Jelas tergambar di wajah suami Jaslinda, luahnya, “Orang rumah saya… dia kuat.” Itu kata-kata suami kepada pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, sejurus dipertemukan semula dengan isterinya di Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Tapah.
15 Hari Hilang Di Hutan
Dalam suasana penuh emosi, Haszman Othman, 61, dilihat memeluk dan mencium isterinya sebaik Jaslinda tiba selepas ditemukan selamat di Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh.
Haszman ketika ditemui media merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) isterinya sepanjang 15 hari kehilangan itu.
“Terima kasih kepada semua yang terlibat… polis, bomba, NGO, badan berkanun dan semua pihak yang membantu,” katanya.
Beliau turut menzahirkan penghargaan khusus kepada komuniti Orang Asli yang memainkan peranan penting dalam membantu usaha pencarian.
“Dengan Orang Asli sekali yang beri kerjasama cukup baik…Alhamdulillah,” katanya.
Ini Luahan Suami Jaslinda Saludin Selepas Isterinya Dijumpai
Akhirnya kes dua sepupu remaja hilang sejak malam Khamis kini ditemui selamat di Machang petang semalam, kira-kira 32 jam selepas keluarga mereka membuat dua laporan polis berasingan pada pagi Jumaat.
Remaja terbabit yang masing-masing berusia 15 dan 16 tahun ditemui di sebuah inap desa di Machang, kira-kira 25 kilometer dari kediaman mereka di Kampung Baloh dekat Kok Lanas.
Susulan penemuan mereka, dipercayai polis menahan beberapa suspek bagi membantu siasatan berhubung kehilangan kedua-dua remaja berkenaan.
Ibu saudara mereka yang berusia 43 tahun berkata, kedua-dua remaja itu kini berada di bawah pemerhatian di Hospital Kuala Krai.
“Keluarga berasa lega kerana mereka akhirnya ditemui dan bersyukur kerana Allah telah memakbulkan doa kami.
“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak polis atas usaha mengesan mereka, selain saudara-mara dan orang ramai yang sentiasa mendoakan serta memberi sokongan sepanjang tempoh yang sukar ini.
“Kedua-duanya berada dalam keadaan sihat, namun masih sedikit trauma dengan apa yang berlaku.
“Keluarga memerlukan sedikit masa untuk bersama mereka, jadi kami berharap semua pihak dapat memberi ruang kepada kami,” katanya hari ini.
Untuk info, semalam dilaporkan bahawa dua sepupu ini dilaporkan hilang selepas keluar untuk bersiar-siar di sebuah pusat beli-belah terkenal Kota Bharu pada petang Khamis.
Doktor belajar bertahun-tahun tetapi ramai lebih percaya ChatGPT dalam seminit.
“Sakit kepala? Google kata migrain.”
“Sakit perut? TikTok kata gastrik.”
“Letih berpanjangan? ChatGPT kata mungkin stres.”
Hakikatnya, simptom yang sama boleh membawa kepada diagnosis yang berbeza. Hanya doktor boleh menentukan apa yang sebenarnya sedang berlaku pada tubuh anda.
Hari ini, semakin ramai mendapatkan maklumat kesihatan melalui Google, TikTok dan aplikasi AI sebelum berjumpa doktor. Hanya dengan beberapa klik, pelbagai kemungkinan penyakit boleh muncul dalam beberapa saat.
Walaupun teknologi membantu meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan, ia tidak sepatutnya menggantikan pemeriksaan sebenar oleh doktor bertauliah.
Menurut Pengarah Urusan Klinik Faizal dan Rakan-Rakan, Dr Faizal Abdullah, AI dan internet boleh membantu memberikan maklumat awal mengenai kesihatan. Namun, diagnosis yang tepat tetap memerlukan pemeriksaan fizikal serta penilaian klinikal oleh doktor.
“Yang membimbangkan ialah apabila seseorang terlalu yakin dengan maklumat yang dibaca sehingga menangguhkan rawatan sebenar. Maklumat di internet boleh membantu meningkatkan kesedaran tetapi ia tidak boleh menggantikan pemeriksaan oleh doktor,” jelas beliau.
Simptom Sama, Penyakit Belum Tentu Sama
Ramai tidak sedar bahawa simptom yang sama boleh membawa kepada diagnosis yang berbeza.
Sebagai contoh, sakit kepala yang dianggap migrain mungkin sebenarnya berkait dengan tekanan darah tinggi, masalah penglihatan atau keadaan kesihatan lain yang memerlukan pemeriksaan lanjut. Begitu juga dengan rasa letih yang sering dianggap berpunca daripada kurang tidur atau tekanan kerja sedangkan ia boleh menjadi tanda diabetes, anemia atau masalah kesihatan lain.
Sebab itu diagnosis tidak boleh dibuat hanya berdasarkan apa yang dibaca di internet. Setiap individu mempunyai sejarah kesihatan, gaya hidup dan faktor risiko yang berbeza.
Apa yang kelihatan seperti masalah kecil pada seseorang mungkin memerlukan perhatian perubatan yang lebih segera bagi individu lain.
Bahaya Menangguhkan Rawatan Kerana Terlalu Percaya Internet
Masalah terbesar apabila terlalu bergantung kepada “doktor internet” ialah ramai memilih untuk menunggu.
Mereka menganggap simptom yang dialami tidak serius atau akan hilang dengan sendirinya. Sedangkan dalam banyak keadaan, pengesanan awal memainkan peranan penting dalam memastikan rawatan dapat diberikan pada masa yang tepat.
Apa yang bermula sebagai simptom kecil kadangkala boleh berkembang menjadi masalah kesihatan yang lebih serius apabila dibiarkan terlalu lama. Dalam banyak kes, beberapa minit bersama doktor mampu memberikan jawapan yang lebih tepat berbanding berjam-jam mencari maklumat di internet.
Masih Muda Tidak Bermaksud Kebal Daripada Penyakit
Ramai golongan muda merasakan pemeriksaan kesihatan tidak penting kerana mereka masih aktif dan sihat.
Hakikatnya, penyakit seperti diabetes, tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi boleh berlaku tanpa menunjukkan simptom yang jelas pada peringkat awal. Apabila simptom mula muncul, ada kalanya penyakit tersebut sudah berada pada tahap yang lebih serius.
Atas sebab itu, Klinik Faizal & Rakan-Rakan menggalakkan masyarakat menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala sebagai langkah pencegahan bukan hanya apabila jatuh sakit.
Penjagaan kesihatan yang baik bukan sekadar merawat penyakit tetapi membantu seseorang mengekalkan kualiti hidup yang lebih baik untuk jangka masa panjang.
Kesihatan Tidak Patut Dipertaruhkan Dengan Teka-Teki
Dalam dunia yang menawarkan jawapan dalam beberapa saat, kesihatan masih memerlukan sesuatu yang tidak boleh diberikan oleh internet atau aplikasi AI pemeriksaan, pengalaman dan pertimbangan seorang doktor yang bertauliah.
Selaras dengan aspirasi “Health, Hope & Happiness”, Klinik Faizal dan Rakan-Rakan percaya bahawa penjagaan kesihatan yang berkualiti bermula dengan kesedaran untuk mendapatkan pemeriksaan dan nasihat yang tepat daripada profesional perubatan.
Jika anda menetap di Johor Bahru dan sudah lama tidak menjalani pemeriksaan kesihatan, inilah masa terbaik untuk mendapatkan konsultasi serta saringan kesihatan bersama doktor bertauliah di Klinik Faizal dan Rakan-Rakan.
Jangan tunggu sehingga simptom menjadi lebih serius. Dapatkan pemeriksaan awal dan ambil langkah proaktif untuk menjaga kesihatan diri dan keluarga.
Ikuti akaun TikTok dan media sosial Klinik Faizal dan Rakan-Rakan untuk mendapatkan tip kesihatan terkini serta maklumat berguna berkaitan penjagaan kesihatan harian.
Klinik Faizal dan Rakan-Rakan Health, Hope & Happiness
Bagi penggemar makanan pedas, cili padi memang antara bahan wajib yang sentiasa ada di dapur. Sama ada untuk sambal belacan, masakan tumis, sup mahupun lauk kampung, kehadiran cili padi mampu menaikkan rasa dan aroma masakan dengan lebih menyelerakan.
Namun satu masalah yang sering dihadapi ramai suri rumah ialah cili padi cepat rosak selepas disimpan beberapa hari di dalam peti sejuk. Ada yang menjadi lembik, bertukar warna, berair malah ditumbuhi kulat sebelum sempat digunakan sepenuhnya.
Lebih menyedihkan apabila cili padi dibeli dalam kuantiti banyak ketika harga murah, tetapi akhirnya terpaksa dibuang kerana rosak.
Sebenarnya terdapat satu kaedah mudah yang boleh membantu menyimpan cili padi dalam tempoh yang sangat lama tanpa menjejaskan rasa pedas dan kesegarannya.
Petua yang dikongsikan oleh Mazeline Soning ini menggunakan bahan yang sangat mudah didapati di rumah iaitu garam, gula dan cuka makan.
Menariknya, kaedah ini bukan sahaja membantu mengekalkan kesegaran cili, malah boleh membuatkan ia tahan sehingga bertahun-tahun jika disimpan dengan betul.
Ramai tidak menyedari bahawa kelembapan berlebihan merupakan punca utama cili padi cepat berkulat dan lembik.
Apabila cili disimpan dalam keadaan masih basah atau bekas yang tidak bersih, bakteria dan kulat akan lebih mudah membiak.
Selain itu, penyimpanan dalam bekas yang tidak kedap udara juga menyebabkan kualiti cili semakin menurun dalam tempoh singkat.
Disebabkan itu, cara penyimpanan memainkan peranan penting bagi memastikan cili padi kekal segar untuk tempoh yang lama.
Berikut langkah-langkah mudah yang boleh diamalkan:
Mula-mula, cuci cili padi menggunakan air bersih bagi membuang kotoran dan sisa racun yang mungkin melekat pada permukaannya.
Selepas dicuci, pastikan cili ditoskan sehingga benar-benar kering.
Langkah ini sangat penting kerana air yang berlebihan boleh mempercepatkan proses kerosakan.
Seterusnya, potong sedikit bahagian hujung tangkai cili padi.
Tujuannya adalah untuk memudahkan cili menyerap bahan perapan yang akan digunakan nanti.
Selain itu, ia juga membantu proses fermentasi berlaku dengan lebih baik.
Masukkan cili ke dalam bekas yang bersih dan kering.
Kemudian taburkan sedikit garam dan gula secukupnya sehingga meliputi keseluruhan cili.
Gabungan kedua-dua bahan ini membantu mengawal pertumbuhan bakteria serta mengekalkan tekstur cili.
Biarkan bekas tersebut pada suhu bilik selama antara 12 hingga 24 jam.
Dalam tempoh ini, proses fermentasi semula jadi akan mula berlaku.
Inilah rahsia yang membantu cili tahan lebih lama berbanding penyimpanan biasa.
Selepas tempoh tersebut, tuangkan cuka makan sehingga semua cili padi tenggelam sepenuhnya.
Pastikan tiada bahagian cili yang terdedah kepada udara kerana ia boleh menyebabkan kulat terbentuk.
Kemudian tutup rapat bekas tersebut dan simpan di dalam peti sejuk.
Apabila mahu memasak, ambil cili padi secukupnya tanpa perlu mengambil cuka yang digunakan untuk merendam.
Menariknya, rasa pedas dan aroma cili masih kekal walaupun telah disimpan dalam tempoh yang lama.
Kaedah ini sebenarnya menggunakan konsep fermentasi semula jadi.
Garam membantu mengawal pertumbuhan bakteria berbahaya manakala gula menjadi sumber makanan kepada bakteria baik yang membantu proses pengawetan.
Pada masa sama, cuka bertindak sebagai agen antibakteria semula jadi yang menghalang pembentukan kulat dan kerosakan.
Sebab itulah cili padi yang disimpan menggunakan kaedah ini mampu bertahan lebih lama berbanding cara biasa.
Satu lagi tip penting ialah memilih bekas simpanan yang sesuai. Untuk hasil terbaik, gunakan balang atau bekas kaca yang bersih dan kering.
Bekas kaca lebih tahan lama serta tidak mudah menyerap bau berbanding bekas plastik. Ia membantu mengekalkan kualiti cili dalam tempoh penyimpanan yang panjang.
Selain menjimatkan wang, kaedah ini juga memastikan stok cili sentiasa tersedia untuk digunakan pada bila-bila masa.
Tester minyak wangi yang pecah secara tidak sengaja menyebabkan sepasang suami isteri terpaksa membayar lebih RM1,000 dalam satu kejadian di sebuah butik minyak wangi...