‘Setiap Pagi KAKAK Kemas, Mop, Jaga Adik’ Leganya Ibu Berpantang Dalam PKP
Kakak yang rajin bantu ibu, termasuk menjaga adiknya.

Ibu ini, Qisha Qaisara Adishahputra bersyukur dengan kerajinan anak perempuannya, Princess Eysha yang dipanggil kakak. Setiap pagi bantu ibunya yang sedang berpantang dalam PKP. Kemas rumah, siap mop lantai. Dan tolong ibu, jagakan adiknya itu.

Tak pula merungut, malah melakukan dengan rela. Beruntung ibunya. Ketika MW menghubungi, kongsi ibunya kakak sudah dibiasakan membantunya sejak usia 4 ke 5 tahun.

Dari umur itu dia dah mula tolong syaa kat dapur. Dia selalu tolong saya. Dan saya suka suruh dia join buat kerja rumah.

Mula-mula ramai orang cakap saya hambakan anak, tapi Alhamdulillah sekarang anak semua yang buat kerja (ketika ini ibunya dalam berpantang bersalin).”

‘Setiap Pagi KAKAK Kemas, Mop, Jaga Adik’ Leganya Ibu Berpantang Dalam PKP
Kakak yang rajin bantu ibu.

Ada Kakak, Mudahkan Ibu Berpantang Dalam PKP

Dan inilah posting ibu yang menyentuh hati ramai orang.

Selama 9 hari mommy pantang yang uruskan rumah dan uruskan adik-adik dan uruskan mommy, kakak Princess Eysha.

IKLAN

Walaupun umur kakak baru 11 tahun. Mommy sangat bertuah adanya kakak. Hilang sakit mommy masa bersalin kan kakak.

Kalau takda kakak macam mana lah mommy agak nya. Berpatang dalam PKP ni.. Dengan rumah semua, setiap pagi kakak kemas. Setiap pagi kakak mop. Suapkan nasi untuk adik. Jaga kan baby bila mommy mandi. Rebuskan air untuk mandian herba untuk mommy. Macam tak percaya kakak buat semua ni.

Rajinnya Kakak Tak Boleh Bawa Bincang..

Mommy menangis sebab terharu. Masa mommy umur sebaya kakak semua benda ni mommy tak tahu nak buat lagi. Stress mommy hilang bila tengok rumah sebersih ni. Tandas atas bawah semua kakak cuci. Kalau rumah ni kecik macam rumah lama mommy tak kisah sangat. Ni rumah ni besar kakak.. Kakak buat sorang-sorang.

IKLAN

Sofa 3 kali seminggu kakak lap. Takut habis berhabuk.. Ya Allah aku bersyukur kau hadir kan zuriat sebaik ini.. Yang mana selalu bersama kakak akan tahu macam mana perangai kakak Eysha.. rajin nya tak boleh bawa bincang.”

Alhamdulillah tq juga daddy pantang mommy cakap sakit situ sini terus sediakan ubat kecut kan rahim.. Ya allah kau hadirkan anak-anak dengan suami yang sangat memahami aku.. Mommy dalam pantang anak-anak dan suami layan macam permaisuri sudah.”

‘Setiap Pagi KAKAK Kemas, Mop, Jaga Adik’ Leganya Ibu Berpantang Dalam PKP

IKLAN

‘Tiada peneman, tiada pelawat’ Ibu kena kuat bersalin masa PKP.

MW : Bertuah ibunya.. tentunya kerajinan anak itu hasil didikan orang tuanya.

Sumber/Foto : Qisha Qaisara Adishahputra

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI