Guru kongsi kisah sedih, pelajar meninggal dunia, tak sempat tengok keputusan SPM. Seorang guru berkongsi kisah menyentuh hati mengenai bekas anak muridnya yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman selepas menjalani pembedahan apendiks, hanya beberapa hari sebelum keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 diumumkan pada hari Khamis.
Guru Kongsi Kisah Sedih, Pelajar Meninggal Dunia, Tak Sempat Tengok Keputusan SPM
Guru berkenaan, Muslim Ismail, menyatakan bahawa pelajar tersebut pernah kerap tidak hadir ke sekolah semasa berada di Tingkatan Empat, sehingga hampir dikenakan tindakan buang sekolah.
Namun, hasil usaha berterusan daripada guru-guru dan kaunselor yang tidak putus asa memotivasikan pelajar itu, akhirnya dia kembali meneruskan persekolahan.
“HARI INI DIA DAPAT A- UNTUK SUBJEK LANDSKAP DAN NURSERI, TETAPI AKU TAK BERPELUANG NAK UCAPKAN TAHNIAH SECARA BERDEPAN.
“DIA TELAH PERGI MENINGGALKAN KITA ISNIN LALU AKIBAT JANGKITAN SELEPAS PEMBEDAHAN APENDIKS,” TULIS MUSLIM DALAM SATU HANTARAN DI FACEBOOK.
Menurutnya lagi, walaupun pelajar tersebut tidak pernah lulus dalam subjek berkenaan, dia tetap menunjukkan kesungguhan dan rajin melaksanakan tugasan yang diberikan.
Ads
Pelajar itu juga didapati mempunyai kesukaran dalam aspek pemahaman dan daya ingatan, yang menyebabkan dia ketinggalan dalam pelajaran berbanding rakan-rakannya.
“Dia bukan pelajar yang sempurna, tapi dia sentiasa cuba. Aku tak pernah marah sebab aku tahu batas keupayaannya. Kadang-kadang, bila dia tertinggal bas selepas tuisyen, aku akan hantar dia pulang dan sempat beri kata-kata semangat.
“Mungkin alam persekolahan terlalu mencabar untuknya – dunia akademik yang penuh dengan tekanan dan perbandingan membuatkan dia merasa terasing. Tapi dia suka menyanyi.
Ads
“Sebab itu aku masukkan dia dalam kumpulan puisi dan lagu sekolah. Walaupun kami tak menang, dia mula seronok datang ke sekolah, mungkin kerana dia rasa dirinya dihargai,” tambah Muslim.
Abby dedah perkahwinan dengan Norman terbina dek kerana lelaki itu kecewa dengan wanita lain.
Konflik keluarga Abby Abadi belum berkesudahan, terbaru pelakon itu mendedahkan perkahwinannya dengan bekas suami Norman Hakim terbina kerana lelaki itu kecewa dengan wanita lain.
“Saya rasa Norman bukan nak sangat kahwin dengan saya, mungkin dia tidak sengaja.
“Ketika itu dia ‘frust’ (kecewa) dengan orang lain tetapi tiba-tiba dia kahwin dengan saya.
“Saya kahwin dengan dia selama tujuh tahun sahaja tetapi kami memiliki tiga orang anak,” kongsi Abby menerusi perkongsian di siaran langsung media sosialnya.
Sejak beberapa hari, Abby sangat lantang berbicara tentang isu nafkah tiga anaknya bersama Norman. Malah Abby juga mendakwa Norman mengabaikan tanggungjawab terhadap tiga anak mereka. Dirinya juga akui tidak akan berbaik kembali dengan Norman kerana sikap lepas tangan bekas suaminya itu.
“Norman memang melepaskan dirinya hingga sekarang, jadi saya rasa tiada sebab untuk berbaik, tiada keperluan. Saya baik pun orang ambil kesempatan.
“Kalau dapat putarkan masa, saya nak jaga sendiri anak saya. Tak perlu libatkan orang lain atau beri peluang kedua.
“Saya marah Marissa dia akan lari ke keluarga Norman.
“Lagi senang kalau dengan saya sebab kalau marah budak, dia tak pergi tempat lain.
“Bila ada anak pilihan dia tak dengar cakap kita, kalau kena marah dia suruh bapa dia lari,” luah Abby.
Sambung Abby lagi, Norman juga enggan peduli hal anak-anak mereka ketika awal perceraian mereka.
“Norman tidak kisah dengan apa yang Marissa buat, dia tak pernah marah, tampar atau pukul Marissa. Benda itu tidak berlaku.
“Selepas bercerai anak-anak semua dengan saya dan Norman tidak pernah ambil untuk jaga.
“Datang jumpa pun macam orang luar. Jenguk-jenguk sahaja,” sambungnya lagi.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kejutan sempena hari jadi ke-47, Noorkhiriah terima kejutan daripada suami. Pelakon senior yang terkenal dengan drama air mata, Noorkhiriah kini genap berusia 47 tahun. Isteri dan ibu kepada tiga orang anak itu terkejut dengan hadiah yang diberikan oleh suaminya, Azfaizul Ahtan.
Mana tidaknya, Noorkhiriah dihadiahkan set kain kafan daripada suaminya. Namun ibu kepada tiga anak itu berlapang dada dengan hadiah yang diikat dengan reben berwarna merah.
“Saya nak pergi jalani penggambaran, sekali pandang belakang. Kain kafan hadiah hari jadi dari suami.
“Siap dengan riben. Saya terima,” tulis Noorkhiriah di hantaran Instagram miliknya.
Menurut Noorkhiriah hadiah tersebut merupakan simbolik memperingati hari kematian, satu detik pasti bagi umat manusia yang hidup di dunia ini.
“Terima kasih atas hadiah ini. Makan dalam Pa. Halus permainan ini. Dahla hari ini penggambaran di kubur.
“Tahniah sebab kita semakin dekat dengan kematian,” jelas pelakon yang kini sedang hangat menerusi drama Seribu Tahun.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ganjaran buat pelajar cemerlang straight A dalam SPM 2024. Semalam telah diumumkan keputusan peperiksaan SPM 2024. Tahniah pada pelajar-pelajar yang berjaya. Bagi mengiktiraf pelajar cemerlang sebuah majlis penuh makna telah berlangsung di Bangi Resort Hotel sempena pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024, di mana pihak PTTI tampil dengan inisiatif berani dan berinspirasi dalam meraikan kecemerlangan para pelajar.
Majlis yang disertai oleh ibu bapa, rakan media, guru-guru dan tetamu kehormat termasuk artis popular Bella Astilah dan Nabila Razali, menjadi saksi kepada pelancaran beberapa program penting oleh institusi pendidikan yang kian kukuh dalam sistem sokongan akademik negara ini.
Pada majlis ini insentif tunai sebanyak RM500 diberikan kepada setiap pelajar yang berjaya meraih keputusan straight A dalam SPM 2024.
Ganjaran ini merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan PTTI untuk menghargai usaha luar biasa pelajar-pelajar yang menunjukkan prestasi akademik cemerlang, sekaligus menggalakkan semangat persaingan sihat dalam kalangan pelajar untuk terus menambah baik pencapaian mereka.
Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Puan Siti Farhana Abu Osman, menyatakan bahawa pemberian insentif ini bukan sekadar bentuk penghargaan tetapi simbol harapan dan pengiktirafan. Menurut beliau, setiap kejayaan pelajar tidak boleh dipandang remeh dan perlu diraikan dengan sewajarnya kerana setiap A yang diperoleh adalah hasil perjuangan yang panjang.
“Kami percaya bahawa setiap kejayaan perlu diraikan. RM500 ini bukan sekadar ganjaran, tetapi simbol pengiktirafan terhadap usaha luar biasa pelajar-pelajar kami. Ini juga menjadi pemangkin semangat untuk mereka terus melangkah jauh,” ujarnya.
Namun PTTI tidak hanya berhenti pada meraikan pencapaian semata-mata. Dalam majlis yang sama, satu langkah strategik jangka panjang diumumkan dengan pelancaran unit penasihat pendidikan khas yang dikenali sebagai PTTI EduConsult. Penubuhan unit ini hadir tepat pada masanya bagi memenuhi keperluan pelajar lepasan SPM yang masih mencari arah dan laluan terbaik untuk melanjutkan pelajaran.
PTTI EduConsult dibangunkan sebagai platform bimbingan dan perundingan pendidikan yang komprehensif. Unit ini bakal menjadi rakan strategik kepada pelajar dan ibu bapa dalam merancang masa depan pendidikan sama ada di peringkat diploma, ijazah atau pengajian ke luar negara.
Menyedari bahawa ramai pelajar berdepan kekeliruan selepas menamatkan SPM, PTTI melihat keperluan untuk menyediakan ruang rundingan yang profesional dan mesra pelajar agar mereka dapat membuat pilihan yang sesuai dengan minat, potensi, serta keperluan pasaran kerja masa depan.
“Ramai pelajar berdepan kekeliruan selepas SPM – tak pasti jurusan apa nak ambil, di mana nak sambung belajar. Di sinilah PTTI EduConsult berperanan. Kami menjadi rakan pendidikan yang dipercayai, membantu pelajar dan ibu bapa memilih bidang berdasarkan minat, kebolehan dan prospek kerjaya,” jelas Puan Farhana dalam sesi pelancaran yang turut dihadiri wakil-wakil EduConsult yang bersedia untuk memberi penerangan terus kepada ibu bapa dan pelajar.
PTTI turut mengumumkan satu lagi acara besar bakal berlangsung pada bulan Mei 2025 – Majlis Anugerah Inspirasi SPM, yang dikhususkan bukan sahaja untuk pelajar yang mendapat keputusan tertinggi tetapi juga untuk mereka yang menunjukkan peningkatan luar biasa dalam keputusan mereka. Pelajar yang berjaya melonjakkan gred dari gagal ke A, atau dari D dan C kepada gred A, akan turut diberi penghargaan atas usaha gigih dan peningkatan yang luar biasa ini.
Puan Farhana menekankan bahawa nilai yang dibawa oleh PTTI bukan sekadar pencapaian akademik semata-mata, tetapi juga perkembangan dan peningkatan individu. Di bawah bimbingan guru-guru PTTI yang berpengalaman dan berdedikasi, pelajar bukan sahaja dibekalkan ilmu pengetahuan, tetapi juga dibina keyakinan, disiplin dan motivasi untuk berjaya.
Dalam semangat untuk membantu pelajar menghadapi SPM 2025 dengan lebih bersedia, PTTI turut memperkenalkan satu lagi inisiatif istimewa – seminar percuma selama lima hari bertajuk “Gelombang Gagal ke Straight A”. Seminar ini direka khusus untuk memberi peluang kepada pelajar Batch 08 (SPM 2025) mempelajari teknik pembelajaran, formula kejayaan dan strategi mengatasi kelemahan, berdasarkan pendekatan unik yang terbukti berkesan dalam ekosistem PTTI.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!