Kebelakangan ini, jogging menjadi salah satu aktiviti riadah rutin sesiapa saja untuk keluarkan peluh. Selalu nampak waktu petang ramai yang lakukan aktiviti ini, baik bersama keluarga atau kawan-kawan.

Ada yang suka jogging pada waktu pagi dan tak kurang juga lebih selesa untuk lakukan pada waktu petang. Ada juga ambil kedua-dua waktu ini untuk berjogging. Masing-masing ada cara tersendiri untuk keluarkan peluh.

Sebenarnya, jogging bukan hanya untuk mereka yang ingin kuruskan badan tapi untuk kesihatan diri. Jangan anggap dengan berjogging hanya untuk kuruskan badan saja.

Berbbalik kepada waktu jogging, tak kisah pun nak lakukan pada waktu pagi atau petang. Tapi bagi Syaza Nutritionist, ada alasan untuk lakukan aktiviti ini pada waktu pagi.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Amalkan Setiap Pagi Minum Lemon Detox, Perut Buncit Pun Boleh Jadi Kempis

Kalau Badan Kerap TIDAK SIHAT, Amalkan Rutin Minum Segelas Jus Oren Waktu Pagi

IKLAN

Info Lebih Menarik DI SINI

Jogging Waktu Pagi

KENAPA SAYA JOGGING/RIADAH WAKTU PAGI, BUKAN PETANG?

Biasanya saya akan jogging pada waktu petang tapi sejak minggu lepas saja tukar rutin kepada waktu pagi selepas subuh.

Kenapa saya tukar pada waktu pagi? Ada beberapa faktor.

IKLAN
1) TAK RAMAI ORANG.
Saya perhatikan pada waktu petang keadaan di taman lebih ramai dan sesak berbanding waktu pagi. Jadi lebih selamat dan menjaga SOP jika beriadah pada waktu pagi
2) LEBIH FRESH!
Rasa sejuk sejuk gitu, walaupun baru pukul 7.30 pagi dah panas tapi angin sejuk dingin tu masih ada rasa fresh bila jogging. Lepas itu terus masuk office memang rasa lebih bersemangat nak mulakan hari.
3) VITAMIN D!
Sejak PKP ni ramai di antara kita kurang mendapat vitamin D secukupnya dari matahari. Tahu tak kekurangan vitamin D pun boleh menyebabkan stress dan depresi?
Ia juga mempengaruhi tumbesaran anak kita, vitamin D dapat menguatkan tulang kita dan membantu penyerapan calcium lebih baik.

Sebab itu saya bawak sekali anak saya beriadah sama sebelum hantar daycare. Walaupun terpaksa tolak stroller. Tapi alhamdulillah, dia enjoy je angin pagi dan tak meragam.

Mingguan Wanita : Sebelum mulakan kerja-kerja di dapur, boleh saja berjogging di halaman rumah untuk kesihatan. Tak perl pergi jauh-jauh pun asalakan dapat keluarkan peluh dan badan pun bertenaga.

Sumber: Syaza Nutritionist

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

IKLAN

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI