Isteri berjoget di media sosial, suami jangan ‘teragak-agak’ nak tegur suruh stop buat. Seorang isteri seharusnya membantu suami agar tidak menjadi lelaki yang dayus. Ramai suami berasa serba salah untuk menegur, bimbang teguran itu mencetuskan pertengkaran, terutamanya pada musim perayaan. Akhirnya, perkara yang tidak elok itu dibiarkan berlarutan.
Isteri Berjoget Di Media Sosial, Suami Jangan ‘Teragak-agak’ Nak Tegur Suruh Stop Buat
Hakikatnya, apabila wanita menginginkan sesuatu, mereka seringkali hadir dengan hujah yang panjang dan kukuh, hingga sukar bagi suami untuk membantahnya. Semoga kita tidak menjadi isteri yang secara tidak sedar melemahkan sifat qawwam (kepimpinan dan kekuatan) dalam diri suami.
Fitrah seorang isteri ialah suka dibimbing dan dididik oleh suami, kerana daripada bimbingan itu, lahir rasa selamat, dihargai dan diberi perhatian.
Berikut perkongsian daripada Dr. Ahmad Sanusi Azmi pensyarah, fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah
Suami Menegur Isteri Yang Berjoget
1. Telah menjadi trend terkini ahli keluarga menari-nari lalu dimuat-naik di media sosial. Tambahan pula yang melakukannya itu adalah kaum wanita, lalu disaksikan oleh yang lelaki tanpa rasa malu.
2. Amat jelek sekali sekiranya suami sendiri reda si isteri melakukan tarian untuk dipamerkan pada khalayak. Rasulullah mendidik suami agar menegur isteri andai mereka melakukan kemungkaran.
“Siapakah dia dayus itu? Maka Nabi ﷺ menjawab: (Lelaki) yang memudahkan buat ahli keluarganya melakukan kejahatan (maksiat).” (al-Baihaqi, al-Asma wa al-Sifat)
3. Begitu juga Rasulullah memerintahkan isteri Baginda agar memakai hijab sekalipun di hadapan seorang yang buta. Saranan ini diucapkan kepada Saidatina Ummu Salamah dan Saidatina Maimunah apabila datang seorang buta ke rumah Baginda.
“Hendaklah kamu berdua memakai hijab.” Lalu isteri Baginda berkata: “Bukankah dia seorang yang buta wahai Rasulullah? Dan dia tidak boleh melihat kami.” Lalu Rasulullah menjelaskan: Bukankah kamu berdua boleh melihat dia? (HR al-Tirmizi)
4. Bayangkan, dengan lelaki buta sekali pun, Rasulullah memerintahkan isteri Baginda memakai hijab dan menjaga penampilan, inikan pula dihadapan jutaan mata yang menonton di media sosial.
Ads
5. Apa yang lebih membimbangkan sekiranya video upacara sebegini menjadi perhatian kepada anak-anak muda yang masih bersekolah sehingga mereka terkeliru dalam merasakan perbuatan tersebut boleh dipraktikkan.
6. Bukankah kita tidak mahu menjadi pencetus kepada kemungkaran.
Sabda Rasulullah:
وَمَن سَنَّ في الإسْلَامِ سُنَّةً سَيِّئَةً، كانَ عليه وِزْرُهَا وَوِزْرُ مَن عَمِلَ بهَا مِن بَعْدِهِ
“Dan barangsiapa yang melakukan perlakuan jahat di dalam Islam, sehingga diikuti oleh orang lain, maka dia beroleh dosa dan menanggung dosa mereka yang melakukan perbuatan tersebut.” (HR Muslim).
Ads
7. Nasihat ini hanyalah berpandukan kepada al-Quran dan Sunnah Rasulullah demi kebaikan sesama muslim. Semoga Allah membimbing kita.
Hero Filem Darah Satria, Aman Shah telah kembali kerahmatullah pada usia 68 tahun.
Salam takziah diucapkan kepada keluarga pelakon dan penyanyi yang popular pada era 80an, Aman Shah yang telah menghembuskan nafas terakhir pada 2.15 petang tadi.
Hero Filem Darah Satria, Aman Shah Kembali Kerahmatullah
Seperti mana yang dimaklumkan oleh Setiausha Agung Seniman Hafiz Nafiah menerusi kiriman di aplikasi Whatsapp menerangkan khabar duka itu.
“Dukacita dimaklumkan bahawa seorang lagi permata seni hiburan tanah air popular Aman Shah bin Abu Kassim telah kembali kerahmatullah pada jam 2.15 petang tadi di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur di usia 68 tahun.
“Beliau dilahirkan pada tahun 1954 di Johor Bahru, beliau merupakan pelakon & penyanyi sejak 1979 dan mengikat kontrak dengan syarikat rakaman EMI pada tahun 1980 hingga 1987.
“Antara filem lakonan beliau adalah Darah Satria, Azura, Aku Bukan Gila dan banyak lagi drama-drama lakonan beliau.
“Jenazah beliau kini berada di IJN untuk urusan postmortem dan akan dibawa terus ke Masjid Al-Mukhlisin, Alam Damai Cheras untuk disolatkan dan dijangka dikebumikan ditanah Perkuburan Alam Damai pada malam ini.
“Seluruh Kepimpinan Tertinggi dan Barisan Exco Seniman Malaysia mengucapkan Takziah buat ahli keluarga dan semoga tabah hadapi ujian Ini,” tulis Hafiz Nafiah.
Ngeri kalau dengar kes vape meletup dalam poket seluar. Tetapi berbeza semalam viral di media sosial sekeping gambar kesan meletup yang dimuat naikkan oleh Puan Hidayah Razak, apabila bateri simpanan meletup di dalam poket seluar suaminya.
Akibat dari kejadian itu, mangsa telah mengalami melecur tahap dua dan tiga. Tulisnya bukan vape yang jadi punca meletup tetapi benda lain yang ada dalam poket seluar suaminya. Ikuti perkongsiannya…
Bajet Vape Tapi Tak Sangka Rupanya…
Menurutnya dia sendiri tak bajet bateri vape itu boleh meletup secara tiba-tiba di sebuah klinik, tetapi apabila tahu puncanya dia mengingatkan agar orang ramai boleh berhati-hati letak barang dalam poket seluar.
“Dugaan Allah buat kami suami isteri.
Belum sampai seminggu discharge, semalam Allah uji lagi. Terpaksa berkampung kat Hospital Ipoh pula sebab suami burn stage 2 and stage 3.
Kejadian berlaku semalam dalam pukul 2.30pm masa kami tengah tunggu turn follow up appointment di klinik O&G Hospital Taiping. Tiba-tiba ada benda meletup dari poket kanan dia.
Mula-mula memang kami dah suspect tu vape yang meletup. Tapi tengok-tengok vape duk elok lagi tak terjejas.
Rupa-rupanya yang meletup tu bateri spare vape (duduk di luar vape) bukan vape yg meletup mcm yg kami sangka.
1 klinik terkejut sebab bunyi meletup tu agak kuat. Suami cepat-cepat buka seluar dan padamkan api kat situ. 2 jari tangan kanan burn stage 2, peha dan punggung kanan ada beberapa bahagian stage 2 dan stage 3.
Nurse terus call ambulance bawa ke emergency. Yelah, takkan nak pegi emergency jalan kaki kan walaupun dekat. Dalam 15min tunggu, ambulance pun sampai.
Ingatkan warded hospital taiping je lah, rupa-rupanya doc pakar bahagian kebakaran ada kat hospital ipoh sahaja. Berhuhu la kami laki bini naik ambulance ke hospital ipoh pulak.”
Terus Trauma, Mohon Beringat
Walaupun vape itu bukan puncanya, namun pasangan ini agak trauma dengan apa kejadian ini. Sebenarnya nak guna tak salah tetapi pastikan anda tahu cara nak simpan dengan betul.
“Natijahnya dari kejadian, walaupun vape masih dalam keadaan elok kami tak berani nak pegang vape tu sebab trauma.
Semalam masa nak kutip barang-barang pun jenuh berlapik tebal-tebal nak kutip vape, terus masuk dalam plastik sampah. Trauma oii walaupun bateri sahaja yg meletup.
Kawan-kawan, doakan kami kuat dan tabah hadapi ujian ni.
Lesson learned. Jangan letak apa-apa bateri bersama apa-apa kunci pun. Power bank ke apa ke, sama je. Inilah natijahnya. Vape tak salah. Bateri tak salah. Tapi cara penyimpanan/ penjagaan yang salah.”
Nota:
Vape suami saya masih dalam keadaan elok, bateri spare sahaja yang meletup sebab spark yang terhasil dari bateri + kunci kereta yang ada dalam poket seluar.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Berita baik buat pemilik kucing. Sebenarnya senang sahaja jika hendak buat makanan kucing sendiri, tidak perlukan bahan yang rumit mahupun perlukan masa yang banyak, malah lebih menjimatkan.Iyalah, kalau nak beli pun wet food selalu boleh tahan juga harganya.Baik buat sendiri, lebih terjamin selamat dan bebas pengawet.Lebih menarik resipi ini mempunyai campuran sayur-sayuran yang pastinya berkhasiat dan bebas daripada bahan pengawet untuk si comel kesayangan.
Ikut cara berikut untuk membuat makanan basah (wetfood) sendiri di rumah.
Bahan-Bahan:
3 ekor ikan selar
1 batang lobak merah
Sedikit sayur bayam
1 peket kecil agar-agar
Cara Membuat:
1.Rebus ikan selar dan ambil isinya. Asingkan tulang dan air rebusan ikan.
2.Kisar isi ikan tersebut bersama lobak merah dan sayur bayam dan masukkan kedalam periuk.
3.Kemudian masukkan air rebusan ikan dan kisar bersama tulang ikan tadi.
4.Tapis kisaran tulang ikan tadi dan masukkan kedalam periuk.
5.Masukkan pula agar-agar kedalam periuk. Kacau dan masak sehingga agar-agar hancur.
Siap! Selamat Mencuba
Info Ekstra!
Selepas siap disediakan masukkan dalam bekas, sejukkan dan simpan dalam peti sejuk.
Agar-agar berfungsi bagi memekatkan bancuhan serta memudahkan kucing untuk makan.
Selain sayur bayam, boleh juga gunakan buah labu.
Boleh juga gantikan ikan dengan organ dalaman ayam (hati, pedal, jantung dan hempedu ).
Gunakan sudu plastik bila menceduk, bagi memastikan wetfood ini tidak mudah basi.
Sumber: Liyana Kamaruzaman
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Nur Izati Mohd Hairi reda dengan pemergian anaknya, seorang murid autisme lemas ketika aktiviti air di Kompleks Sukan Desa Tasik. Beliau tidak menyalahkan cikgu-cikgu dan menerima takdir dengan tabah.