Ramai lagi yang fikir jogging sahaja boleh kurus. Tetapi sebenarnya brisk walk pun padu untuk burn kalori. Jadi jangan malas-malas untuk mulakan senaman.
Sebenarnya bukan jenis senaman yang tentukan hasil jadi kurus tetapi cara dan konsistensi yang dibuat.
Brisk Walk VS Jogging
Sebelum mulakan, patut anda ambil peduli tentang cara lemak itu dibakar. Kemudian buatlah mana satu yang anda boleh teruskan secara konsisten.
Brisk walk = low impact, sesuai untuk beginner Jogging = tinggi kalori burn, tapi cepat penat kalau tak biasa.
Mana Satu Lagi Cepat Bakar Lemak?
Ads
Kalau brisk walk:
✔ Buat 30 minit setiap hari
✔ Jalan laju sampai berpeluh
✔ Konsisten tanpa skip
Hasilnya lemak tetap boleh cair.
Kalau anda buat jogging:
✔ Buat 2–3 hari sahaja
✔ Lepas penat, stop seminggu.
Ads
Jadi lemak pun keliru nak keluar atau tidak.
Apa pun sebenarnya, bukan semua orang sesuai jogging. Tetapi semua orang boleh mula dengan briskwalk.
Menjadi dilema anak kepada Norish Karman, apabila dia ada meminta bantuan untuk kos rawatan ibunya yang diuji dengan penyakit kritikal baru-baru ini.
Menurut anak perempuan Norish Karman yang selesa dengan panggilan Manda, “Ramai yang kata, mintalah daripada ayah. Ada juga yang menghina, siapa suruh ibu kamu menjaga terlalu ramai anak? Pelbagai kata-kata dilemparkan kepada kami.”
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok bersama usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri, Amanda tidak dapat menahan sebak ketika menceritakan bagaimana dia menjadi sasaran penghinaan hanya kerana mahu mencari bantuan untuk ibunya.
Manda menyifatkan tempoh sukar itu sebagai ujian sangat mencabar mentalnya, terutama apabila dia dituduh tidak mahu bekerja sedangkan tanggungjawab menjaga ibu yang sakit terletak di bahunya.
“Sangat sukar apabila saya hendak meminta pertolongan untuk membayar bil perubatan bunda. Saya cuba sedaya upaya saya.
“Ada yang bertanya, mengapa kamu tidak bekerja? Hakikatnya, kerja saya sekarang ialah menjaga bunda. Jika saya tiada di sisi bunda dan sesuatu berlaku, siapa yang akan menjaga dia?” katanya.
Menurut Manda, kehidupannya kini hanya berkisar antara rumah dan hospital, malah, perlu menguruskan keperluan adik-beradik lain.
“Ketika bunda dimasukkan ke hospital, saya berulang-alik. Saya juga perlu menyediakan makanan untuk adik-beradik dan dalam masa yang sama menjaga bunda kerana dia tidak mampu ke tandas seorang diri,” katanya.
Dalam sesi yang sama, Aliff mendedahkan keadaan fizikal Norish yang kini tidak lagi mampu berjalan seperti biasa dan terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak.
Menjelaskan keadaan itu, Norish memberitahu faktor kesihatannya yang merosot menyebabkan dia sering hilang imbangan.
“Kerana ketika saya menjalani rawatan ini, saya sering berasa pening. Sudah beberapa kali saya tergelincir dan terjatuh,” katanya.
Kisah pengorbanan keluarga ini bertambah hiba apabila anak lelaki Norish, Haqiem mendedahkan dia terpaksa melupakan cita-cita akademik demi menyara tujuh lagi adik-beradiknya yang lain.
Disebabkan kekangan kewangan yang meruncing, dia tidak mampu mengambil sijil persekolahan dan terus terjun ke alam pekerjaan sebaik tamat sekolah menengah.
“Saya tidak dapat mengambil sijil persekolahan kerana masalah kewangan. Selepas tamat sekolah menengah, saya terus bekerja sebagai cef.
“Sebanyak 99 peratus gaji saya disalurkan kepada adik-adik. Saya tidak mengambil walau satu sen pun untuk diri sendiri selama tujuh tahun bekerja,” katanya.
Walaupun dalam keadaan payah, Aliff menegaskan bahawa pelakon filem Sayang Salmah itu tegas dengan prinsipnya untuk tidak meminta sedekah.
“Norish Karman tidak meminta sumbangan kewangan. Dia sendiri berkata kepada saya, saya tidak mahu meminta duit daripada rakyat Malaysia, saya hanya mahu bekerja.
“Sebab itu saya bayar dia sebagai hos (untuk siaran langsung di media sosial),” katanya.
Sementara di media sosial Norish Karman pula, terlihat satu posting terkini tentang Norish Karman yang terbaring di hospital. Tulis anaknya,
Hari kemasukkan Emerhency room
Full check up menanti masik ward
Sakit itu Penghapus dosa
Ujian tanda Allah swt sayang kita
Maaf semua ya Manda dan adik beradik tersangat letih tak menang tanvan tak mampu balas mesej-mesej dan segala panggilan-panggilan yyang terus masuk. Manda jaga Bunda dan jaga adik-adik urus rumah.
Teruskan Doa yang baik-baik untuk bunda kami.
Slowly akan Manda kongsi memori-memori kami lalui semampunya ya.
Pesan Bunda, nak pada anak-anak;”Hidup ini hanya Ujian, Dunia ini Sementara…”
Begitulah sedikit luahan anak perempuannya di medsos, apa pun kita doakan yang baik-baik buat keluarga Norish Karman dan semoga kesihatannya semakin baik.
Ada banyak cabaran apabila masuk dunia berumah tangga tetapi ini antara tip hidup tenang dengan suami selepas 10 tahun berkahwin.
Jangan lebih dan tidak boleh kurang, biar segalanya cukup dengan sederhana. Jom kita renungkan apa yang menarik melalui perkongsian Puan Farah Hilda berkaitan isu suami isteri.
1. Jangan terlalu sayang suami sampai hilang diri sendiri, cukup sekadar hormat dia. Sebab biasanya, bila perempuan sayang terlalu dalam, dia yang akan paling banyak makan hati.
2.Belajarlah untuk tidak berharap apa-apa pada suami. Bila kita tak letak harapan tinggi, barulah hati kita tak mudah rasa kecewa atau terluka.
3.Berhenti paksa nak ubah perangai suami. Lebih baik kita fokus untuk cantikkan diri dan perbaiki kualiti hidup sendiri.
4. Jangan buat baik sebab nak balasan. Kalau kita harapkan kebaikan kita dibalas dengan cara yang sama, nanti kita juga yang penat.
5. Jangan kejar pujian atau penghargaan daripada suami. Cukup kita tahu nilai diri kita sendiri tanpa perlu validasi daripada sesiapa.
6. Kalau suami diam atau tak ada khabar, tak perlu nak merayu minta perhatian. Biarkan saja. Lagi bagus kalau kita sibukkan diri dengan hal-hal yang buat kita bahagia.
Mungkin adan yang pernah memberontak apabila dapat nasihat macam ini 10 tahun dulu. Jiwa masih muda, mungkin. Namun apabila usia perkahwinan lebih 20 tahun, baru sedar, ada betulnya kata-kata nasihat ini.
Masa awal perkahwinan kita tidak tahu pun apa akan jadi. Kalau tahu, mestilah menolak berkahwin. Takut untuk berhadapan dengan ujian.
Dalam 2-3 tahun perkahwinan, memang fasa berbulan madu lagi. Apabila manusia semakin menua, tanggungjawab bertambah, ada sahaja yang tidak kena.
Realiti memang setiap hubungan akan ada manis dan pahitnya. Ini perlunya sabar, bertolak ansur. Kena ada give and take.
Namun tidak semua manusia hatinya sama. Ada yang dapat bertahan, dan ada yang berjaya. Yang tidak dapat bertahan itu, tidak bermakna dia tidak berjaya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tergamam dengan jumlah wang yang dihulurkan, usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri memberi wang tunai berjumlah RM40,000 kepada pelakon Azar Azmi selepas membuat siaran langsung semalam.
Setiap jualan dalam sesi jualan secara dalam talian malam tadi, Datuk dan Datin menghadiahkan RM5 buat Azar bagi setiap barang yang terjual.
Menurut Aliff, bantuan dihulurkan adalah atas rasa impati terhadap nasib yang menimpa Azar yang kesempitan hidup ketika ini.
“Saya bantu seorang wanita yang kesempitan hidup hari ini. Dia datang pada saya, minta kerja sebagai tukang ‘packing’ barang dengan gaji RM1,700.
“Tapi hari ini saya bantu dia, rakyat Malaysia sayang dia. Ini bukan duit saya tetapi milik rakyat Malaysia,” katanya.
Aliff juga memberitahu tidak keberatan untuk mengambil Azar menjadi pekerja di syarikatnya.
“Hari ini, saya ajak seorang wanita yang dahulunya terkenal bertemu, dia tak pernah dan tiada niat minta duit daripada saya.
“Mungkin selepas ini saya akan ambil dia bekerja sebagai kerani atau pembungkus barang di syarikat saya dengan gaji berjumlah RM2,OOO,” katanya lagi.
Melihat respons yang positif, Aliff melahirkan ucapan terima kasih kepada setiap individu yang membeli produk jualannya.
“Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang prihatin. Kali ini kalian membeli sambil beramal.
“Selepas ini insya-Allah saya akan bantu pelakon Norish Karman yang katanya sedang sakit,” ujarya.
Sementara Azar atau nama lengkapnya Siti Azar Ameerah Azmi, 35, tergamam dengan jumlah wang tunai diterimanya hasil jualan Aliff dalam TikTok
“Duit ini saya nak beli barangan keperluan anak-anak. Saya segan dan tak tahu nak cakap apa dan tidak tahu sudah berapa lama tiada duit.
“Saya terima apa sahaja tawaran kerja yang datuk berikan. Jumlah duit hari ini sebenarnya terlalu banyak.
“Sejujurnya saya terhutang budi dan semua yang datuk lakukan melebihi dari yang sepatutnya,” katanya yang tidak mempunyai akaun bank selepas kes dakwaan penipuan sebelum ini.
Usaha ini bukan sekadar jualan biasa, tetapi menjadi platform untuk membantu rakan industri yang sedang memerlukan.
Sikap prihatin dan inisiatif Datuk Seri Aliff Syukri ini jelas membuktikan bahawa pengaruh media sosial boleh digunakan ke arah kebaikan, di samping memberi semangat buat Azar Azmi untuk terus kuat dan bangkit menghadapi hari mendatang.
Terdahulu, nama pelakon drama Nur 2 itu menjadi bualan selepas dia dan suaminya, Mohd. Apri Hazreen Mohd Sapri, 41, direman serta didakwa di mahkamah atas kes sama.
Namun begitu, pelakon berusia 37 tahun itu dibebaskan dan akan dijadikan sebagai saksi pendakwaan bagi kedua-dua kes.