iqwan berkongsi lima tuntutan difailkan Zehra pada 7 Mac lalu iaitu tiada lagi persefahaman antara mereka, culas menjalankan tanggungjawab, sikap, pengabaian serta institusi perkahwinan sudah tidak dapat diselamatkan.
Zehra pula menyatakan kini dirinya sudah tinggal berasingan dengan suami sejak duaminggu lalu.
“Saya sudah dua minggu tinggal di rumah keluarga saya iaitu sejak kenyataan yang dikeluarkannya di media sosial, manakala minggu lalu pula dia sudah bawa barang peribadinya keluar rumah.
“Kalau betul hasrat dia (lafazkan talak) hari ini, saya alhamdulillah sahaja. Lagipun perkara ini sudah lama berlarutan,” ujar Zehra seperti mana dipetik Kosmo Online.
Zehra juga menegaskan dirinya akan meneruskan saman fitnah atas tuduhan dilemparkan suaminya.
“Saya kesal dengan tindakan suami yang memilih untuk menjadikan isu rumah tangga ini sebagai bahan tatapan umum melalui pelbagai platform media sosial dan portal hiburan.
“Tindakan tersebut bukan sahaja mengaibkan saya sebagai isterinya tetapi juga memberi kesan buruk terhadap reputasi serta kerjaya saya sebagai anak seni.
“Jangan jadikan hal perkahwinan kami sebagai bahan cercaan. Menang di mata netizen tidak ke mana. Sebagai isteri saya sahaja yang tahu sisi baik dan buruknya,” sambung Zehra.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Pelakon dan pengacara Elfira Loy berasa terharu dan dihargai kerana dijemput oleh produk kecantikan dan kosmetik, Wardah Beauty untuk menyaksikan momen bersejarah di Doha, Qatar.
Menurut Elfira, tujuan dia ke sana bagi menyaksikan kerjasama global yang berimpak tinggi antara Paragon Wardah dan Al Mujadilah iaitu sebuah pusat pembelajaran perintis dan masjid pertama di rantau ini yang dibina khusus untuk wanita Muslim.
“Saya benar-benar merasa dihormati kerana berpeluang terbang ke Doha, Qatar, untuk menyaksikan kerjasama global yang berimpak tinggi antara Paragon Wardah dan Al Mujadilah iaitu sebuah pusat pembelajaran perintis dan masjid pertama di rantau ini yang dibina khusus untuk wanita Muslim, sekaligus menghubungkan iman dan kepimpinan global.
Kata Elfira, 31, dia sangat terinspirasi dengan kata-kata yang disampaikan oleh ahli panel hebat ketika perbincangan mengenai topik kepimpinan wanita.
“Mendengar panel-panel hebat berbincang tentang kepimpinan wanita benar-benar memberi inspirasi dan mencetuskan pemikiran. Pandangan mereka membuatkan saya meremang dan memberi saya visi baharu untuk masa depan.
Dalam masa sama, pemilik nama Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri turut tersentuh dengan hujah daripada Ibu Retno yang menekankan bahawa pendidikan kepada wanita memberi impak yang besar bukan sahaja kepada dirinya, tetapi juga kepada keluarga, komuniti, dan masyarakat.
“Ibu Retno mengingatkan bahawa “apabila kita mendidik seorang wanita, kita mendidik satu generasi.”
“Dr. Siddiqi memberi galakan untuk “pilih musimmu” iaitu mengingatkan kita bahawa kita tidak perlu lakukan semuanya sekaligus. “Pilih musimmu” untuk menjadi ibu terbaik? Kakak terbaik? Atau pemimpin terbaik? Ambil masa kamu sendiri.
“Dan yang paling saya suka, Dr. Sari berkata bahawa apa sahaja yang dia lakukan, keinginannya adalah supaya diberkati (barakah).
Ibu kepada dua cahayamata turut berkongsi keterujaannya itu melalui laman Instagram miliknya.
Sementara itu, EVP dan Ketua Pegawai Perniagaan Global ParagonCorp, Amalia Sarah Santi berkata, dalam surah Al Mujadilah, suara perempuan bukan hanya didengar, tetapi juga dimuliakan.
“Meninggikan suara bukanlah tanda kehilangan rasa malu, tetapi adalah perbuatan keimanan. Dalam usaha menyumbang kepada dunia, kita kembali kepada fitrah kita, berpandukan petunjuk-Nya, sebagai cerminan tulen siapa kita yang sebenar.
“Bersama Al Mujadilah, kolaborasi ini akan melahirkan program-program konkrit seperti membina ekosistem global untuk wanita berkembang dan memberi impak.
Kata Amalia, ada dua bentuk kerjasama yang bakal dilaksanakan iaitu pembangunan dan pelaksanaan program pembangunan kapasiti bagi wanita yang sejajar dengan visi dan misi bersama, khususnya dalam pembangunan kepimpinan.
Selain itu, pertukaran informasi, pengetahuan, jaringan, dan narasumber untuk penyelidikan, pembelajaran, pengajaran, dan pemerkasaan program.
Di samping itu, Dewi Sandra iaitu Duta Jenama Paragon Wardah menyifatkan setiap wanita ada ceritanya, dan setiap suara memiliki kuasa.
Dalam acara ini turut diadakan Dialog Kepimpinan Wanita Global bertemakan “Leading with Purpose: Women in Faith, Business, and Global Policy.” Forum ini menjadi platform yang signifikan untuk meneroka peranan wanita dalam usaha membangunkan masyarakat yang lebih inklusif dan lestari.
Dialog ini menampilkan penceramah ternama seperti Dr. Sohaira Siddiqui, H.E Retno Marsudi dan Dr. Sari Chairunnisa. Sesi ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh isteri Duta Besar Indonesia ke Qatar, Lita Kardatin Hassan dan dimoderatorkan oleh Dewi Sandra.
Dalam sesi sama juga diumumkan pelantikan Dr. Sohaira Siddiqui sebagai Ahli Lembaga Paragon Wardah Stewardship for Global Impact.
ParagonCorp iaitu syarikat kecantikan terbesar di Indonesia melalui jenama utamanya, Wardah, mengambil langkah besar untuk memperluas peranannya di peringkat global dengan menjalin kerjasama strategik bersama Al Mujadilah Women Center, ahli Qatar Foundation.
Kerjasama ini dimeterai melalui majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani oleh Dr. Sohaira Siddiqui, Pengarah Eksekutif Al Mujadilah Center, dan Amalia Sarah Santi, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Perniagaan Global ParagonCorp.
Majlis ini turut disaksikan oleh YBhg. H.E. Retno Marsudi, Menteri Luar Negeri Indonesia (2014–2024) merangkap Ahli Lembaga Paragon Wardah Stewardship of Global Impact, serta Dr. Sari Chairunnisa, Sp.KK,FINSDV, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif ParagonCorp di Al Mujadilah Women Center, Doha, Qatar, pada 18 Mei lalu.
MoU ini merupakan langkah strategik dalam usaha memperkukuh peranan wanita berimpak di seluruh dunia.
Paragon Wardah terus komited memperjuangkan kemajuan peranan wanita melalui pelbagai inisiatif seperti Women Space, House of W – Women, Wisdom, Wardah, dan program-program pembelajaran, kepimpinan serta sosial di Indonesia, Malaysia dan peringkat antarabangsa.
Salah satu program unggulannya ialah Ri’āya Young Adult Stewardship Programoleh Al Mujadilah Women Center.
Mengimbas kembali peristiwa menyayat hati, tiada siapa menyangka sebuah pertengkaran yang bermula kerana masalah duit akhirnya meragut nyawa seorang ibu kepada tujuh orang anak.