Ads

Keterujaan Naik Proton X50 Baharu Bertukar Jadi Tragedi, Anak Lelaki Tengah Makan Berhenti Sebab Nak Ikut Sama

Proton X50
Proton X50

Kegembiraan tujuh sekeluarga menerima sebuah Proton X50 baharu hari ini bertukar menjadi tragedi paling memilukan apabila enam daripada mereka maut dalam kemalangan ngeri di Kampung Baru Pinang Tunggal.

Keterujaan Naik Proton X50 Baharu Bertukar Jadi Tragedi

Keterujaan Naik Proton X50 Baharu Bertukar Jadi Tragedi, Anak Lelaki Tengah Makan Berhenti Sebab Nak Ikut Sama

Mereka yang terkorban ialah Ahmad Syafiq Ahmad Shukri, 27, yang memandu kenderaan itu bersama adiknya, Ahmad Fahim, 21, Nora Mhd Husin, 55, Jamaliah Sannusi, 27, seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun serta seorang bayi lelaki berusia enam bulan. Seorang lagi mangsa, kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun, dilaporkan cedera parah.

Menurut ahli keluarga, Proton X50 tersebut baru sahaja diambil dari sebuah pusat jualan di Juru, Pulau Pinang sekitar jam 11 pagi. Dalam perjalanan pulang ke Merbok, mereka sempat menziarahi pusara arwah bapa mereka.

Namun, siapa sangka perjalanan yang bermula dengan senyuman dan rasa syukur itu berakhir dengan tangisan yang meruntun jiwa.

Anak Lelaki Tengah Makan Berhenti Sebab Nak Ikut Sama

Keterujaan Naik Proton X50 Baharu Bertukar Jadi Tragedi, Anak Lelaki Tengah Makan Berhenti Sebab Nak Ikut Sama

Ads

Lebih memilukan, anak kepada abang ipar mangsa yang berusia tujuh tahun dilaporkan mengikut bapa saudaranya pada saat-saat akhir semata-mata kerana teruja mahu menaiki kereta baharu itu.

“Arwah teruja nak naik kereta baru”

Demikian kata Ibrahim Ghazali, 39, yang juga bapa kepada Iskandar Arfan,7, iaitu salah seorang mangsa kemalangan maut di Sungai Petani, hari ini.

“Pagi tadi lepas ambil kereta, mereka singgah di rumah sebab anak saya teringin sangat nak naik kereta baru ni.

“Sama macam kakak dia, anak saya yang sulung ni tetapi bila depa sampai. Kakak tak mahu ikut, anak lelaki sorang saja nak ikut, dia makan nasi baru separuh, dia basuh tangan, terus naik,” ujarnya sebak.

Ads

Keterujaan Naik Proton X50 Baharu Bertukar Jadi Tragedi, Anak Lelaki Tengah Makan Berhenti Sebab Nak Ikut Sama

Menurut Ibrahim, sebelum kejadian, kesemua mereka cukup gembira dan berkongsi kegembiraan itu menerusi gambar yang diambil.

“Happy… ambil gambar bubuh dalam group, depa seronok… termasuk anak saya, dia teringin sangat nak naik.

Ads

“Adik ipar yang bongsu baru habis belajar dan kerja di Mydin Bertam jadi, kira kereta pertama hasil dia sendiri, masing-masing seronok…tak dan sampai sehari kereta ni,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Sekelip mata sebuah kegembiraan bertukar jadi tragis. Dari keterujaan menyambut rezeki baharu, kepada kehilangan enam insan tersayang dalam hanya beberapa jam. Sesungguhnya hidup ini terlalu singkat dan rahsia ajal tidak pernah mengenal waktu.

Sumber: Sinar Harian

 

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Nafkah Sangkut

Nafkah Sangkut, Tapi Suara Dalam Rumah Paling Kuat & Banyak Bunyi!

Sakit hati kalau dengar cerita pasal nafkah sangkut dalam rumah tangga. Sudah lah tidak bekerja, kuat membuta. Makan duit bini pula tu.